Tolong! Macam mana nak putihkan kawasan faraj yang makin gelap selepas bersalin?

lead image

Untuk ibu-ibu yang selalu risau tentang cara memutihkan miss V selepas bersalin, jangan risau lagi! Mari cuba 3 cara semula jadi yang berkesan ini.

Adakah anda salah seorang wanita yang risau dan selalu memikirkan cara memutihkan miss V selepas bersalin?

Jika ya, jangan risau. Kami ada penjelasan tentang cara memutihkan miss V dengan bahan semula jadi. Tapi sebelum itu, anda harus tahu fakta ini.

Kulit memang akan menjadi sedikit gelap selepas bersalin — dan ia memang satu mimpi ngeri! Lebih-lebih lagi jika selama sembilan bulan kita mengalami pelbagai perubahan, kan?

Menurut Dr. Katrina Canlas-Estrella, pakar dermalogi di Makati Medical Center, masalah kulit yang semakin gelap dipanggil sebagai melasma

Mengapa faraj semakin gelap selepas bersalin?

Wanita lebih cenderung untuk mengalami melasma atau chloasma ketika mengandung kerana peningkatan hormon yang membuatkan pigmentasi.

src=https://bodyvie.com/wp content/uploads/melasma.jpg Tolong! Macam mana nak putihkan kawasan faraj yang makin gelap selepas bersalin?

Sebab itu, ada wanita yang akan mengalami tompok-tompok hitam di ketiak, leher, puting, bahagian alat sulit dan lain-lain. 

Tapi menurut The American Academy of Dermatology pula, kawasan kulit yang terkena pigmentasi ini akan pulih seperti sediakala selepas beberapa bulan bersalin. Itu ketika kulit mendapatkan “warna sebenarnya” semula.

Namun, wanita yang berkulit gelap secara semula jadi, seperti kebanyakan wanita di Malaysia, akan mengambil masa lebih lama untuk pulih. Kadang-kadang, mungkin ia takkan kembali ke warna asal!

Ada kajian mengatakan ini kerana keturunan, ataupun akibat depresi ketika mengandung. Malah mungkin diet juga memainkan peranan penting! 

Apa cara memutihkan miss V yang saya boleh buat?

src=http://i.imgur.com/OeJe1hK.jpg Tolong! Macam mana nak putihkan kawasan faraj yang makin gelap selepas bersalin?

Mungkin ada wanita yang tidak kisah dengan cara memutihkan miss V ini, tapi percayalah, ramai wanita yang berasa rendah diri dan kurang yakin kerananya! 

Tapi menurut Jasmin Bolano, seorang pakar kulit dan kecantikan, kini terdapat pelbagai penyelesaian secara semula jadi untuk masalah kulit ini. Antaranya seperti ini.

3 cara memutihkan miss V (hanya sapu di sekitar faraj, bukannya DI DALAM faraj)

Terdapat pelbagai bahan semula jadi (yang ada di rumah) boleh dijadikan ubat untuk melasma. Bahan-bahan ini boleh dipakai setiap hari, 2 kali sehari *selepas mandi.

Biarkan bahan-bahan ini selama 30 minit sebelum bilas ia dengan air. Antara bahan semula jadi yang anda boleh guna ialah:

#1 Air limau nipis

src=https://assets id.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/24/2018/06/cara memutihkan selangkangan secara alami jeruk nipis.jpg Tolong! Macam mana nak putihkan kawasan faraj yang makin gelap selepas bersalin?

Limau nipis memang terkenal sebagai salah satu ejen pemutih semula jadi. Perah limau ini ke dalam yogurt dan sapukan pes ke kawasan vagina.

Anda juga boleh mencampur air limau nipis dengan serbuk kunyit. Yogurt mengandungi bakteria bagus yang baik untuk kulit. Lemon pun boleh ganti limau nipis!

#2 Buah betik

Buah betik memang bagus untuk kulit sebab ia mampu membuang sel-sel kulit mati lantas meremajakan kulit anda. 

Apa yang perlu anda buat mudah saja. Ambil 2 sudu betik yang sudah dikisar, masukkan 1 sudu madu dan 1 sudu buah lidah buaya. Gaul dan sapu ramuan ini pada bintik-bintin hitam di kulit.

Selain buah betik, anda juga boleh menggunakan buah avokado.

#3 Gel lidah buaya

src=https://assets id.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/24/2018/06/cara memutihkan selangkangan secara alami lidah buaya.jpg Tolong! Macam mana nak putihkan kawasan faraj yang makin gelap selepas bersalin?

Gel lidah buaya terkenal kerana mampu menjadi salah satu cara memutihkan miss V yang paling berkesan. Gunakan ia dengan kerap seakan-akan losyen. 

Cara memutihkan miss V yang lain

Selain ketiga-tiga bahan semula jadi yang disebut di atas, masih ada beberapa bahan lain yang anda boleh cuba untuk memutihkan miss V selepas bersalin.

Antaranya ialah:

  1. Campur jus tomato atau timun dengan susu. Kemudian basuh di sekitar kulit
  2. Buat campuran kacang badam dan madu untuk memutihkan kulit
  3. Potong kentang jadi 2 bahagian dan gosok pada kawasan yang gelap
  4. Buat pes dari baking soda yang dimasukkan air dan titisan lemon
  5. Minum banyak air masak. 

Menyusu juga telah terbukti mampu membuatkan kulit ibu lebih bersinar. Jadi, teruskan menyusu bayi anda.

Ibu ada cara-cara lain untuk memutihkan miss V secara semula jadi selepas bersalin? Jom kongsikan ia dengan kami!

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Artikel diterjemah dari theAsianparent Indonesia

Baca juga:

7 cara ketatkan faraj secara semula jadi yang semua wanita perlu buat