TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Cara Semak SARA 2025 : Bantuan Sumbangan Asas Rahmah / MyKasih 2025

4 min bacaan
Cara Semak SARA 2025 : Bantuan Sumbangan Asas Rahmah / MyKasih 2025

Cara semak SARA 2025 adalah melalui portal rasmi MyKasih atau semakan resit pembelian yang anda dapat selepas membeli barangan.

Kerajaan menyalurkan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bermula 15 Januari melalui MyKad secara bulanan kepada 700,000 penerima miskin dan miskin tegar. Bagaimana cara semak SARA 2025 untuk mengetahui kelayakan anda?

▲▼Isi Kandungan

  • Pengenalan Bantuan SARA 2025
  • Syarat Kelayakan
  • Kategori & Jumlah Bantuan SARA 2025
  • Semakan Kelayakan
  • Tarikh Bayaran
  • Kaedah Penyaluran Bantuan
  • Cara Beli Barangan Bantuan SARA 2025
  • Cara Semakan Baki SARA 2025
  • Senarai Kedai

Pengenalan Bantuan SARA 2025

SARA atau Sumbangan Asas Rahmah, adalah sumbangan tambahan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang berstatus miskin dan miskin tegar eKasih.

Dalam Belanjawan 2025, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan manfaat peruntukan STR 2025 dan SARA 2025 (MyKasih) yang telah ditingkatkan kepada RM13 bilion berbanding RM10 bilion sebelum ini.

Pelaksanaannya ditambah baik pada 2025 untuk memenuhi keperluan barangan asas melalui program MyKasih.

Tahun ini penyaluran SARA menggunakan MyKad diperluas ke Sabah dan Sarawak, berbanding hanya di Semenanjung Malaysia pada tahun lalu. Jadi bagaimana cara semak SARA 2025? 

Syarat Kelayakan

Berikut adalah syarat kelayakan SARA 2025:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR 2025) kategori isi rumah, bujang dan warga emas tiada Pasangan
  3. Tersenarai sebagai penerima miskin tegar / miskin eKasih dalam rekod data eKasih dibawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2023

Kategori & Jumlah Bantuan SARA 2025

Setiap penerima yang dikenal pasti layak SARA 2025 akan menerima jumlah bantuan MyKasih / Sumbangan Asas Rahmah seperti berikut:

Kategori Penerima STR & eKasih 

Isi Rumah – RM2100
Warga Emas Tiada Pasangan – RM1650
Bujang – RM600

Kategori Penerima STR sahaja 

Isi Rumah – RM900
Warga Emas Tiada Pasangan – RM450

Semakan Kelayakan

Berikut adalah cara semak SARA 2025 bagi mengetahui kelayakan anda:

Semakan kelayakan STR 2025 ini akan terpapar dalam laman web STR melalui pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Semakan juga boleh dibuat melalaui aplikasi MyKasih di pautan https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus

Tarikh Bayaran

Bantuan MyKasih bagi tahun 2025 akan dimasukkan mengikut tarikh berikut:

Kategori Penerima STR & eKasih :

  1. Isi Rumah – RM2,100 (RM100 sebulan *Januari – Mac, RM200 sebulan *April – Disember)
  2. Warga Emas Tiada Pasangan – RM1,650 (RM100 sebulan *Januari – Mac, RM150 sebulan *April – Disember)
  3. Bujang – RM600 (RM50 sebulan *Januari – Disember)

Kategori Penerima STR sahaja :

  1. Isi Rumah – RM900 (RM100 sebulan *April – Disember)
  2. Warga Emas Tiada Pasangan – RM450 (RM50 sebulan *April – Disember)

Kaedah Penyaluran Bantuan

Bagi tahun 2025, penyaluran SARA adalah melalui penggunaan MyKad di semua negeri termasuk Sabah & Sarawak.

Cara Beli Barangan Bantuan SARA 2025

Setelah penerima diluluskan dan didaftarkan dalam sistem MyKasih, akaun akan dibuka berdasarkan MyKad mereka, di mana elaun perbelanjaan sebanyak RM100 sebulan selama 12 bulan akan disimpan.

Penerima boleh membeli barangan keperluan asas terpilih di pasar raya atau kedai runcit yang menyertai program ini menggunakan sistem pembayaran MyKasih.

Mereka boleh membeli dari 13 kategori produk yang diluluskan, termasuk beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera, minuman, makanan dalam tin, bahan perasa, produk kebersihan, ubat-ubatan, dan barangan persekolahan.

Cara Semakan Baki SARA 2025

Anda boleh semak baki SARA 2025 melalui kaedah berikut:

  1. Semakan portal rasmi MyKasih: https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus
  2. Semakan resit pembelian

Untuk kemudahan, penerima SARA 2025 boleh memuat turun aplikasi MyKasih secara percuma di Google Play atau Apple App Store.

Aplikasi ini memudahkan semakan baki dalam akaun MyKad, jenis barangan yang boleh dibeli, serta mencari kedai terdekat untuk membuat pembelian.

Senarai Kedai

Anda boleh rujuk senarai kedai yang berdaftar di bawah Program SARA di setiap negeri melalui senarai berikut: Kedai MyKasih Setiap Negeri 2025 (Senarai Lengkap)

MyKasih, Kementerian Kewangan, Malaysia Madani

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Bantuan Anak Selangor 2024, Cara Mohon & Siapa Yang Layak

Baca juga: Cara Mohon MyKasih 2024: Kadar Bantuan, Kelayakan Permohonan & Talian Pendaftaran

Baca juga: Akaun 3 KWSP, Cara Pengeluaran Atau Pemindahan Akaun Fleksibel

Stories Rakan Kongsi
Mencari Aktiviti Hujung Minggu dengan Harga Berbaloi? Jom Terokai 4 Taman Tema Terkemuka di Malaysia Ini
Mencari Aktiviti Hujung Minggu dengan Harga Berbaloi? Jom Terokai 4 Taman Tema Terkemuka di Malaysia Ini
Menerokai Persekitaran: Memperkenalkan Kanak-Kanak Autistik Kepada Pelbagai Persekitaran Luar
Menerokai Persekitaran: Memperkenalkan Kanak-Kanak Autistik Kepada Pelbagai Persekitaran Luar
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Kewangan
  • /
  • Cara Semak SARA 2025 : Bantuan Sumbangan Asas Rahmah / MyKasih 2025
Kongsikan:
  • 15 Taman Permainan Kanak-Kanak Di Kuala Lumpur & Selangor Yang Percuma, Best Bawa Keluarga

    15 Taman Permainan Kanak-Kanak Di Kuala Lumpur & Selangor Yang Percuma, Best Bawa Keluarga

  • Mencari Aktiviti Hujung Minggu dengan Harga Berbaloi? Jom Terokai 4 Taman Tema Terkemuka di Malaysia Ini
    Stories Rakan Kongsi

    Mencari Aktiviti Hujung Minggu dengan Harga Berbaloi? Jom Terokai 4 Taman Tema Terkemuka di Malaysia Ini

  • Robot Vakum: Adakah Saya Patut Beli? Ini ''Pro and Cons'' Yang Perlu Anda Pertimbangkan

    Robot Vakum: Adakah Saya Patut Beli? Ini ''Pro and Cons'' Yang Perlu Anda Pertimbangkan

powered by
  • 15 Taman Permainan Kanak-Kanak Di Kuala Lumpur & Selangor Yang Percuma, Best Bawa Keluarga

    15 Taman Permainan Kanak-Kanak Di Kuala Lumpur & Selangor Yang Percuma, Best Bawa Keluarga

  • Mencari Aktiviti Hujung Minggu dengan Harga Berbaloi? Jom Terokai 4 Taman Tema Terkemuka di Malaysia Ini
    Stories Rakan Kongsi

    Mencari Aktiviti Hujung Minggu dengan Harga Berbaloi? Jom Terokai 4 Taman Tema Terkemuka di Malaysia Ini

  • Robot Vakum: Adakah Saya Patut Beli? Ini ''Pro and Cons'' Yang Perlu Anda Pertimbangkan

    Robot Vakum: Adakah Saya Patut Beli? Ini ''Pro and Cons'' Yang Perlu Anda Pertimbangkan

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham