Cara Menggunakan Pregnancy Test Yang Betul Untuk Tahu Anda Mengandung Atau Tidak

Cara menggunakan pregnancy test perlulah betul agar dapat memastikan sama ada anda mengandung ataupun tidak. Berikut panduan untuk anda

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

‘Eh..macam mana nak guna benda alah ni?’ Itu pertanyaan biasa dalam kalangan wanita yang baru pertama kali mahu menjalani ujian kehamilan di rumah. Maklumlah baru saja beberapa bulan mendirikan rumah tangga dan teruja mendapatkan cahaya mata, tidak tahu cara guna pregnancy test dengan betul.

Terdapat 3 jenis kit ujian kehamilan yang biasa digunakan oleh ibu atau bakal ibu. Cara penggunaan setiap jenis tersebut juga berbeza. Di sini kita beri panduan kepada ibu-ibu bagaimana cara guna pregnancy test betul di rumah.

Cara guna pregnancy test, bilakah waktu terbaik untuk dapat keputusan yang tepat?

Sebelum kitaran haid seterusnya sampai. Jika anda mendapati haid lambat daripada biasa, adalah disarankan untuk menjalani ujian ini.

Untuk mendapatkan keputusan lebih tepat, boleh buat ujian 2 minggu selepas tarikh sepatutnya datang haid.

Jika tidak mahu menunggu, boleh melakukannya seminggu selepas hubungan intim. Biasanya, tubuh memerlukan 7 hingga 12 hari selepas persenyawaan untuk meningkatkan kadar hCG sekiranya hamil.

Ada yang menyarankan buat ujian kehamilan selepas bangun pagi kerana kepekatan urin yang tinggi. Namun, anda tidak semestinya lakukannya pada pagi hari kerana hormon hCG akan sentiasa tinggi jika anda hamil tak kira waktu.

Cara menggunakan pregnancy test mengikut jenis

1# Strip UPT


UPT jenis strip adalah antara alat ujian kehamilan paling murah di pasaran. Harganya adalah sekitar RM4 hingga RM7 sebungkus.

Cara penggunaan:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Takung sedikit urin dalam bekas kecil. Bagi UPT jenis strip, ada jenama yang sertakan bekas atau cawan kecil sekali.
  2. Letakkan bekas takungan di atas permukaan rata. Celupkan strip UPT lebih kurang 5 saat.
  3. Tunggu dalam 5 hingga 10 minit untuk keputusan.

Cara baca keputusan:

  • Dua jalur = mengandung (positif)
  • Satu jalur di garis C (control line) = tidak mengandung (negatif)
  • Tak keluar jalur = perlu buat ujian lagi sekali kerana strip tidak menunjukkan keputusan (invalid).

2# Cassette UPT

UPT jenis ini pula rekaannya lebih tahan lasak dan lebih selesa untuk digunakan. Hanya titiskan urin pada tempat yang disediakan.

Sesetengah jenama juga sediakan bekas urin untuk memudahkan penggunaan selain didatangkan dengan penitis. Harganya adalah sekitar RM8 hingga RM15.

Cara penggunaan:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Kumpulkan urin pada satu bekas kecil.
  2. Ambil sedikit urin menggunakan penitis dan letakkan dalam 5 titisan ke tempat yang disediakan.
  3. Setelah dititiskan, letakkan UPT tersebut pada permukaan rata.
  4. Tunggu keputusan pada paparan skrin.

Cara baca keputusan:

  • Dua jalur = mengandung (positif)
  • Satu jalur di garis C (control line) = tidak mengandung (negatif)
  • Satu jalur di garis T atau tiada garis muncul = perlu buat ujian lagi sekali kerana strip tidak tunjukkan keputusan (invalid).

3# Midstream UPT

UPT jenis ini pula adalah yang paling canggih di pasaran. Harga jauh lebih mahal sekitar RM40 ke atas.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ada 2 jenis midstream UPT iaitu digital dan bukan digital. Fungsinya sama seperti alat ujian kehamilan yang lain, tetapi yang istimewanya UPT midstream digital boleh beri keputusan termasuk dengan kiraan minggu kehamilan.

Cara penggunaan:

  1. Letakkan urin di hujung strip.
  2. Letakkan alat ujian kehamilan di permukaan rata.
  3. Tunggu keputusan keluar.
  4. Cara baca keputusan menggunakan midstream juga lebih mudah namun ia bergantung kepada jenama yang digunakan.
  5. Ada yang tunjukkan keputusan ‘Pregnant’ atau ‘Not Pregnant’ , ada yang keluar dua jalur atau simbol positif ‘+’ tanda hamil.

Kami ada senaraikan alat uji kehamilan yang tepat di sini.

Penguji kehamilan yang manakah paling tepat?

Kebanyakan alat UPT di pasaran sering menarik pelanggan untuk membeli dengan menjanjikan 99 peratus ketepatan jika digunakan dengan betul. Sebenarnya, alat UPT yang paling berkesan ialah yang boleh mengenal pasti kadar hormon pada kepekatan rendah.

Ia membuktikan yang alat tersebut lebih sensitif pada kandungan hCG dalam urin, tidak kiralah jenis apa pun. Contohnya, alat UPT yang boleh mengenal pasti kadar hormon pada 20mlU/ml adalah lebih tepat berbanding alat yang boleh mengesan pada kadar hormon 50 mlU/ml.

Semakin kecil nilai hCG yang boleh dikenal pasti, semakin tepat alat ujian tersebut. Biasanya pada awal kehamilan hormon hCG tidak begitu tinggi. Oleh sebab itu, ada yang perlu buat ujian beberapa kali atau perlu tunggu dalam 2 minggu selepas hari yang sepatutnya datang haid.

Dengan alat UPT yang dapat menguji kehamilan dengan kadar hormon hCG rendah, ujian yang anda buat akan lebih tepat walaupun pada awal usia kehamilan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anda disarankan untuk membeli alat ujian kehamilan di farmasi terdekat dengan sensitiviti sekurang-kurangnya 25mlU/ml. Jika anda dapati mengandung setelah jalani ujian mengikut cara guna pregnancy test yang disarankan dan mengalami simptom-simptom mengandung yang jelas, dapatkan rawatan susulan dengan doktor bagi menjamin kesihatan anda dan kandungan. 

Cara untuk hamil dengan berkesan

Bagi kebanyakan pasangan, memulakan keluarga adalah perkara yang penting dalam hidup mereka. Walau bagaimanapun, kehamilan mungkin tidak selalunya semudah yang disangka. Faktor-faktor seperti umur, kesihatan dan pilihan gaya hidup semuanya boleh mempengaruhi peluang seseorang untuk hamil. 

Sama ada anda secara aktif cuba hamil atau hanya merancang untuk masa depan, memahami badan anda dan cara ia berfungsi amat penting. Berikut adalah beberapa cara untuk hamil yang anda boleh cuba:

1# Fahami kitaran haid dan tempoh kesuburan anda

Kitaran haid ialah situasi bulan yang berlaku dalam tubuh wanita sebagai persediaan untuk kemungkinan kehamilan, dan ia terdiri daripada beberapa fasa. Mengesan kitaran haid anda boleh membantu anda mengenal pasti hari paling subur anda.

Tempoh kesuburan anda, iaitu tempoh masa apabila persetubuhan berkemungkinan besar menghasilkan kehamilan, bermula beberapa hari sebelum ovulasi dan berakhir 24 jam selepas ovulasi.

Anda kena ingat, sperma boleh bertahan dalam saluran pembiakan sehingga lima hari, jadi masa persetubuhan bertepatan dengan tempoh kesuburan boleh meningkatkan peluang kehamilan. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

2# Mengekalkan gaya hidup sihat 

Makan diet yang berkhasiat dan seimbang, minum banyak air, dan tidur yang cukup boleh menyokong kesihatan reproduktif anda. Anda juga harus mengelakkan merokok, alkohol, dan dadah rekreasi, kerana ia boleh membahayakan kesuburan anda dan perkembangan bayi anda, sekiranya anda hamil.

Menguruskan masalah kesihatan secepat mungkin seperti masalah tiroid, diabetes, atau PCOS juga boleh meningkatkan peluang anda untuk hamil. Rujuk dengan doktor untuk membantu anda menguruskan sebarang masalah kesihatan sebelum mencuba untuk hamil.

3# Pertimbangkan untuk berunding dengan pakar kesuburan jika anda menghadapi masalah untuk hamil

Jika anda telah mencuba untuk hamil selama lebih daripada setahun tanpa sebarang kejayaan, atau seorang wanita berumur 35 tahun ke atas dan tidak dapat hamil selepas 6 bulan melakukan hubungan seks tanpa perlindungan secara teratur, mungkin sudah tiba masanya untuk berunding dengan pakar kesuburan.

Pakar kesuburan boleh membantu menentukan sama ada terdapat sebarang isu perubatan asas yang boleh menjejaskan keupayaan anda untuk hamil, dan boleh menawarkan pilihan rawatan. Ini mungkin termasuk ubat untuk merangsang ovulasi, pembedahan untuk membuang penyumbatan dalam sistem pembiakan, atau prosedur lanjutan seperti IVF atau IUI.

Berunding dengan pakar kesuburan bukan sahaja boleh meningkatkan peluang anda untuk hamil, tetapi juga boleh memberikan ketenangan fikiran bahawa anda sedang melakukan segala yang mungkin untuk mencapai matlamat anda untuk memulakan keluarga anda.

4# Lakukan hubungan kelamin

Pasangan digalakkan untuk melakukan hubungan seks setiap dua atau tiga hari mengikut kiraan sepanjang kitaran haid anda. Ini akan memastikan anda berhubungan semasa tempoh kesuburan yang mana kemungkinan untuk hamil lebih tinggi.

Ada sesetengah posisi seks juga dapat membantu mempercepatkan kehamilan. Antaranya termasuk:

  • Posisi doggy style
  • Posisi woman on top
  • Posisi missionary
  • Posisi spooning
  • Posisi reverse cow girl

Untuk ketahui lebih lanjut, anda boleh baca artikel ini tentang hubungan intim untuk cepat hamil.

Kehamilan adalah sesuatu yang rumit dan penuh emosi bagi setiap pasangan. Walau bagaimanapun, dengan mengambil pendekatan proaktif dan mencari maklumat dan nasihat yang boleh dipercayai, ramai pasangan boleh berjaya mencapai matlamat mereka untuk membina keluarga. 

Semoga bermanfaat dan selamat mencuba.

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di lamantheAsianparent Malaysia

Baca juga: Bilakah Masa Terawal & Sesuai Untuk Lakukan Ujian Kehamilan?

Baca juga: Kenapa Haid Lewat & Saya Ada Tanda Macam Hamil, Tapi Ujian Kehamilan Negatif?

Baca juga:  Toothpaste Pregnancy Test atau Ujian Kehamilan Ubat Gigi, Betul Ke Ni!?