X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Tiada Ubat Batuk & Selesema Bayi Bawah 6 Bulan, Teknik Chest Physio Berkesan Cairkan Kahak

4 min bacaan
Tiada Ubat Batuk & Selesema Bayi Bawah 6 Bulan, Teknik Chest Physio Berkesan Cairkan Kahak

Chest physio merupakan salah satu cara berkesan untuk mencairkan kahak bayi dan kanak-kanak. Ibu perlu lakukan beberapa teknik mudah ini

Baru-baru ini ramai kanak-kanak yang mengalami batuk dan selsema yang menyebabkan mereka mempunyai kahak yang banyak sehingga ada yang terpaksa dimasukkan ke hospital untuk mencairkan kahak menggunakan nebuliser. Namun, tahukah anda bahawa teknik chest physio sahaja sudah cukup untuk mencairkan dan kurangkan kahak anak?

Apa anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Teknik chest physio yang betul boleh kurangkan kahak anak
  • Cara melakukan teknik tepukan di dada bagi melegakan kahak anak
  • Kurangkan kahak anak gunakan cara lebih tradisional, boleh dicuba juga!

Pada ketika musim ramai kanak-kanak yang tidak sihat, teknik ini boleh menjadi sangat berguna untuk para ibu dan ayah amalkan supaya anak berasa lebih selesa apabila kahaknya berkurangan.

Teknik chest physio yang betul boleh mencairkan kahak dalam badan si manja

urutan cairkan kahak

Si manja yang mempunyai banyak kahak akan menjadi tidak selesa dan sukar untuk tidur pada waktu malam. Ibu dan ayah juga akan mendapat kurang rehat pada waktu malam kerana hendak memastikan si manja sentiasa selesa agar dapat tidur nyenyak.

Oleh itu, seorang doktor telah berkongsi di akaun TikToknya, KlinikPutraBagan, tentang satu teknik tepukan dada yang boleh diamalkan oleh para ibu bapa agar kahak anak akan cair dan berkurang, seraya memberi kelegaan kepada si manja.

Menurut doktor tersebut, teknik ini boleh dipraktikkan kepada anak-anak yang masih bayi sehinggalah mereka berada di sekolah rendah bagi membantu memberi kelegaan malah dapat merangsang paru-paru anak untuk menjadi lebih sihat. Teknik ini juga dikenali sebagai chest physio.

Cara melakukan Chest physio,tepukan di dada bagi melegakan kahak anak

Cara untuk melegakan kahak anak sebenarnya sangatlah mudah. Ibu atau ayah hanya perlu berada dalam kedudukan selesa, dan pastikan tangan kita berada dalam bentuk yang sedikit membengkok (curved).

Melalui perkongsian doktor tersebut, sekiranya anda menepuk tangan maka tangan anda akan berada dalam keadaan menegak. Apa yang anda perlu lakukan hanyalah bengkokkan sedikit tangan anda.

Kemudian, anda hanya perlu menepuk dada anak bermula dari bahagian atas rusuk hinggalah ke bahagian peparu anak. Ulang langkah ini di sebelah kiri badan anak pula. Anda boleh memilih untuk melakukannya dari belakang dan depan badan, atau boleh memilih salah satu bahagian.

@klinikputrabagan

Musim anak-anak tak sihat sekarang.. Sini doktor kongsikan teknik tepukan CHEST PHYSIO untuk ibu-ibu lakukan di rumah untuk anak yang berkahak.. jangan lupa share ♥️ semoga kita semua beroleh manfaat 💝 #klinikputrabagan #klinikuntuksemua #kanak #ibu #ibuhamil #ilmu #manfaat #tips #mommy #fyp #fypシ ♬ Innal Habib – SHOLAWAT MUSIC PRO

Yang paling penting, anda perlulah rajin mempraktikkan teknik ini. Ini kerana apabila anda menepuk badan anak berdekatan peparu mereka, peparu si manja akan mula bergetar dan kahak tersebut tidak akan melekat pada paru-paru si manja, kongsi doktor tersebut.

Kurangkan kahak anak dengan cara tradisional, boleh juga ibu cuba

Jika anda ingin ikhtiar menggunakan cara yang lebih tradisional dalam melegakan kahak anak, anda boleh mencuba tips-tips yang bakal kami kongsikan ini. Tapi, ambil perhatian ya! Cara ini hanya boleh digunakan bagi anak-anak yang berusia 6 bulan ke atas sahaja.

cara buang kahak bayi

Lebih tinggi usia anak, lebih selamat untuk anda gunakan cara ini.

  • Air kelapa. Berikan si manja minuman air kelapa yang asli tanpa campuran gula. Kahak anak akan disingkirkan melalui najis atau hingusnya ketika selsema.
  • Madu. Bagi bayi yang berumur setahun ke atas, ibu-ibu boleh menggunakan cara ini dengan mencampur madu asli bersama sebiji limau nipis dan air. Atau boleh juga campurkan bersama air sahaja.

Makanan yang mempunyai Omega dikatakan boleh memberi kelegaan kepada si manja. Namun, makanan ini bukanlah itu disuap kepada si manja kerana kurang sesuai untuk anak kecil.

  • Bawang putih. Gunakan hanya dua ulas bawang putih dan sedikit minyak masak. Bakarkan bawang putih hingga lembut, kemudian lenyekkan dan tambahkan sedikit minyak masak. Lulurkan ke leher, dada dan belakang anak untuk mencairkan kahaknya.

petua bayi berkahak

Stories Rakan Kongsi
Senarai Jenis Najis Bayi, Awas Jika Najis Anak Anda Berwarna & Tekstur Ini
Senarai Jenis Najis Bayi, Awas Jika Najis Anak Anda Berwarna & Tekstur Ini
Masalah Anemia Atau Kekurangan Darah Merah Boleh Terjadi Disebabkan Pelbagai Punca
Masalah Anemia Atau Kekurangan Darah Merah Boleh Terjadi Disebabkan Pelbagai Punca
Bagaimana Komplikasi Akibat Penyakit Berjangkit Boleh Menyebabkan Pekak Atau Buta Kekal
Bagaimana Komplikasi Akibat Penyakit Berjangkit Boleh Menyebabkan Pekak Atau Buta Kekal
Anda Perlu Berjaga-jaga Terhadap Penyakit Ini! Doktor Ini Berkongsi Pengalamannya Dengan Rotavirus
Anda Perlu Berjaga-jaga Terhadap Penyakit Ini! Doktor Ini Berkongsi Pengalamannya Dengan Rotavirus
  • Daun kaduk. Campurkan daun kaduk bersama kapur dan air dan lulurkan juga di leher, dada dan belakang badan si manja.
  • Kunyit hidup. Salah satu cara yang agak kerap digunakan oleh ibu-ibu zaman dahulu, kunyit hidup tersebut dibakar dan kemudian digesek. Air kunyit tersebut kemudian boleh disapu di hidung dan belakang badan anak untuk melegakan selsema dan kahak anak.

TikTok, Mom Qhalif

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Singo Pear Baik Untuk Anak Demam Dan Batuk Berkahak

Baca juga: Susahnya Nak Hilangkan Batuk & Kahak Anak, 7 Krim Mujarab Ini Dapat Membantu Anda!

Baca juga: Sup Antibiotik Untuk Rawat Demam Dan Selesema Anak, Ibu Kena Cuba!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nurul Shafirra

  • halaman rumah
  • /
  • Kesihatan
  • /
  • Tiada Ubat Batuk & Selesema Bayi Bawah 6 Bulan, Teknik Chest Physio Berkesan Cairkan Kahak
Kongsikan:
  • Alamak, Kenapa Mata Bayi Macam Juling Air? Adakah Ini Kekal & Perlukah Ibu Ayah Risau?

    Alamak, Kenapa Mata Bayi Macam Juling Air? Adakah Ini Kekal & Perlukah Ibu Ayah Risau?

  • Tekak Rasa Tak Selesa Dan Perit? Atasinya Dengan 6 Ubat Sakit Tekak Ini Yang Cukup Efektif!

    Tekak Rasa Tak Selesa Dan Perit? Atasinya Dengan 6 Ubat Sakit Tekak Ini Yang Cukup Efektif!

  • 10 Petua Turunkan Gula Dalam Darah Dengan Pantas & Berkesan, Ibu Yang Ada GDM Wajib Cuba!

    10 Petua Turunkan Gula Dalam Darah Dengan Pantas & Berkesan, Ibu Yang Ada GDM Wajib Cuba!

  • Alamak, Kenapa Mata Bayi Macam Juling Air? Adakah Ini Kekal & Perlukah Ibu Ayah Risau?

    Alamak, Kenapa Mata Bayi Macam Juling Air? Adakah Ini Kekal & Perlukah Ibu Ayah Risau?

  • Tekak Rasa Tak Selesa Dan Perit? Atasinya Dengan 6 Ubat Sakit Tekak Ini Yang Cukup Efektif!

    Tekak Rasa Tak Selesa Dan Perit? Atasinya Dengan 6 Ubat Sakit Tekak Ini Yang Cukup Efektif!

  • 10 Petua Turunkan Gula Dalam Darah Dengan Pantas & Berkesan, Ibu Yang Ada GDM Wajib Cuba!

    10 Petua Turunkan Gula Dalam Darah Dengan Pantas & Berkesan, Ibu Yang Ada GDM Wajib Cuba!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.