TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Kecut Perut Tengok Doktor Kendong Bayi Macam Basketball, Ibu Ayah Baru Wajib Tengok!

5 min bacaan
Kecut Perut Tengok Doktor Kendong Bayi Macam Basketball, Ibu Ayah Baru Wajib Tengok!

Cara menggendong bayi dengan betul boleh membuatkannya berasa selesa dan tenang. Bagi anda yang baru pertama kali bergelar ibu ayah, cuba beberapa tips ini

Ketika doktor meletakkan bayi yang baru lahir kepada anda, tangan ibu ayah yang baru pertama kali mesti menggeletar dan sedikit kekok memikirkan cara menggendong bayi dengan betul.

Bagi sesetengah orang, memegang bayi kecil baru lahir mungkin bukan perkara mudah. Ia adalah normal jika anda berasa takut dan gementar si kecil akan tergelincir dari tangan.

Tapi tular baru-baru ini, satu video menunjukkan doktor veteran yang mendukung bayi dengan pelbagai cara, macam bola basketball dibuatnya.

Nampak bayi tersebut selesa betul apabila didukung dengan pelbagai cara. Sebenarnya kunci untuk menggendong bayi ini asal bayi selesa dan anda kena yakin! 

Cara menggendong bayi baru lahir dengan betul

Dalam video 1 minit 20 saat yang dikongsi oleh akaun Instagram Jom Dakwah itu, menampilkan seorang doktor yang cukup berpengalaman mendukung bayi baru lahir dengan pelbagai cara, walaupun nampak agak menggerunkan namun bayi kelihatan cukup selesa. 

menggendong bayi

#1. Cara menggendong bayi yang selamat- Letakkan bayi pada bahu

cara memegang bayi baru lahir

Cara untuk melakukannya:

  • Dengan badan bayi selari dengan anda, angkat bayi anda kepada ketinggian bahu anda.
  • Rehatkan kepalanya di bahu anda supaya dia boleh menoleh ke belakang.
  • Sokong kepala dan lehernya dengan satu tangan, dan bahagian bawah dengan tangan yang lain.

Kedudukan ini membolehkan bayi mendengar denyutan jantung anda.

#2. Posisi buaian

Pilih posisi sesuai

Posisi buaian ini berkesan membuatkan bayi tidur dengan mudah.

  • Dengan bayi selari dengan tahap dada anda, letakkan tangan dari bahagian bawah si kecil untuk menyokong kepala dan leher.
  • Perlahan-lahan letakkan kepala bayi ke bahagian dalam siku anda.
  • Alihkan tangan dari leher ke bawah dan pinggul.

#3. Posisi di perut

cara selamat dukung bayi

  • Meniarapkan bayi pada salah satu lengan anda dengan kepalanya pada bahagian siku.
  • Biarkan kedua kakinya berjuntai pada tangan anda, pada satu sudut yang rendah.
  • Letakkan tangan yang satu lagi di bahagian belakang bayi untuk menenangkannya.
  • Kedudukan ini boleh membantu semasa menyendawakan bayi anda. Perlahan-lahan mengusap belakangnya untuk melepaskan gas.

#4. Pegangan di pinggang

cara pegang bayi yang selamat

Anda boleh memegang pinggang bayi anda sebaik sahaja dia memperoleh kawalan sepenuhnya ke atas kepala dan lehernya. Jadi, cuba posisi ini apabila bayi anda berumur lebih tiga bulan. 

  • Posisikan bayi anda supaya belakangnya menghadap badan anda dan buatkan dia duduk di atas tulang pinggul anda.
  • Anda perlu meletakkan lengan anda di pinggangnya.
  • Bayi anda akan dapat melihat perkara-perkara di sekelilingnya dengan selesa.

#5. Pegangan muka ke muka

posisi terbaik dukung bayi

Cara menggendong bayi dengan posisi ini membolehkan anda berinteraksi dengan bayi. 

  • Sokong kepala dan leher bayi anda dengan satu tangan.
  • Sokong bahagian bawahnya dengan tangan lagi satu.
  • Sekarang pegang bayi menghadap di bawah paras dada.
  • Nikmati keseronokan membuat dia tersenyum dan berinteraksi dengan dia.

#6. Pegangan “Hello Dunia” / Pegangan kerusi

cara pegang bayi yang selamat

Bayi anda seorang yang ingin tahu? Maka ini adalah satu posisi yang sangat baik yang membolehkan dia melihat apa yang sedang berlaku di sekeliling. Di sini, dia akan duduk di atas tangan anda seolah-olah dia sedang duduk di atas kerusi.

  • Biarkan bayi bersandar dan berehat di atas dada anda supaya kepala dia mempunyai sokongan yang betul.
  • Letakkan satu tangan di dadanya untuk menghalang bersandar di sisi.
  • Letakkan tangan yang lain di bawah bahagian bawah beliau.
  • Berikannya sokongan yang baik.

Walau bagaimanapun, kedudukan ini tidak disyorkan untuk bayi bawah tiga bulan.

#7. Pegangan bola

teknik dukung bayi

Posisi ini sesuai ketika menyusukan bayi secara berdiri atau duduk. 

