Trik Ibu Ini Tidurkan Anaknya Dengan Tangan Palsu Ternyata Sungguh Berkesan!

Tak sangka dengan idea kreatif ibu ini, ia berjaya membuatkan bayinya tidur lena dan kurang merengek!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Seorang ibu baru-baru ini telah berkongsi satu cara menenangkan bayi menangis terus dengan sarung tangan palsu dan idea tersebut ternyata berkesan untuk anak kecilnya! 

Kita sendiri tahu ramai ibu bapa di luar sana yang terpaksa berjuang ketika waktu malam demi menjaga si kecil yang baru dilahirkan.

Apatah lagi si kecil itu sentiasa ingin dibelai dengan kehangatan tubuh ibunya hingga kadang-kadang membuatkan si ibu stres dan penat

Tapi dengan idea tangan palsu ini, ia betul-betul membantu ibu dalam menangani anak yang kerap merengek hingga si ibu ini tidak boleh buat kerja lain. 

Cara menenangkan bayi menangis terus dengan tangan palsu

Abigail Rivera Garcia, 23 terpaksa berhadapan dengan situasi anak yang suka menangis terutama ketika tidak dipegang

Ananyah yang berumur dua bulan itu mempunyai kolik dan refluks. Ini menjadikan dia selalu merengek dan ingin sentiasa di samping ibunya. 

Malah dia tidak boleh tidur lebih daripada 10 minit kerana selalu terkejut. Tapi masalah ini dapat diatasi selepas Abigail mencipta tangan palsu yang diambil dari Pinterest. 

Cara menenangkan bayi menangis terus – Bagaimana cara buat tangan palsu ini? 

Caranya mudah saja! Anda hanya perlu:

  • Sediakan sarung tangan getah 
  • Masukkan nasi/tepung ke dalam sarung tangan itu 

Setelah meletakkan bayi secara meniarap, Abigail meletakkan tangan palsu itu di belakang badan anaknya. 

Apa yang menariknya, Ananyah terus berhenti menangis kerana dia merasakan seolah-olah ibunya yang sentuh belakang tubuh. Ternyata sarung tangan getah ini sungguh luar biasa! 

Namun begitu, Abigail sedar ada orang yang tidak suka dengan cara ini, tapi dia menegaskan setiap ibu mempunyai cara tersendiri dalam menangani anak susah tidur dan kuat merengek.

Dia menambah tujuannya adalah ingin berkongsi dengan ibu lain supaya mereka juga ada masa rehat meskipun menjaga bayi. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Adakah ia membahayakan keselamatan bayi? 

Ramai juga ibu bapa yang  kurang setuju dengan cara ini kerana bimbang anak ditinggalkan sendirian tanpa pantauan orang dewasa terutama yang tidur secara meniarap akan meningkatkan risiko SIDS (sindrom kematian bayi mengejut).

Namun Abigail menegaskan dia tetap melihat anak perempuannya sepanjang masa meskipun dengan bantuan tangan palsu itu. 

Menurut Prof. Rawee Sichangsiri, berdasarkan kajian, tidur meniarap adalah salah satu penyebab SIDS terjadi

Nasihat yang boleh diberikan kepada ibu bapa bagi mengurangkan risiko SIDS adalah seperti: 

  • Bayi baring dengan cara yang betul supaya mengurangkan peluang SIDS dan elak tidur atas tilam lembut seperti sofa.
  • Tidak letak bahan lembut di tepi katil bayi seperti bantal atau selimut dan biarkan sekeliling tempat tidur bayi kosong tanpa benda
  • Letak bayi di atas katilnya sendiri tanpa berkongsi dengan orang dewasa. 
  • Elakkan suhu bilik yang terlalu panas. Kalau boleh, pasang penghawa dingin atau kipas. 
  • Jangan biarkan anak bersendirian tanpa pantauan daripada orang dewasa. 

Tips menidurkan bayi dengan lebih selesa 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#1. Bedung 

Salah satu cara tidurkan bayi dengan selesa adalah bedung tubuh si kecil itu supaya dia dapat merasakan kehangatan seolah-olah berada dalam rahim ibu. 

Ia juga bantu mengurangkan rasa terkejut bayi saat terdengar bunyi di sekelilingnya. 

#2. Redupkan lampu bilik 

Ketika malam, pasang lampu tidur dan matikan lampu utama supaya keadaan bilik lebih tenang sekaligus membuatkan bayi mudah tidur. 

#3. Susukan bayi sampai kenyang 

Cara ini boleh dilakukan ketika bayi bawah umur 12 bulan kerana biasanya bayi sukar tidur kerana lapar. Jadi satu-satunya cara adalah memberinya susu badan. 

#4. Biasakan tidur tepat pada waktu 

Setiap bayi memiliki jam tidur yang berbeza-beza jadi anda harus disiplin dengan jadual tidur bayi. Contohnya tidurkan dia jam 9 malam setiap hari tanpa gagal. 

Jangan sesekali mengubah jam tidurnya kerana ia boleh menyebabkan dia susah tidur. 

Semoga bermanfaat.  

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

 

 

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Parenting Isnt Easy, Penulis asal Tulya. Artikel ini mendapat keizinan dari theAsianparent Thailand untuk diterjemahkan. 

Baca juga

https://my.theasianparent.comsilap-penjagaan-bayi-patut-elak/

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan