Panduan Mohon Kad OKU Online Untuk Anak Autisme, Panduan Lengkap Buat Parents

Jika anda ada yang disahkan autisme mereka adalah penting untuk mendapatkan kad OKU untuk mereka. Kami kongsikan cara mohon kad OKU online. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sekiranya anda mempunyai anak yang disahkan autisme mereka termasuk dalam kategori orang kurang upaya (OKU). Jadi mendapatkan kad OKU untuk mereka sangat penting. Kami kongsikan cara mohon kad OKU online. 

Cara Mohon Kad OKU Online

Kad OKU untuk anak anda boleh dimohon secara online. Borang Permohonan Pendaftaran OKU boleh diisi secara dalam talian dan dicetak melalui pautan:oku.jkm.gov.my

Cara Mohon Kad Oku Untuk Anak Autisme

1.Kategori Pendaftaran Baharu

Kategori ini adalah permohonan pendaftaran OKU dibuat kali pertama.

2.Kategori Pendaftaran Semula 

Kategori ini adalah pendaftaran yang dibuat semula bagi pemegang kad OKU lama yang berdaftar sebelum tahun 2011. Pemohon perlu melengkapkan BPPOKU Pindaan 2019.

Kategori Autisme Yang Boleh Mohon Kad OKU Malaysia 

  1. Kecelaruan pertuturan dan bahasa/ kecelaruan komunikasi kompleks
    -Didiagnos mempunyai masalah kelewatan perkembangan (GDD), pendengaran, masalah berkaitan sindrom, autisme, ADHD, strok, kecederaan otak
  2. Kecelaruan motor pertuturan dan suara 
    -Apraxia, dysarthria, dysphonia, aphonia
  3. Kecelaruan kelancaran pertuturan/ gagap 
    -Stuttering, cluttering, spasmodic dysphonias, laryngeal tremor
  4. Kecelaruan resonan, masalah kesengauan pertuturan
    -Hypernasality Hyponasality
  5. Kurang upaya pembelajaran
    -Dyslexia, dyscalculi, dysgraphia

Dokumen Yang Diperlukan

1.Permohonan kategori pendaftaran baharu

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Borang Permohonan Pendaftaran Orang Kurang Upaya Pindaan 2019 (BPPOKU Pindaan 2019) yang lengkap ditandatangani dan dicop oleh Pegawai Perubatan/ Pengamal Perubatan yang berdaftar dengan Malaysian Medical Council (MMC) sahaja atau Pakar Perubatan yang berdaftar dengan National Specialist Register of Malaysia (NSR) sahaja samada dari hospital/klinik kerajaan atau hospital/ klinik swasta
  • Satu salinan sijil kelahiran/ MyKid/ MyKad;
  • Satu keping gambar berukuran pasport bagi pemegang sijil kelahiran/ MyKid

2.Permohonan kategori pendaftaran semula

  • Pengesahan Pegawai Perubatan/ Pengamal Perubatan/ Pakar Perubatan adalah diperlukan bagi kes-kes seperti berikut sahaja iaitu
    semua kategori OKU yang tidak dinyatakan sub kategori di mana-mana laporan bertulis. Maklumat diperlukan bagi tujuan mengemaskini sub kategori dalam Sistem Maklumat Orang Kurang Upaya (SMOKU)
  • OKU fizikal yang mempunyai ketidakupayaan yang tidak jelas

Berapa Lama Kad OKU Siap?

Ia bergantung kepada pada doktor dan lokasi ibu ayah. Namun paling awal tiga minggu. 

Borang Permohonan Pendaftaran OKU boleh diisi secara dalam talian dan dicetak melalui pautan: oku.jkm.gov.my

Jabatan Kebajikan Masyarakat

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Ini Sebab-Sebab Mengapa Autisme Berisiko Terjadi Pada Anak Anda, Ibu Lihat Tandanya!

Baca juga: Suka Main Seorang Diri & Kipas-Kipaskan Tangan Ciri Awal Anak Autisme, Ibu Sila Peka!

Baca juga: 60 Ciri Ciri Autism/ Tanda Autism, Ibu Sila Perhati Jika Ada Kelainan Dalam Perkembangan Anak

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Lala Annuar