TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Cardiac Arrest Vs Heart Attack, Nampak Sama Tapi Berbeza!

26 Sep, 2023
Cardiac Arrest Vs Heart Attack, Nampak Sama Tapi Berbeza!

Masih ramai yang keliru antara cardiac arrest vs heart attack yang dianggap sama, ini penjelasan dari pakar.

Sejak akhir-akhir ini, ada banyak kes kematian mengejut disebabkan oleh penyakit jantung membabitkan individu pelbagai latar belakang tidak mengira usia, namun masih ramai yang keliru antara cardiac arrest vs heart attack yang dianggap sama. 

Data Pangkata Data Kardiovaskular Kebangsaan (NCVD) menunjukkan bahawa purata umur pesakit serangan jantung di Malaysia adalah 57 tahun iaitu lebih muda dari umur pesakit di negara maju lain.

Lebih membimbangkan, kira-kira 24 peratus pesakit serangan jantung terdiri daripada mereka yang berumur kurang dari 50 tahun.

Berikut merupakan penjelasan dari Dr. Samhan menerusi perkongsiannya di Twitter mengenai perbezaan antara cardiac arrest vs heart attack yang anda kena tahu supaya langkah pencegahan awal boleh diambil.

Serangan Jantung

Heart attack atau serangan jantung, atau infark miokardium, berlaku apabila aliran darah ke sebahagian otot jantung terjejas atau terhenti akibat penyumbatan dalam saluran arteri koronari.

Penyumbatan ini biasanya disebabkan oleh pembentukan plak aterosklerosis atau penggumpalan darah yang menghalang aliran darah. Sel-sel otot jantung yang tidak mendapat bekalan darah dan oksigen yang mencukupi akan rosak dan mati.

Gejala umum serangan jantung termasuk sakit dada, sesak nafas, kebas tangan, mual, dan berkeringat.

Jantung Terhenti

Cardiac arrest atau jantung terhenti adalah keadaan apabila jantung berhenti berfungsi secara tiba-tiba dan tidak lagi mengepam darah ke seluruh tubuh.

Ini biasanya berlaku akibat masalah dengan sistem elektri jantung yang mengakibatkan irama jantung yang tidak normal(aritmia), seperti fibrilasi ventrikular atau asistol.

Jantung terhenti menyebabkan individu tak sedarkan diri dan nadi terhenti serta berhenti bernafas. Tanpa rawatan segera seperti resusitasi kardiopulmonari (CPR) dan defibrilasi, jantung berhenti boleh menyebabkan kematian dalam beberapa minit.
 
Pesakit cardiac arrest tidak ada tanda-tanda sakit, akan tak sedarkan diri tiba-tiba dan berhenti bernafas. Pesakit memerlukan CPR segera sebelum di bawa ke hospital yang mana CPR yang betul akan membantu SA Nodes merangsang semula impulse elektrik pada jantung untuk berdegup semula.

Langkah Pencegahan Awal

1. Berhentilah merokok

2. Ambil diet seimbang dan kawal berat badan.

3. Lakukan senaman sekurang-kurang 3 kali seminggu.

4. Buat pemeriksaan kesihatan setiap tahun.

5. Jangan lupa makan ubat dan dapatkan nasihat doktor.

Twitter Dr. Samhan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga : Punca Sakit Jantung Dalam Kalangan Orang Muda, Cuba Elakkan Perkara Ini!

Baca juga : Tanda sakit jantung wanita TAK SAMA macam sakit jantung lelaki! Ini 4 Tandanya

Baca juga : Ibu dengan anak ramai lebih berisiko tinggi dapat sakit jantung – Kajian

Stories Rakan Kongsi
Travelling with Your Kids in the New Norm: Where Should You Go?
Travelling with Your Kids in the New Norm: Where Should You Go?
Anak Susah Minum Susu? Ini Tips Daripada Pakar Untuk Pujuk Anak Minum Susu & Kepentingannya Pada Tumbesaran Mereka!
Anak Susah Minum Susu? Ini Tips Daripada Pakar Untuk Pujuk Anak Minum Susu & Kepentingannya Pada Tumbesaran Mereka!
Family Fun Guaranteed: Experience the Best with Club Med Premium All-Inclusive
Family Fun Guaranteed: Experience the Best with Club Med Premium All-Inclusive
How Environment Influences Child Personality
How Environment Influences Child Personality

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nursyamimi

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Cardiac Arrest Vs Heart Attack, Nampak Sama Tapi Berbeza!
Kongsikan:
  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham