Ada yang sudah mula cari resepi juadah untuk aidilfitri nantikan? Maklumlah ada yang terpaksa beraya di rumah sendiri. Kali ini kami kongsikan cara melembutkan daging dengan cepat bagi anda yang ada menu daging dalam juadah nanti.
Daging antara makanan wajib di hari raya Aidilfitri yang akan menjadi juadah pada pagi raya. Yang paling popular mestilah rendang daging yang terkenal untuk dimakan bersama lemang dan ketupat.
Tapi, tidak dinafikan ramai yang bising jika masak daging, perlu lama penyediannya kerana ia mengambil masa untuk lembut dan empuk lebih-lebih lagi daging yang dibekukan ketika di beli di pasar raya.
Cara melembutkan daging dengan cepat
Kali ini kami kongsikan cara melembutkan daging dengan cepat supaya anda tidak perlu tunggu lama lagi jika memasaknya. Bolehlah gunakan tips di bawah ini ketika raya nanti ya!
#1. Gunakan perapan berasid
Penambahan bahan-bahan berasid seperti cuka (putih, epal, balsamik), yogurt, susu mentega (buttermilk) ke dalam campuran perapan mampu membantu memecahkan fiber otot yang terdapat di daging.
Selain dari cuka, anda juga boleh menggunakan buah-buak sitrus seperti lemon, limau nipis dan oren.
Antara daging yang sesuai untuk digunakan cara ini ini ialah daging penggantung (hanger steak) dan daging lambung (flank) kerana daging ini merupakan daging dari bahagian otot.
Cucuk permukaan daging menggunakan garfu dan rendamkan daging dalam perapan yang mengandungi bahan berasid selama 2 jam atau kurang.
Elakkan dari memerap daging lebih dari 2 jam kerana akan menyebabkan daging menjadi lembik. Sekadar 30 minit sudah mencukupi.
#2. Perapkan dengan buah betik, kiwi, nanas dan pear
Buah seperti betik, kiwi, nanas dan pear mengandungi kandungan enzim seperti Papain, Actinidin dan Bromelain yang mampu melembutkan potongan daging yang agak keras.
Anda hanya perlu mengupaskan kulit buah dan lenyekkan buah. Kemudian, ratakan buah yang dilenyek sebanyak dua sudu besar ke atas permukaan daging. Setelah daging diperap selama 30 minit hingga 2 jam, bersihkan daging menggunakan tuala dapur.
Elakkan dari memerap daging lebih dari 2 jam kerana ia boleh menyebabkan daging menjadi terlalu lembik.
#3. Ketuk-ketuk daging menggunakan pengetuk daging
Meat mallet ataupun pengetuk daging merupakan perkakas dapur yang efektif dalam melembutkan daging. Jika anda tidak mempunyai pengetuk daging, anda juga boleh menggunakan rolling pin.
Dengan menggunakan teknik ini, daging bukan sahaja mudah untuk dipotong, malah mudah untuk dimasak dan dimakan.
Letakkan lapisan plastik atau kertas minyak di antara daging dan pengetuk daging untuk mengelakkan pencemaran.
#4. Masakkan secara perlahan (low-and-slow)
Teknik memasak secara perlahan seperti braising atau stewing ini sesuai untuk potongan daging yang mempunyai tisu penghubung yang banyak seperti daging dada, bahu dan paha. Ini akan menghasilkan potongan daging yang lembut dan juicy.
Teknik ini boleh juga digunakan untuk masak rendang kerana konsepnya lebih kurang sama.
Pastikan daging dimasak di dalam periuk yang tertutup. Jika tidak, daging yang dimasak akan menjadi lebih kering dan keras. Gunakan periuk yang boleh menampung jangka masa masakan yang lama.
#5. Perap daging menggunakan garam
Sekiranya anda mahu menggunakan perapan yang lebih murah dan mudah untuk didapati, anda wajib sekali menggunakan garam.
Walaupun agak pelik, tetapi sebenarnya garam sangat berkesan dalam membantu daging menjadi lembut. Ini kerana garam mampu untuk memecahkan fiber otot yang keras.
Apabila daging sudah sedia untuk dimasak, bilaskan daging dengan air dan lap kering menggunakan tuala dapur atau apa-apa yang boleh mengeringkannya.
Diharap cara melembutkan daging yang kami kongsikan ini akan membantu memudahkan dan mempercepatkan kerja dapur anda ketika hari raya nanti. Salam aidilfitri!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: says.com
Baca juga: Rupanya selama ini kita SALAH simpan daging korban! Patutlah daging cepat busuk!