TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Kad OKU Untuk Anak Autisme, Ini 10 Kelebihan Parents Kena Tahu

4 min bacaan
Kad OKU Untuk Anak Autisme, Ini 10 Kelebihan Parents Kena Tahu

Kad oku untuk anak autisme sebenarnya mempunyai banyak kelebihan untuk melindungi anak pada masa akan datang yang ramai ibu ayah tidak tahu

Mana-mana ibu ayah pun mesti berat hati untuk mendaftarkan anak dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi mendapatkan kad OKU untuk anak autisme.

Jangan malu dan menafikan hak anak kerana kad OKU itulah yang akan jadi penyelamat di kemudian hari.

Isi Kandungan

  • 10 Kelebihan Kad OKU Untuk Anak Autisme
  • Jangan Abaikan Hak Anak
  • Cara Untuk Mendapatkan Kad OKU Untuk Anak Autisme

10 Kelebihan Kad OKU Untuk Anak Autisme

Menurut perkongsian ibu ayah menerusi kumpulan Facebook Realiti Autisme, ada banyak kelebihan jika anak autisme memiliki kad OKU.

Keistimewaan dan kemudahan yang disediakan di bawah kerajaan tertakluk kepada syarat.yang disediakan di bawah kerajaan.

Antaranya:

1. Pengecualian bayaran My Kad, Sijil Kelahiran dan Sijil Kematian.
2. Pengecualian bayaran rawatan perubatan (yuran pendaftaran dan rawatan di hospital dan klinik kerajaan).
3. Pengecualian duti import alat tiruan/sokongan (melalui permohonan).
4. Program Pendidikan Khas Integrasi Inklusif daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
5. Elaun RM150 sebulan kepada pelajar sekolah rendah dan menengah daripada KPM (bergantung kepada kadar semasa peruntukan kementerian)
6. Bantuan kewangan pelajar OKU di IPT/ Politeknik Kolej Komuniti KPM (bergantung kepada kadar semasa peruntukan kementerian).
7. Diskaun/potongan 40 peratus yuran pengajian di Open Universiti Malaysia (OUM).
8. Dasar satu peratus peluang pekerjaan dalam perkhidmatan awam (berdasarkan kekosongan dan kelayakan bersesuaian).
9. Waktu bekerja anjal (melalui permohonan kepada Ketua Jabatan).
10. Pencen Terbitan kepada anak penjawat awam yang telah meninggal dunia.

Jangan Abaikan Hak Anak

Menjenguk ke ruangan komen, rata-rata ibu ayah turut memberikan pandangan positif dan mengesyorkan agar ibu bapa tidak melengahkan untuk anak mendapatkan kad OKU. Ia juga adalah sebahagian daripada hak mereka dan berguna apabila sudah meningkat dewasa.
 
“Dapat elaun, tak perlu berbaris tunggu giliran, diskaun, free entrance pusat pelancongan/hiburan/taman di bawah selian Jabatan kerajaan, passport percuma, road tax percuma* dan sebagainya.

Ramai yang masih malu apply kad OKU padahal ia memberi banyak manfaat. Jangan nafikan hak anak kita”, komen Jericho Lojitin.

” Kalau nak naik flight, kebanyakan airport ada program khas OKU / Autism. Di KLIA contohnya ada Butterfly Effect.
Anak dan ibu bapa akan dapat direct assistance dari ground staff, dapat khidmat buggy ride, dapat priority utk baggage check dan priority utk boarding. Tak perlu beratur, tak perlu jalan jauh”, komen Nabilah Othman.

Cara Untuk Mendapatkan Kad OKU Untuk Anak Autisme

Kad OKU Untuk Anak Autisme, Ini 10 Kelebihan Parents Kena Tahu

Terdapat beberapa cara untuk mendapatkan kad OKU iaitu:

  • Pastikan anak-anak / dewasa mempunyai ciri-ciri di bawah salah satu kategori OKU berdasarkan simptom-simptom tertentu.
  • Dapatkan nasihat dan pandangan pegawai perubatan atau pengamal perubatan termasuk doktor pakar perubatan (Swasta atau Kerajaan).
  • Setelah disahkan mengalami kurang upaya, Borang Permohonan Pendaftaran OKU (BPPOKU) perlu diisi. Untuk mengisi borang ini, boleh dapatkan nasihat daripada pejabat JKM terdekat.
  • Yang paling penting, dapatkan pengesahan Doktor / pegawai / pengamal perubatan.
  • Borang yang telah lengkap dan disahkan beserta sekeping gambar berukuran passport dan salinan dokumen sokongan seperti MyKad /Sijil Kelahiran / MyKid diserahkan kepada pegawai JKM.
  • Kad OKU akan diproses dalam jangkamasa yang ditetapkan oleh pegawai JKM (biasanya 2 minggu)

Walaupun pada dasarnya memiliki kad OKU ini tidak wajib tetapi amat digalakkan kerana memudahkan urusan mereka nanti.

Sekiranya apa-apa berlaku, sekurang-kurangnya kita sudah ada jaminan untuk mereka dari segi pendidikan, keselamatan, perubatan dan bantuan yang diperlukan. Kita pun tidak hidup selamanya.

Semoga artikel ini bermanfaat.

Stories Rakan Kongsi
Mencari Aktiviti Hujung Minggu dengan Harga Berbaloi? Jom Terokai 4 Taman Tema Terkemuka di Malaysia Ini
Mencari Aktiviti Hujung Minggu dengan Harga Berbaloi? Jom Terokai 4 Taman Tema Terkemuka di Malaysia Ini
Menerokai Persekitaran: Memperkenalkan Kanak-Kanak Autistik Kepada Pelbagai Persekitaran Luar
Menerokai Persekitaran: Memperkenalkan Kanak-Kanak Autistik Kepada Pelbagai Persekitaran Luar
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Facebook Realiti Autisme
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Orang Kurang Upaya (OKU) Bukan Satu Bentuk Pembelaan

Baca juga: Masalah Pembelajaran Kanak-Kanak: Punca Learning Disability, Tanda & Cara Mengatasi

Baca juga: Doktor Say Kongsi Perasaan Terima Kad OKU Anak. Ini Kelebihannya Yang Dapat Buat Pemegang Kad Ini

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Noorhidayah

  • halaman rumah
  • /
  • Gaya Hidup
  • /
  • Kad OKU Untuk Anak Autisme, Ini 10 Kelebihan Parents Kena Tahu
Kongsikan:
  • 15 Taman Permainan Kanak-Kanak Di Kuala Lumpur & Selangor Yang Percuma, Best Bawa Keluarga

    15 Taman Permainan Kanak-Kanak Di Kuala Lumpur & Selangor Yang Percuma, Best Bawa Keluarga

  • Mencari Aktiviti Hujung Minggu dengan Harga Berbaloi? Jom Terokai 4 Taman Tema Terkemuka di Malaysia Ini
    Stories Rakan Kongsi

    Mencari Aktiviti Hujung Minggu dengan Harga Berbaloi? Jom Terokai 4 Taman Tema Terkemuka di Malaysia Ini

  • Robot Vakum: Adakah Saya Patut Beli? Ini ''Pro and Cons'' Yang Perlu Anda Pertimbangkan

    Robot Vakum: Adakah Saya Patut Beli? Ini ''Pro and Cons'' Yang Perlu Anda Pertimbangkan

  • 15 Taman Permainan Kanak-Kanak Di Kuala Lumpur & Selangor Yang Percuma, Best Bawa Keluarga

    15 Taman Permainan Kanak-Kanak Di Kuala Lumpur & Selangor Yang Percuma, Best Bawa Keluarga

  • Mencari Aktiviti Hujung Minggu dengan Harga Berbaloi? Jom Terokai 4 Taman Tema Terkemuka di Malaysia Ini
    Stories Rakan Kongsi

    Mencari Aktiviti Hujung Minggu dengan Harga Berbaloi? Jom Terokai 4 Taman Tema Terkemuka di Malaysia Ini

  • Robot Vakum: Adakah Saya Patut Beli? Ini ''Pro and Cons'' Yang Perlu Anda Pertimbangkan

    Robot Vakum: Adakah Saya Patut Beli? Ini ''Pro and Cons'' Yang Perlu Anda Pertimbangkan

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2026. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham