TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Cara Keluarkan Dividen KWSP: Panduan Lengkap Dan Mudah

4 min bacaan
Cara Keluarkan Dividen KWSP: Panduan Lengkap Dan Mudah

Cara keluarkan dividen KWSP boleh dilakukan dengan membuat semakan di Aplikasi i-Akaun, portal KWSP dan SMS.

Adakah anda pernah terfikir tentang bagaimana cara keluarkan dividen KWSP? Atau mungkin anda sedang mencari cara untuk mengetahui kadar dividen KWSP bagi tahun 2024? Boleh baca di sini untuk maklumat kewangan selanjutnya. 

▲▼Isi Kandungan

  • Apakah Dividen KWSP?
  • Kadar Dividen KWSP 2024
  • Cara Semakan Dividen KWSP
  • Sejarah Kadar Dividen KWSP Tahun Sebelumnya
  • Penyucian Dividen
  • Aplikasi i-Akaun

Apakah Dividen KWSP?

Dividen KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) merupakan sebahagian daripada keuntungan yang diperoleh daripada pelaburan dana simpanan ahli KWSP.

Dividen ini diberikan kepada setiap ahli KWSP sebagai bentuk pengembalian atas simpanan mereka dalam akaun 1 , akaun 2 dan akaun 3. Pada dasarnya, KWSP menguruskan dana simpanan pencen pekerja di Malaysia.

Untuk memastikan dana tersebut berkembang, KWSP melabur dalam pelbagai instrumen kewangan.  Keuntungan yang diperoleh daripada pelaburan ini kemudian diagihkan kepada ahli KWSP sebagai dividen.

Dividen ini adalah tambahan kepada jumlah simpanan ahli yang membolehkan mereka menikmati faedah daripada pengurusan dana yang berkesan. Jadi ketahui cara keluarkan dividen KWSP anda yang boleh dimanfaatkan untuk pelbagai perkara. 

Kadar Dividen KWSP 2024

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan kadar dividen 2024 yang lebih tinggi iaitu 6.30 peratus (%) bagi kedua-dua jenis simpanan, Konvensional dan Shariah.

Kadar dividen bagi Simpanan Konvensional adalah daripada jumlah agihan sebanyak RM63.05 bilion; manakala bagi Simpanan Shariah, membabitkan agihan berjumlah RM10.19 bilion.

Cara Semakan Dividen KWSP

Semua ahli boleh menyemak penyata terkini mulai esok (2 Mac) dan masing-masing digalakkan membuat semakan menerusi aplikasi KWSP i-Akaun. Namun ada beberapa cara lain lagi. 

1. Aplikasi i-Akaun

Akaun adalah aplikasi rasmi KWSP yang membolehkan ahli untuk mengakses maklumat mengenai simpanan dan transaksi KWSP mereka. Anda boleh melakukan semakan dividen melalui langkah-langkah berikut:

  1. Langkah 1: Log masuk ke i-Akaun menggunakan ID pengguna dan kata laluan anda.
  2. Langkah 2: Klik pada “Laporan” di bahagian menu utama.
  3. Langkah 3: Pilih pilihan “Penyata KWSP” untuk melihat penyata penuh akaun anda yang mengandungi maklumat dividen yang diterima.

2. Portal KWSP

Anda juga boleh membuat semakan dividen KWSP melalui laman web rasmi KWSP di www.kwsp.gov.my. Anda boleh log masuk dengan menggunakan nombor ahli dan kata laluan untuk melihat maklumat terkini tentang simpanan dan dividen anda.

3. SMS

Sekiranya anda ingin semakan yang lebih cepat dan ringkas, anda boleh menggunakan perkhidmatan SMS. Hantarkan SMS dengan format “KWSP <nombor ahli>” ke 15888 untuk menerima maklumat berkaitan akaun KWSP anda.

Sejarah Kadar Dividen KWSP Tahun Sebelumnya

Kadar dividen KWSP sentiasa berubah mengikut keadaan ekonomi dan prestasi pelaburan tahunan. Berikut adalah kadar dividen KWSP untuk beberapa tahun terakhir:

  1. 2023: Akaun 1 (5.35%), Akaun 2 (5.85%)
  2. 2022: Akaun 1 (5.20%), Akaun 2 (5.40%)
  3. 2021: Akaun 1 (5.20%), Akaun 2 (5.30%)
  4. 2020: Akaun 1 (5.45%), Akaun 2 (5.90%)

Penyucian Dividen

Penyucian dividen KWSP merujuk kepada proses pengagihan dividen yang diterima oleh ahli KWSP berdasarkan pelaburan mereka dalam akaun 1, akaun 2 dan akaun 3.

Sebagai contoh, sekiranya anda mempunyai simpanan yang lebih banyak di dalam akaun 2, anda akan menerima lebih banyak dividen dari akaun 2 berbanding akaun 1.

Penyucian dividen ini adalah penting kerana ia membantu dalam pengagihan pulangan yang adil berdasarkan jumlah simpanan individu dalam KWSP. Ini bermakna bahawa mereka yang menabung lebih banyak di dalam KWSP akan menikmati lebih banyak dividen.

Aplikasi i-Akaun

i-Akaun adalah aplikasi yang sangat berguna untuk ahli KWSP. Selain daripada semakan dividen, anda boleh menggunakan aplikasi ini untuk melakukan transaksi pengeluaran wang dari KWSP (terutamanya untuk pembelian rumah, pendidikan, atau rawatan kesihatan) dan akaun 3.

Selain itu anda boleh melihat penyata simpanan dan mengetahui jumlah terkini simpanan anda selain mengemaskini maklumat, menukar alamat atau maklumat peribadi anda.

Jadi pelbagai cara keluarkan dividen KWSP boleh anda gunakan. Cuma pastikan anda manfaatkannya sebaik mungkin kerana KWSP menjamin simpanan persaraan anda. 

KWSP, Berita Harian

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Daftar Anak 14 Tahun Ke Atas Dengan Akaun KWSP & Terima RM250 Dividen Dari Kerajaan!

Baca juga: Jadual Simpan Duit Dalam Tabung Anak, Ibu Boleh Cuba Praktikkan 3 Cara Berguna Ini!

Baca juga: Sengsara Bila Kematian Suami, Ini Yang Isteri Wajib TAHU Tentang KWSP Bila Suami Tiada

Stories Rakan Kongsi
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten
Ibu Ayah Pasti Dah Sediakan Semua Keperluan Anak? Jom Semak Checklist Ini, No.5 WAJIB Ada
Ibu Ayah Pasti Dah Sediakan Semua Keperluan Anak? Jom Semak Checklist Ini, No.5 WAJIB Ada
Menangi RM25,000 Dana Pendidikan Kanak-Kanak Oleh Dutch Lady, Anak Anda Mungkin Bertuah!
Menangi RM25,000 Dana Pendidikan Kanak-Kanak Oleh Dutch Lady, Anak Anda Mungkin Bertuah!
5 Soalan yang Ibu Bapa Perlu Tahu Sebelum Memilih Bank untuk Membuat Simpanan
5 Soalan yang Ibu Bapa Perlu Tahu Sebelum Memilih Bank untuk Membuat Simpanan

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Kewangan
  • /
  • Cara Keluarkan Dividen KWSP: Panduan Lengkap Dan Mudah
Kongsikan:
  • Kenapa Insurans Nyawa Penting Walaupun Masih Muda? Ini 5 Sebab Anak Muda Perlu Pertimbangkan Awal

    Kenapa Insurans Nyawa Penting Walaupun Masih Muda? Ini 5 Sebab Anak Muda Perlu Pertimbangkan Awal

  • Pelaburan vs Simpanan: Mana Lebih Menguntungkan Untuk Masa Depan Kewangan Anda?

    Pelaburan vs Simpanan: Mana Lebih Menguntungkan Untuk Masa Depan Kewangan Anda?

  • Cara Buat Duit Online Dari Rumah Tanpa Modal, Mudah dan Selamat

    Cara Buat Duit Online Dari Rumah Tanpa Modal, Mudah dan Selamat

powered by
  • Kenapa Insurans Nyawa Penting Walaupun Masih Muda? Ini 5 Sebab Anak Muda Perlu Pertimbangkan Awal

    Kenapa Insurans Nyawa Penting Walaupun Masih Muda? Ini 5 Sebab Anak Muda Perlu Pertimbangkan Awal

  • Pelaburan vs Simpanan: Mana Lebih Menguntungkan Untuk Masa Depan Kewangan Anda?

    Pelaburan vs Simpanan: Mana Lebih Menguntungkan Untuk Masa Depan Kewangan Anda?

  • Cara Buat Duit Online Dari Rumah Tanpa Modal, Mudah dan Selamat

    Cara Buat Duit Online Dari Rumah Tanpa Modal, Mudah dan Selamat

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham