Cara Buat Anak Kembar Walaupun Tiada Genetik, 10 Tips Ini Membantu Suami Isteri
Cara buat anak kembar walaupun tiada genetik adalah tidak mustahil kerana beberapa tips dapat anak kembar boleh meningkatkan peluang anda
Mungkin ada ramai pasangan yang teringin menimang anak kembar. Hal ini kerana kebanyakan anak kembar sungguh comel dan mendatangkan keseronokan berganda dalam keluarga. Namun bagi yang tiada genetik, mungkin anda tertanya-tanya adakah cara buat anak kembar yang boleh anda cuba di rumah?
Menurut Persatuan Kehamilan Amerika, peluang untuk mempunyai anak kembar adalah kira-kira 1 dalam 300. Ini bermaksud jika anda melakukan hubungan seks tanpa menggunakan kawalan kelahiran, terdapat kemungkinan 1 dalam 300 peluang untuk mendapat anak kembar.
Isi Kandungan
Cara Dapat Anak Kembar
1. Ambil Makanan Tinggi Kalsium
Cara buat anak kembar yang boleh anda cuba di rumah adalah mengamalkan makanan tinggi kalsium.
Penyelidikan oleh Dr. Gary Steinman, Pusat Perubatan Long Island New York State mengatakan wanita yang minum susu lima kali ganda cenderung dapat bayi kembar. Begitu juga kalau makan daging.
Hal ini kerana, protein yang terdapat pada haiwan adalah faktor penting bagi memastikan kehamilan kembar.
Protein ada pertumbuhan insulin yang dipanggil IGF. Ia terdapat dalam susu lembu dan produk haiwan lain yang membolehkan ovari bertindak lebih mudah sekaligus meningkatkan bilangan sel telur.
2. Ubat Kesuburan
Cara buat anak kembar yang seterusnya adalah boleh pertimbangkan pengambilan ubat kesuburan yang dapat meningkatkan kesuburan dan merangsang produksi sperma atau telur.
Dengan penghasilan sperma atau telur yang lebih banyak, terdapat potensi untuk penyatuan lebih daripada satu sperma dengan satu telur.
Beberapa ubat kesuburan yang sering digunakan termasuk Clomiphene dan Gonadotropin.
3. Makan Asid Folik
Satu kajian dari Australia mendapati, asid folik menyumbang kepada kehamilan kembar. Tapi dalam penyelidikan yang lain, cara buat anak kembar menggunakan kaedah ini sukar dibuktikan.
4. Merancang Kehamilan
Merancang kehamilan adalah sangat penting jika anda benar-benar mengimpikan cahaya mata kembar.
Sesetengah kajian mencadangkan bahawa hamil selepas menghentikan kawalan kelahiran boleh meningkatkan kemungkinan mendapat anak kembar.
5. Makan Tiram
Tips dapat anak kembar seterusnya adalah galakkan pasangan makan tiram. Tiram dipercayai mengandungi zink yang tinggi dan ini membantu pengeluaran sperma.
Semakin sihat dan aktif spermanya, semakin tinggi kemungkinan untuk menyuburkan satu atau dua telur.
7. Perhatikan Waktu Subur
Sesetengah pasangan mengakui mereka berjaya mendapatkan anak kembar selepas menggunakan kaedah semula jadi seperti memantau ovulasi dan masa persetubuhan ketika waktu subur.
8. Makanan Tinggi Zat Besi
Ia boleh diperoleh daripada sayuran berdaun hijau, tiram dan bijirin.
Semua ini kaya dengan zat besi yang mampu merangsang pengeluaran sperma dan meningkatkan peluang anda untuk mempunyai kehamilan kembar.
9. Makan Dengan Banyak
Jika anda banyak makan, tubuh berada dalam keadaan baik untuk memiliki lebih janin. Namun hati-hati, ini tidak bermaksud anda boleh makan apa saja sesuka hati tanpa melihat risiko lain yang boleh terjadi.
Pastikan mengambil makanan yang sihat bagi meningkatkan peluang anda mendapatkan anak kembar.
10. Pernah Bersalin Sebelum Ini
Wanita yang telah melahirkan beberapa anak sebelumnya memiliki peluang lebih besar untuk memiliki anak kembar.
Cara Dapat Anak Kembar Tanpa Genetik
Menurut Perunding Obstetrik dan Ginekologi, Dr Hamid Arshat kongsikan beberapa cara mendapatkan anak kembar.
- Hamil pada umur 40 tahun ke atas: Mereka yang hamil pada umur 40 tahun ke atas berpotensi mendapat kehamilan kembar.
- Tahap kesihatan baik: Mereka yang tahap kesihatan terbaik dan makan makanan yang berzat serta berkhasiat. Mengamalkan makan supplemen, vitamin dan asid folik lebih berpeluang hamil kembar.
- Rajin minum susu, diet penuh produk tenusu: Ada yang mengatakan mereka yang sering minum susu dan makan produk tenusu lebih berpeluang hamil kembar. Ada kemungkinan ‘insulin like growth factor’ (IGF) yg dikeluarkan oleh hati lembu menjadi penyebab hamil kembar.
- Makan keladi dan ubi: Orang-orang asli Afrika yang makanan mereka terdiri keladi dan ubi didapati punya peluang melahirkan kembar empat kali ganda dari orang lain.
- Hormon kesuburan: Hormon subur sama ada pil atau suntikan meningkatkan peluang melahirkan kembar. Wanita yang makan pil subur clomid mempunyai peluang hamil kembar antara 5 – 10 %. Manakala mereka yang disuntik hormon gonadotrophin mempunyai peluang kembar sekitar lingkungan 30 peratus. Malangnya kadang-kala berlaku kembar empat atau lebih dan punya risiko keguguran yang tinggi.
- Rawatan IUI, IVF: Mereka yang menjalani rawatan suntik benih suami (IUI) dan mereka yg menjalani rawatan bayi tabung uji (IVF) juga berpeluang lebih untuk hamil kembar.
Jenis Anak Kembar
Memahami jenis kembar adalah penting sebelum anda dan pasangan mencuba cara dapat anak kembar. Antaranya adalah:
- Kembar seiras: Satu telur (isteri) bersenyawa dengan satu benih sperma (suami). Kemudian embrio itu terbahagi dan menghasilkan dua embrio.
- Kembar tak seiras: Berkongsi gen sesama sendiri (jantina mereka serupa contohnya lelaki-lelaki atau perempuan-perempuan atau boleh jadi jantinanya berlawanan lelaki-perempuan.
Faktor Hamil Anak Kembar
Walaupun genetik memainkan peranan penting dalam melahirkan anak kembar, terdapat faktor lain yang boleh meningkatkan peluang anda:
- Faktor Genetik: Faktor genetik merupakan salah satu faktor utama dalam menentukan sama ada seseorang itu akan mendapat anak kembar. Jika ada sejarah keluarga kembar, peluang anda lebih tinggi. Faktor ini lebih kuat pada kembar seiras.
- Umur Ibu: Wanita yang lebih tua, terutamanya yang berumur lebih dari 30 tahun, mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk mempunyai anak kembar. Ini disebabkan oleh peningkatan bilangan folikel yang dikeluarkan dalam kitaran ovulasi pada wanita yang lebih tua.
- Pariti: Bilangan kehamilan sebelumnya juga boleh menjejaskan peluang anda untuk mendapat anak kembar. Wanita yang pernah hamil beberapa kali sebelum ini mempunyai peluang yang lebih besar.
- Berat: Beberapa kajian menunjukkan bahawa wanita dengan indeks jisim badan (BMI) yang lebih tinggi mempunyai peluang lebih tinggi untuk kembar. Walau bagaimanapun, berat badan yang sangat berlebihan juga boleh meningkatkan risiko komplikasi kehamilan.
- Pemakanan: Mengambil makanan yang kaya dengan asid folik boleh meningkatkan peluang anak kembar. Asid folik boleh didapati dalam sayur-sayuran berdaun hijau, kacang, dan bijirin yang diperkaya.
- Persenyawaan In Vitro (IVF): Jika anda menjalani prosedur perubatan seperti inseminasi buatan atau IVF, peluang untuk mendapat anak kembar mungkin meningkat. Dalam IVF, lebih daripada satu embrio boleh ditanam, meningkatkan peluang kehamilan berganda.
- Pengambilan Ubat Kesuburan: Sesetengah ubat kesuburan yang digunakan dalam rawatan kemandulan boleh meningkatkan peluang untuk mendapat anak kembar.
Posisi Seks Untuk Hamil Kembar
Selain petua semula jadi yang telah dikongsi tadi, posisi seks yang betul juga menambahkan peluang bagi kehamilan kembar.
Contohnya seperti posisi ini:
- Standing up position: Suami isteri berada dalam kedudukan berdiri. Ia meningkatkan peluang anda untuk mempunyai kembar. Cubalah!
- Missionary position: Melakukan seks missionary ini adalah salah satu cara untuk hamil kembar. Ia membuatkan sperma bercampur telur dengan mudah.
- Rear Entry Position: Posisi seks ini dilakukan di mana suami berada di belakang isteri. Ia membuatkan sperma dekat dengan serviks wanita.
Walau bagaimanapun, peluang untuk kehamilan kembar ini bergantung kepada banyak faktor. Jika anda menggunakan teknologi seperti rawatan IVF, kemungkinan untuk hamil kembar adalah tinggi.
Namun anda boleh cuba dengan petua yang kami kongsikan tadi iaitu melalui cara semula jadi atau posisi seks.
Tips Dapat Anak Kembar Dr Sheikh Muszaphar
Menerusi posting yang dimuat naik di Instagram, ada beberapa tips kembar Dr Sheikh Muszaphar yang boleh dijadikan sebagai panduan untuk anda dan pasangan.
Gambar – Adam & Nuh
Beberapa fakta menarik tentang kembar:
1. Adam & Noah adalah kembar DCDA – tidak serupa. Bermakna mereka mempunyai plasenta yang berasingan dan membran yang berasingan. Kembar seiras selalunya sama jantina
2. Kembar perempuan lebih biasa berbanding kembar lelaki
3. Meskipun kembar seiras, mereka mempunyai cap ibu jari yang berbeza dan kesan gigi yang berbeza.
4. Gen ibu mengawal peluang kembar. Gen bapa tidak memainkan peranan untuk mendapatkan anak kembar.
5. Kembar bukan genetik.
6. Keladi dan ubi kayu adalah makanan yang meningkatkan peluang anda untuk mendapat anak kembar. Juga produk tenusu seperti susu dan keju.
7. Anak kembar mula terikat di dalam perut pada kehamilan 14 minggu – itulah sebabnya mereka mempunyai ikatan istimewa.
8. Wanita yang lebih tua mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk mendapat anak kembar.
9. Wanita yang lebih tinggi mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk mendapat anak kembar
10. Kembar seiras mempunyai DNA yang 99.9% sama.
Doa Mohon Anak Kembar
Antara doa mendapat zuriat kembar yang boleh diamalkan ialah ayat 120 surah As-Saffat dan ayat 50 surah As-Syu’araa:
Walaupun mempunyai anak kembar adalah impian ramai, adalah penting untuk memahami bahawa kejadian kembar dipengaruhi oleh interaksi kompleks faktor genetik, hormon dan persekitaran.
Kecenderungan genetik, umur ibu, kehamilan sebelumnya, diet, dan faktor lain boleh menyumbang kepada kemungkinan mendapat anak kembar.
Jika anda ingin meningkatkan peluang mengandung anak kembar, adalah penting untuk berunding dengan doktor atau pakar kesuburan.
Mereka boleh memberikan nasihat berdasarkan situasi khusus anda dan membimbing melalui sebarang rawatan kesuburan atau perubahan diet yang boleh meningkatkan peluang hamil anak kembar.
Semoga artikel ini bermanfaat.
Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Kalkulator Ovulasi Untuk Ramal Waktu Subur Wanita, Penting Dalam Perancangan Keluarga
Baca juga: Test Kesuburan Untuk Tahu Waktu Subur, Guna Alat Uji Kesuburan Ini Sekiranya Sedang Mencuba Hamil
Baca juga: Kesan Kitaran Haid Normal: Sakit Payudara, Naik Jerawat & Craving Makanan Manis