Anak yang sedang membesar amat terdedah dengan sebarang risiko jangkitan sehingga membuatkan mereka jatuh sakit. Bagi ibu ayah, adalah penting untuk anda mengetahui beberapa cara menurunkan panas pada bayi sebagai ikhtiar di rumah.
Apabila seorang anak tidak sihat, ibu mungkin risau akan kerana ia boleh menjangkiti anak yang lain. Justeru segera asingkan anak yang demam atau selesema di bilik berlainan. Jika semua anak tidak sihat, sememangnya agak mencabar untuk anda menguruskan mereka sekaligus.
Isi Kandungan
Cara menurunkan panas pada bayi
Bagi bayi berusia 12 bulan, demam adalah masalah yang paling biasa berlaku. Sesetengah kes ia disebabkan oleh kesan suntikan imunisasi, namun ada juga kerana faktor persekitaran.
Untuk kanak-kanak kecil dan bayi, suhu yang sedikit tinggi mungkin menunjukkan jangkitan yang serius.
Memandangkan bayi tidak boleh bercakap mengenai keadaan mereka, ibu ayah hendaklah menyediakan alat termometer di rumah bagi memantau suhu badan si manja.
Sekiranya tubuh bayi panas dan diikuti dengan suhu yang agak tinggi, segera lakukan beberapa langkah di bawah iaitu:
- Membuka pakaian dan basahkan seluruh badan bayi dengan air. Hal ini untuk menurunkan suhu badan bayi
- Pastikan anda memberikan ubat demam bayi mengikut dos dan waktu yang ditetapkan
- Kekalkan suhu bilik yang sederhana
- Rehatkan bayi secukupnya, elak menerima kedatangan tetamu jika bayi tidak sihat
Selain itu cara menurunkan panas pada bayi secara tradisional yang boleh anda lakukan di rumah ialah:
#1. Telur rebus
Cara menurunkan panas pada bayi yang pertama adalah menggunakan telur rebus.
- Bersihkan telur ayam dan rebuskannya sehingga sepenuh masak
- Kupas kulit telur tanpa pecahkannya
- Ambil telur dan balut dengan kain tuala nipis (ketebalan kain mengikut suhu telur)
- Golek-golekkan pada seluruh badan anak terutamanya di kawasan yang memerangkap haba panas sambil baca surah pendek dan niatkan untuk kesembuhan anak
- Bila telur dah sejuk, buang kain lapik. Masa ini jangan terkejut jika anda lihat telur mula menggerutu
- Buang telur ke tempat yang sepatutnya dan jangan dimakan
Nota: Jika panas anak belum turun, boleh ulang semula langkah-langkah di atas. Ibu boleh buat ketika waktu malam sebelum tidur atau pagi selepas bayi bangun dari tidur.
#2. Air rendaman asam jawa
Air asam jawa menjadi salah satu cara menurunkan panas pada bayi secara tradisional yang berkesan.
Ibu hanya perlu kisar asam jawa bersama air suam. Kemudian basahkan tuala kecil dengan air ini dan sapukan pada ubun-ubun seluruh kepala. Seterusnya jelum atau sapu ke seluruh badan anak.
#3. Air rendaman beras
Cara menurunkan panas pada bayi 9 bulan yang seterusnya ialah dengan air beras. Kaedah ini sudah lama sebenarnya wujud. Namun mungkin kebanyakan ibu ayah moden tidak mengetahuinya.
#4. Bunga raya
Jika suhu panas bayi masih belum turun, ibu boleh ikhtiar cara menurunkan demam pada bayi dengan beberapa helai daun bunga raya. Basuh dan rendamkan selama 30 minit.
Kemudian potong kecil daun, tapis dan ambil lendirnya. Lendir dari daun bunga raya dapat mengurangkan suhu demam kanak kanak apabila disapu pada badan si manja.
#5. Gel lidah buaya (aloe vera)
Bila anak demam panas, ibu boleh ambil satu keping lidah buaya segar. Patahkannya dan ambil lendir.
Sapu pada dahi anak dan sebaiknya seluruh badan. Jika susah nak dapatkan lidah buaya ini, anda boleh beli terus di farmasi.
#6. Kismis
Ramai tidak tahu bahawa kismis dapat bertindak sebagai antibakteria dan antioksidan. Selain itu, ia membantu menentang jangkitan dan juga meredakan suhu demam.
Cara menurunkan demam pada bayi yang lain adalah dengan mencuba air rendaman kismis semalam (air nabeez). Ia sangat baik untuk kanak-kanak atau bayi demam.
Anda juga boleh masukkan buah kismis ketika menyediakan sup untuk si kecil.
Cara mengatasi panas pada bayi secara semula jadi
#1. Susu ibu
Susu ibu memang terbukti penuh dengan nutrisi yang cukup untuk bayi anda serta meningkatkan imunisasi pada bayi.
American Academy of Pediatrics (AAP) mengesyorkan menyusu badan secara eksklusif ini diteruskan untuk 6 bulan pertama kehidupan bayi dan sekurang-kurangnya meneruskan penyusuan bagi tempoh setahun yang pertama.
