X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Cara Rebus Jagung Tanpa Kecut Seperti Pasar Malam, Isi Jadi Lembut & Rasa Manis

4 min bacaan
Cara Rebus Jagung Tanpa Kecut Seperti Pasar Malam, Isi Jadi Lembut & Rasa Manis

Cara rebus jagung yang tidak kecut adalah tidak menanggalkan kesemua kulit jagung, jangan potong jagung, rebus ketika air mendidih

Jagung rebus adalah salah satu snek yang paling mudah disediakan dan digemari oleh ramai orang. Meskipun kelihatan agak mudah, ramai yang ‘failed’ dan tidak tahu cara rebus jagung agar tidak kecut.

Sebenarnya beberapa teknik jagung rebus yang boleh diikuti untuk memastikannya sentiasa manis, lembut dan penuh dengan rasa.

▲▼Isi Kandungan

  • Cara Rebus Jagung Agar Tidak Kecut
  • 10 Tips Rebus Jagung
  • Resepi Jagung

Cara Rebus Jagung Agar Tidak Kecut

  1. Bersihkan jagung dan tanggalkan kulitnya. Namun, jangan buang semua kulitnya; pastikan ada satu atau dua lapisan kulit yang masih tertinggal. Pastikan jagung tidak dipotong; biarkan dalam keadaan sebiji-sebiji.
  2. Didihkan air dalam periuk yang besar, cukup untuk menampung semua jagung yang akan direbus.
  3. Setelah air mendidih, masukkan jagung satu persatu. Tambahkan sedikit gula ke dalam air rebusan. Rebus jagung selama 10 hingga 15 minit sahaja. Setelah jagung masak, tambahkan garam. Dengan mengikuti langkah-langkah ini, jagung yang direbus akan kekal segar dan tidak mengecut sehingga keesokan harinya, InsyaAllah.

10 Tips Rebus Jagung

Berikut adalah 10 tips rebus jagung agar tidak kecut dan kekal segar:

  1. Pilih Jagung Segar: Pastikan jagung yang dipilih adalah segar dengan biji yang penuh dan kulit yang masih hijau.
  2. Rendam Sebentar: Sebelum merebus, rendam jagung dalam air selama 10-15 minit. Ini membantu mengekalkan kelembapan dalam biji jagung semasa direbus.
  3. Jangan Buang Semua Kulit: Biarkan satu atau dua lapisan kulit pada jagung. Ini membantu melindungi biji jagung daripada kehilangan kelembapan semasa proses merebus.
  4. Jangan Potong Jagung: Rebus jagung dalam keadaan sebiji-sebiji tanpa dipotong. Ini memastikan rasa dan kelembutan jagung terjaga.
  5. Rebus dengan Air Mendidih: Masukkan jagung ke dalam air hanya setelah air benar-benar mendidih. Ini membantu mematangkan jagung dengan cepat tanpa menjadikannya kecut.
  6. Tambah Gula dalam Air Rebusan: Masukkan sedikit gula ke dalam air rebusan untuk meningkatkan rasa manis jagung dan mengekalkan kelembutannya.
  7. Elakkan Merebus Terlalu Lama: Rebus jagung selama 10-15 minit sahaja. Merebus terlalu lama boleh menyebabkan jagung menjadi keras dan kecut.
  8. Tambah Garam Selepas Masak: Hanya tambahkan garam selepas jagung masak sepenuhnya. Ini membantu mengekalkan kelembutan biji jagung.
  9. Sejukkan dalam Air Ais: Selepas merebus, rendam jagung dalam air ais seketika untuk menghentikan proses memasak dan mengekalkan kelembapan serta tekstur jagung.
  10. Hidangkan Segera: Jagung rebus paling sedap dinikmati sebaik sahaja dimasak. Hidangkan segera untuk menikmati kelembutan dan rasa manisnya yang asli.

Resepi Jagung

1. Resepi Jagung: Creamy Corn Rib

  • Potong satu biji jagung kepada lapan bahagian.
  • Untuk kuah, kisar satu biji bawang Holland bersama empat ulas bawang putih.
  • Tumis campuran bawang tadi dengan tiga inci mentega sehingga layu.
  • Kemudian, kecilkan api dan masukkan satu tin susu cair atau susu segar. Tambahkan tiga keping keju slice, empat sudu serbuk keju, dan sedikit garam. Masukkan serbuk paprika, perasa kiub ayam, chili flakes, dan pasli. Kuatkan sedikit api dan kacau hingga rata. Rasa dan tambahkan apa yang perlu mengikut selera.
  • Setelah itu, masukkan jagung dan gaul rata, atau susun jagung yang telah direbus dalam pinggan sebelum menuangkan kuah ke atasnya. Hidangan ini sangat lazat dan menggoda selera.
  • Jika ingin kuah menjadi lebih pekat, bancuh dua sudu tepung jagung dan tuangkan ke dalam kuah. Susu pekat tidak diperlukan kerana manis jagung sudah mencukupi.

2. Jagung Manis

  • 500 gram jagung frozen
  • 4 sudu buttercup/ marjerin
  • 3 sudu susu pekat manis
  • Sedikit garam
  1. Kukus jagung selama 20- 30 minit. Gaulkan bersama majerin, susu pekat dan garam.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman the AsianParent Malaysia

Baca juga:  Tidak Perlu Dapur, Ini 15 Jenis Hidangan Keluarga Yang Enak Menggunakan Rice Cooker

Baca juga:  Resipi Kulit Karipap Rangup, Guna Sukatan Cawan & Timbang

Baca juga:  Resipi Ayam Masak Ros Sedap Versi Che Nom, Menu Yang Simple Dan Kesukaan Ramai

Stories Rakan Kongsi
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Bayi Juga Perlukan Snek! Ini Antara Yang Ibu Ayah Boleh Cuba, Jangan Risau Ia Dijamin HALAL & Cukup Lazat!
Bayi Juga Perlukan Snek! Ini Antara Yang Ibu Ayah Boleh Cuba, Jangan Risau Ia Dijamin HALAL & Cukup Lazat!
Tips untuk Ibu Sibuk: 5 Cara Mudah untuk Sediakan Sarapan Berkhasiat
Tips untuk Ibu Sibuk: 5 Cara Mudah untuk Sediakan Sarapan Berkhasiat
Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Logam Berat Dalam Makanan Bayi: Ini Fakta
Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Logam Berat Dalam Makanan Bayi: Ini Fakta

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Hidangan
  • /
  • Cara Rebus Jagung Tanpa Kecut Seperti Pasar Malam, Isi Jadi Lembut & Rasa Manis
Kongsikan:
  • Bunga Lawang (Star Anise) Untuk Kesihatan, Tinggi Antioksidan & Boleh Atasi Masalah Insomnia

    Bunga Lawang (Star Anise) Untuk Kesihatan, Tinggi Antioksidan & Boleh Atasi Masalah Insomnia

  • 15 Resepi & Menu Makanan Sihat Yang Sedap, Mudah Dan Ringkas Untuk Seisi Keluarga

    15 Resepi & Menu Makanan Sihat Yang Sedap, Mudah Dan Ringkas Untuk Seisi Keluarga

  • Resepi Rendang Ayam Yang Mudah & Sedap, Hidangan Wajib Pada Pagi Raya WAJIB Cuba!

    Resepi Rendang Ayam Yang Mudah & Sedap, Hidangan Wajib Pada Pagi Raya WAJIB Cuba!

  • Bunga Lawang (Star Anise) Untuk Kesihatan, Tinggi Antioksidan & Boleh Atasi Masalah Insomnia

    Bunga Lawang (Star Anise) Untuk Kesihatan, Tinggi Antioksidan & Boleh Atasi Masalah Insomnia

  • 15 Resepi & Menu Makanan Sihat Yang Sedap, Mudah Dan Ringkas Untuk Seisi Keluarga

    15 Resepi & Menu Makanan Sihat Yang Sedap, Mudah Dan Ringkas Untuk Seisi Keluarga

  • Resepi Rendang Ayam Yang Mudah & Sedap, Hidangan Wajib Pada Pagi Raya WAJIB Cuba!

    Resepi Rendang Ayam Yang Mudah & Sedap, Hidangan Wajib Pada Pagi Raya WAJIB Cuba!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham