Cara Merancang Kehamilan Kedua, Bilakah Waktu Sesuai Untuk Tambah Anak Lagi?

Cara merancang kehamilan kedua perlulah mengambil kira pelbagai perkara. Lebih-lebih lagi jika sebelum ini ibu bersalin secara pembedahan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ketika masih muda, ramai berpandangan perlu memiliki ramai cahaya mata kerana pada usia ini tenaga masih kuat untuk menguruskan anak dan mencari rezeki. Ada beberapa cara merancang kehamilan agar ia tidak menjadi beban buat ibu ayah kelak.

Merancang anak kedua sebenarnya kelihatan mudah memandangkan ibu ayah sudah memiliki pengalaman sebelum ini. Namun ia perlulah disertai dengan persediaan fizikal dan mental kerana boleh menjadi agak mencabar jika tidak mendapat sokongan pasangan.

Cara merancang kehamilan kedua 

Bila menyentuh topik anak kedua, kebanyakan suami cenderung berasa teruja untuk tambah ahli keluarga lagi. Walau bagaimanapun sesetengah isteri menganggap ia sesuatu yang mencabar dan perlu berbincang terlebih dahulu dengan pasangan.

Tahukah anda bila waktu sesuai dan cara merancang kehamilan kedua? Menurut pengarah ginekologi invasif di Hospital Wanita Hutzel di Detroit, Patrice Harold, anda menunggu 18 hingga 24 bulan untuk setiap kehamilan, bergantung pada fizikal dan emosi ibu.

“Kajian mendapati jika jurang usia setiap kelahiran lebih pendek daripada 18 bulan, ia boleh meningkatkan risiko kepada bayi seperti kelahiran pramatang, berat lahir rendah, saiz kecil untuk usia kehamilan mereka, dan kemasukan NICU,” kata Dr Harold.

Namun jika jarak kehamilan melebihi 59 bulan, ia boleh mendatangkan risiko kesihatan kepada ibu hamil seperti preeklampsia.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesyorkan anda sekurang-kurangnya selang dua tahun di antara setiap kehamilan.

Cara merancang kehamilan kedua: perkara yang perlu dipertimbangkan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selain memenuhi keinginan pasangan untuk tambah zuriat lagi, sebenarnya ada beberapa faktor yang perlu dipenuhi sebelum merancang anak kedua. Antaranya:

#1. Kesihatan fizikal 

Kehamilan bermakna perubahan besar akan berlaku pada diri anda. Justeru, ibu hendaklah memastikan kesihatan diri pada tahap yang optimum.

Jika kehamilan pertama anda sebelum ini berjalan dengan lancar dan diri dalam keadaan sihat, ibu boleh merancang untuk menimang anak kedua.

#2. Umur ibu

Apabila usia wanita semakin meningkat, kitaran haid mereka mula berubah dan boleh menjejaskan penghasilan telur.

Hamil di usia yang lewat perlu dielakkan kerana kualiti telur yang dihasilkan mula berkurangan dan meningkatkan risiko keguguran atau kecacatan genetik.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#3. Umur ayah

Semasa merancang anak kedua, umur pasangan anda juga menjadi perkara yang perlu diberi perhatian.

Kajian telah mendapati berlakunya penurunan ketara dalam kualiti sperma lelaki apabila mereka mencapai usia 35 tahun.

#4. Kewangan

Cara merancang kehamilan anak kedua turut berkait dengan kewangan. Pada zaman kini, pertambahan anak boleh meningkatkan kos berganda secara serta-merta.

Adakah anda dan pasangan bekerja? Adakah anda bercadang untuk menghantar kedua-duanya ke taska? Soalan sebegini perlu difikirkan dengan lebih awal semasa membuat perancangan.

#5. Matlamat sebagai keluarga

Membesarkan anak kedua bermakna anda dan pasangan mesti sama-sama menjalankan tanggungjawab.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mungkin ada keadaan di mana anda berdua mungkin berbeza pendapat. Salah seorang mungkin mahu menunggu sebentar atau tidak bersedia untuk hamil lagi. Justeru cubalah untuk berbincang dengan baik bagi mengelakkan sebarang konflik.

#6. Perasaan anak pertama

Semasa merancang kehamilan yang seterusnya, anak pertama perlu diutamakan.

Jika anda ingin anak pertama dan kedua menjadi kawan baik, adalah lebih baik untuk memiliki jarak usia yang dekat bagi membolehkan mereka bergaul dengan baik.

Namun jangan tidak tahu, kadang-kadang jarak usia yang dekat ini boleh membuatkan anak pertama rasa diketepikan dan cemburu apabila terpaksa berkongsi kasih dengan adiknya.

Cara mempersiapkan diri dengan anak kedua

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Lakukan pemeriksaan

Apabila anda dan pasangan sudah bersedia menimang bayi kedua, pastikan anda menjalani ujian darah. Sebagai permulaan, ujian darah boleh membantu mengesahkan kehamilan dan memeriksa kandungan zat besi dalam badan.

  • Perhatikan kitaran haid

Walaupun anda tidak menggunakan kaedah perancang keluarga, terlepas haid tidak selalu bermakna kehamilan sudah berjaya. Hal ini kerana kebanyakan ibu selepas melahirkan anak pertama, kitaran haid mereka tidak menentu.

Justeru, catat hari ovulasi untuk mengetahui masa yang sesuai untuk bersama suami. 

  • Tentukan masa terbaik untuk hamil

Jika anda berumur awal 30-an dan bimbang kesuburan mungkin terjejas, adalah wajar untuk melahirkan bayi kedua secepat mungkin.

Walau bagaimanapun, penting juga untuk anda memikirkan tentang anak sulung. Ramai pasangan menunggu selama kira-kira tiga tahun sebelum mengandung anak kedua kerana anak pertama sudah cukup berdikari pada masa itu.

Semoga bermanfaat!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Lepas Bersalin, Ramai Ibu ‘Taubat’ Tak Nak Tambah Anak Lagi, Tapi Tak Sampai Setahun Dah Keluar Baby Baharu!

Baca juga: Walau Penat Urus 6 Orang Anak, Sheikh Muszaphar Luah Hasrat Ingin Tambah Anak Lagi

Baca juga: Belum Bersedia Tambah Anak Lagi? Ini Cara Mengira Waktu Subur Bagi Elak Kehamilan