Kandungan bahan antiradang tertentu dalam susu ibu berpotensi mengurangkan risiko demam dan menjadi salah satu cara mengatasi panas pada bayi.
#2. Sapukan minyak zaitun
Cara mengatasi panas bayi adalah dengan menggunakan minyak zaitun. Caranya: Urut tapak kaki bayi anda dengan minyak zaitun secara perlahan-lahan.
#3. Lemon basil
Lemon basil mengandungi bahan yang boleh membantu mengurangkan jangkitan dan menurunkan panas bayi.
Walau bagaimanapun lemon basil bersifat panas, jadi jangan guna terlalu banyak.
#4. Minyak pati lavender
Menyapu minyak lavender dapat menurunkan panas bayi dan memberikan kesegaran dari aroma lavender itu sendiri.
Untuk tak melekit, campurkan sedikit air.
#5. Minyak chamomile
Minyak chamomile dapat membuatkan bayi anda berpeluh dan seterusnya menurunkan panas badan mereka.
#6. Minyak serai
Minyak serai dapat membantu untuk mengurangkan kesan radang dan panas akibat jangkitan. Sapukan pada dada dan tapak kaki bayi anda.
Jika demam masih tak berkurangan dan suhunya melebihi 38 ℃, segeralah bawa bayi mendapatkan rawatan di hospital yang berdekatan.
Bawang merah cara cepat menurunkan panas pada anak tanpa obat
Bagi ibu ayah moden, mungkin anda tidak tahu bahawa manfaat bawang merah mampu menurunkan panas pada anak dengan cepat tanpa perlu mengambil ubat.
Cara meredakan panas pada bayi menggunakan bawang merah adalah dengan:
- Sediakan 3-5 biji bawang merah, kupas dan basuh.
- Kupas dan hiris halu
- Tambah beberapa titik minyak (minyak telon, minyak kayu putih, minyak zaitun, atau minyak lain) kemudian kacau.
- Sapukan adunan tersebut pada badan anak seperti ubun-ubun, perut, dada, pelipat tangan, peha dan tapak kaki.
- Semasa menyapu, anda juga boleh memberi urutan lembut.
Selain cara di atas, anda juga terus potong bawang merah kepada dua bahagian, kemudian sapukan terus ke badan anak, lebih baik di bahagian dada, belakang dan leher.
Lakukan cara meredakan panas pada bayi ketika si manja sedang tidur agar mereka tidak terganggu dengan bau yang agak kuat daripada bawang merah dan minyak yang digunakan.
Mengapa cara menurunkan panas pada bayi dengan bawang merah dianggap berkesan?
Polifenol dalam bawang merah bertindak sebagai antioksidan yang berfungsi melindungi tubuh daripada radikal bebas.
Bukan itu sahaja, ia membantu meningkatkan sistem imunisasi. Atas sebab ini, ia amat berkesan bagi mengurangkan panas pada bayi.
Selain itu, bawang merah juga dapat mengurangkan rasa sakit disebabkan selesema dan hidung tersumbat kerana kandungan sulfur pada bawang merah yang mampu memecahkan mukus.
Panas dalam pada bayi amat bahaya, boleh jadi sawan
Menurut penjelasan seorang doktor, Reza Fahlevi, dalam perubatan tiada istilah penyakit panas dalam pada bayi. Ia menjadi sebutan yang digunakan masyarakat umum untuk menggambarkan keadaan yang disebut sebagai subfrebris.
Subfrebris digambarkan sebagai pra-demam. Dalam hal ini, bayi yang mengalaminya cenderung tidak mengalami kenaikan suhu badan yang signifikan, seperti demam.
Biasanya suhu subfebris adalah antara 37.5 hingga 38 darjah Celsius.
”Penyebab subfebris biasanya adalah kerana suhu dalam tubuh terlalu panas sehingga bayi berpeluh banyak dan mengalami dehidrasi. Keadaan yang sering disebut panas dalam itu biasanya menjadi petanda jangkitan fasa awal,” jelasnya.
Ciri-ciri panas dalam pada bayi
- Bibir kering
- Mata bertahi
- Anak kurang menyusu atau makan
- Tekak rasa pedih
Cara mengatasi panas dalam pada bayi
- Cuba berikan susu ibu lebih kerap sekurang-kurangnya 2 jam sekali
- Kompres dengan air suam pada bahagian tekak, dahi atau ketiak
- Jika bayi berusia lebih 6 bulan, berikan lebih banyak air
- Pilih makanan yang mengandungi banyak air seperti buah-buahan. Anda juga boleh memberi sup seperti sup
- Elakkan menggunakan pakaian atau selimut yang terlalu tebal
- Beri ubat penurun suhu demam seperti paracetamol
Sekiranya keadaan si manja tidak menunjukkan perubahan yang semakin membaik, ibu ayah usah berlengah untuk membawanya ke klinik bagi mendapatkan rawatan lanjut.
Semoga bermanfaat!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Baca juga: Jangan Berlengah Jika Suhu Demam Bayi Cecah 40°C, Terus Ke Klinik!
Baca juga: 10 Fakta Parents Wajib Tahu Tentang Ubat Demam Masuk Ikut Dubur Anak!