  • Sokong leher dan kepala bayi dengan tangan anda dan seluruh belakang si kecil dengan lengan yang sama.
  • Laraskan kepala dan leher bayi dengan tangan yang lain.
  • Buat bayi mengiring ke arah sebelah badan anda dengan kakinya dilanjutkan di belakang.
  • Dekatkan bayi kepada dada anda.
  • Gunakan tangan sebelah untuk menawarkan sokongan tambahan terhadap kepala

#8. Pegangan di atas paha

Stories Rakan Kongsi
Nampak Biasa, Tapi Bahaya: Skin Barrier Lemah Boleh Menjejaskan Kesihatan Anak Seumur Hidup
Nampak Biasa, Tapi Bahaya: Skin Barrier Lemah Boleh Menjejaskan Kesihatan Anak Seumur Hidup
Kulit Bayi Sihat Bermula Dari Awal, Ini Sebab Kenapa 12 Bulan Pertama Penting Untuk Perkembangan Skin Barrier
Kulit Bayi Sihat Bermula Dari Awal, Ini Sebab Kenapa 12 Bulan Pertama Penting Untuk Perkembangan Skin Barrier
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Benarkah Ada Risiko Masalah Usus dan Sistem Imun Terhadap Anak Czer Anda?
Benarkah Ada Risiko Masalah Usus dan Sistem Imun Terhadap Anak Czer Anda?

cara lembut pangku bayi

Ini merupakan satu lagi pegangan yang anda boleh gunakan semasa memberi susu bayi menggunakan botol susu, dan boleh digunakan semasa dalam keadaan duduk.

  • Letakkan kaki anda dengan rapat di lantai ketika anda duduk dan letakkan bayi ke riba.
  • Kepala bayi harus berhampiran lutut anda dengan muka menghadap ke atas.
  • Letakkan kedua-dua tangan di bawah kepala untuk sokongan dan juga lengan untuk menyokong kiri dan kanan badannya.
  • Biarkan kakinya di kawasan pinggang anda.

Cara memegang bayi untuk hentikan tangisan

Terdapat teknik yang dikenali sebagai ” The Hold”, yang ditunjukkan oleh Dr. Robert Hamilton, seorang pengamal di Pacific Ocean Pediatrics di California. Beliau menunjukkan demo langsung pegangan itu yang terdiri dari empat langkah.

  • Angkat bayi yang menangis, lipatkan lengannya perlahan-lahan di atas dada.
  • Tahan lengan si kecil menggunakan tangan anda. Tangan itu juga akan menyokong dagunya.
  • Sokong bahagian bawah bayi dengan tangan anda yang lain. Gunakan bahagian tangan anda yang berisi tetapi bukan jari untuk pegangan yang selesa.
  • Pastikan bayi berada pada sudut 45 darjah dan bergerak perlahan-lahan. Anda boleh membuai bayi perlahan-lahan, tetapi elakkan pergerakan yang mengejut.

Tips memegang bayi sewaktu ingin memandikannya

Masa mandi adalah masa yang menyeronokkan untuk bayi. Berikut adalah cara memegang bayi ketika mandi untuk mengelakkan kemalangan seperti lemas atau menelan air.

  • Ketika menurunkan bayi anda ke dalam tab mandi, pegang dia dengan satu tangan di bahagian bawah.
  • Gunakan tangan yang lain untuk menyokong belakang dan bahunya.
  • Apabila si manja sudah berada di dalam tab mandian, anda boleh guna tangan yang menyokong bahagian bawah untuk mencuci badannya.
  • Dengan tangan yang lain pegang bayi dengan kuat dan pastikan kepalanya di atas paras air.

Sumber: MomJunction

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Begini Rutin Penjagaan Bayi Baru Lahir Yang Betul, Barulah Si Manja Tidak Kerap Merengek!

Baca juga: Bayi Tidur Awal & Mudah Setiap Malam, Ibu Ini Kongsi 7 Petua BERKESAN Yang Diamalkannya

Baca juga: Begini Cara Mandi Bayi Baru Lahir Yang Betul & Selamat, Ibu Ayah Baru Sila Take Note!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Michelle Goh

  • halaman rumah
  • /
  • Bayi
  • /
  • Kecut Perut Tengok Doktor Kendong Bayi Macam Basketball, Ibu Ayah Baru Wajib Tengok!
Kongsikan:
  • Tanda Kuning Bayi Turun: 7 Petunjuk Kulit & Mata Semakin Pulih, Ibu Dah Boleh Tarik Nafas Lega!

    Tanda Kuning Bayi Turun: 7 Petunjuk Kulit & Mata Semakin Pulih, Ibu Dah Boleh Tarik Nafas Lega!

  • Cara Membantu Kulit Bayi Capai Kematangan Penuh, Panduan Agar Kulit Si Manja Kuat & Sihat

    Cara Membantu Kulit Bayi Capai Kematangan Penuh, Panduan Agar Kulit Si Manja Kuat & Sihat

  • Tanda-Tanda Bayi Bersedia Untuk Makanan Pejal, Antaranya Pandai Duduk & Selalu Buka Mulut Bila Ibu Ayah Makan

    Tanda-Tanda Bayi Bersedia Untuk Makanan Pejal, Antaranya Pandai Duduk & Selalu Buka Mulut Bila Ibu Ayah Makan

  • Tanda Kuning Bayi Turun: 7 Petunjuk Kulit & Mata Semakin Pulih, Ibu Dah Boleh Tarik Nafas Lega!

    Tanda Kuning Bayi Turun: 7 Petunjuk Kulit & Mata Semakin Pulih, Ibu Dah Boleh Tarik Nafas Lega!

  • Cara Membantu Kulit Bayi Capai Kematangan Penuh, Panduan Agar Kulit Si Manja Kuat & Sihat

    Cara Membantu Kulit Bayi Capai Kematangan Penuh, Panduan Agar Kulit Si Manja Kuat & Sihat

  • Tanda-Tanda Bayi Bersedia Untuk Makanan Pejal, Antaranya Pandai Duduk & Selalu Buka Mulut Bila Ibu Ayah Makan

    Tanda-Tanda Bayi Bersedia Untuk Makanan Pejal, Antaranya Pandai Duduk & Selalu Buka Mulut Bila Ibu Ayah Makan

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham