4 Ciri-Ciri Anak ADHD, Tak Semua Hiperaktif Itu Sama, Jangan Sampai Salah Diagnos!

lead image

Jika anda perhatikan yang anak anda sangat hiperaktif berbanding kanak-kanak lain, ini adalah antara ciri anak ADHD. Ketahui ciri lain sebelum terlambat!

“Anak saya, Resha (7 tahun) susah nak fokus, cepat lupa. Malah cikgu sekolahnya juga mengadu Resha tak duduk diam dan selalu berlari ke sana ke mari. Kalau diajak bercakap, dia mengelak dan tak mahu dengar. Adakah semua ini ciri anak ADHD?”

Soalan ini ditanya oleh Suri (36 tahun), ibu kepada Resha kepada pakar psikologi.

Suri merasakan ada sesuatu yang tak normal tentang anak tunggalnya. Untuk kepastian, Suri membuat keputusan untuk pergi ke klinik perkembangan kanak-kanak.

“Saya mahu tahu cara pengurusan yang betul sebelum terlambat.” kata Suri.

Apa itu ADHD?

src=https://femina.wwmindia.com/content/2017/Mar/thumbnail 1488449050.jpg 4 Ciri Ciri Anak ADHD, Tak Semua Hiperaktif Itu Sama, Jangan Sampai Salah Diagnos!

Membesarkan anak yang memerlukan perhatian yang khusus bukan perkara yang mudah. Ini termasuk membesarkan anak yang mengalami Attention-deficit hyperactivity disorder (ADHD).

ADHD adalah keadaan di mana seseorang mempunyai kelakuan yang impulsif, hiperaktif dan kurang memberi perhatian.

Biasanya, ADHD boleh didiagnos ketika kanak-kanak. Tapi ia memerlukan pemerhatian dari ibu bapa. Mengesan lebih awal boleh memberikan pengurusan yang tepat untuk mengawal dan mengelakkan keadaan mereka menjadi lebih parah.

Tapi ramai ibu bapa yang salah diagnos. Menurut pakar psikologi kanak-kanak di Indonesia, Vera Itabiliana Hadiwidjojo,

“Kanak-kanak hanya boleh didiagnos dengan ADHD ketika mereka berusia lebih tiga tahun kerana kanak-kanak berumur bawah dua tahun memang selalunya sukar untuk duduk diam.”

4 ciri anak ADHD yang semua ibu bapa perlu ambil tahu

1. Tak boleh duduk diam

Vera mengatakan, salah satu ciri anak ADHD yang boleh ibu bapa perhatikan adalah melihat tingkah laku anak yang tak boleh duduk diam dan hanya diam bila mereka tidur.

2. Melakukan aktiviti tak berfaedah

src=https://i.dailymail.co.uk/i/pix/2017/04/17/15/3F52BFF100000578 0 image a 4 1492441157482.jpg 4 Ciri Ciri Anak ADHD, Tak Semua Hiperaktif Itu Sama, Jangan Sampai Salah Diagnos!

Ciri lain adalah anak ADHD sering melakukan aktiviti yang tak berfaedah.

“Contohnya, semasa bermain, anak biasanya boleh bermain dengan permainan lain walaupun permainan sebelumnya belum habis kerana mereka bosan. Tapi, anak ADHD akan terus bermain dengan benda yang sama.” kata Vera.

3. Selalu lupa

Ciri anak ADHD yang lain adalah mereka sering terlupa. Sama ada lupa untuk membawa barang atau susah untuk ingat sesuatu perkara.

4. Tak boleh berhenti bercakap

Tingkah laku anak ADHD yang boleh dilihat adalah mereka susah nak berhenti bercakap. Mereka sangat cerewet dan akan bercakap tanpa henti tapi tak mahu dengar bila orang lain bercakap.

Jangan salah label anak

src=https://miskmask.dk/wp content/uploads/2017/09/du ved at du er mor featured.jpg 4 Ciri Ciri Anak ADHD, Tak Semua Hiperaktif Itu Sama, Jangan Sampai Salah Diagnos!

Menurut Vera, untuk mendiagnos anak ADHD, ada beberapa perkara yang perlu diperhatikan terlebih dulu.

“Pakar psikologi mempunyai beberapa kriteria untuk mendiagnos anak ADHD. Contohnya, jika kami mempunyai 12 kriteria anak ADHD, mereka perlu menunjukkan sekurang-kurangnya enam daripada 12 kriteria ini.

Ibu bapa biasanya akan diminta untuk memerhatikan anak mereka dalam tempoh sekurang-kurangnya enam bulan. Biasanya, saya akan memberikan list tentang apa yang perlu ibu bapa perhatikan.”

Kerana ini, Vera menyarankan, jika ibu bapa melihat ciri anak ADHD di atas pada anak, segera bawa anak berjumpa doktor supaya doktor boleh mendiagnos mereka dengan tepat dan memberikan cara untuk tangani anak ADHD dengan betul.

Sehingga kini, punca ADHD belum diketahui. ADHD boleh terjadi atas beberapa faktor, sama ada dari genetik atau masalah di dalam kandungan sehingga mempengaruhi deria dan cara otak mereka bekerja.

Anak ADHD tak boleh sembuh sepenuhnya, tapi dengan pengurusan yang betul, keadaan mereka boleh dikurangkan dan mereka boleh mengawal tingkah laku mereka menjadi lebih baik.

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Artikel asal ditulis oleh Adisty Titania dan mendapat izin theAsianparent Indonesia untuk diterjemahkan

Baca juga:

8 tips dan cara untuk mendisiplinkan anak ADHD, parent wajib tahu!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android, sekarang!