Semalam tular mengenai luahan seorang influencer mengenai rasa tidak puas hatinya terhadap orang sekeliling yang dikatakan memandang serong apabila dia membawa anak makan di restoran.
Menurutnya, dia berasa agak kecewa apabila ada pengunjung lain di kedai berkenaan seolah-olah tidak memahami sikap anak kecil yang kebiasaannya suka membuat bising atau menangis secara tiba-tiba.
Sukar kawal anak ketika bawa makan di restoran
“Kalau anda pergi makan di kedai, ada anak kecil menangis, tolonglah tak perlu pandang serong. Kalau tak suka dengan suasana bising macam tu, boleh tak makan dekat rumah saja?
“Macam saya ni ada anak kecil. Biasalah budak kalau dah siap makan dan tak ada benda lain nak main, mereka akan bising. Anak saya menangis, sekali dia (pelanggan lain) pandang belakang,” katanya menerusi TikTok.
Malah wanita turut mencadangkan agar mereka yang tidak boleh bertoleransi dengan situasi bising serta ragam kanak-kanak supaya membungkus makanan dan menikmatinya di rumah.
Perkongsiannya mendapat perhatian netizen yang rata-ratanya meminta agar wanita ini mempertimbangkan semula luahan dan cadangannya.
Bukan itu sahaja, orang ramai mengharapkan wanita itu supaya makan di rumah kerana dianggap tidak mampu menguruskan ragam anak-anak ketika berada di tempat awam.
Tips bawa anak makan di restoran
Tidak dinafikan bahawa mengawal pergerakan dan tingkah laku anak yang sedang membesar boleh menjadi sesuatu mencabar, lebih-lebih lagi ketika jika anda berada di kawasan ramai orang.
Berlari sana sini. Disebabkan best sangat berlari, jatuh luka lepas tu nangis. Aduhai, anak kenapa kau ini tak boleh duduk diam?
Asal pergi makan luar, mula la buat perangai. Kalau mak boleh jadi hulk, dah lama bertukar hijau hehe. Ini yang sering membelenggu ibu bapa sekalian bila mana anak tak reti duduk diam di kedai makan.
Kalau tegur masam muka pula, menangis dan meronta-ronta nak balik. Dia tak tahu, perut mak ayah dia lapar. Jadi di sini, kami kongsikan tips anak duduk diam di restoran.
1. Bawa pergi restoran kegemarannya
Tips anak duduk diam di restoran yang pertama adalah tanya terlebih dulu kepada anak, mana tempat makan best yang dia nak pergi.
Kalau dia nak makan di kedai ‘Cik Siti’, anda harus mengikut kehendaknya kerana mungkin menu makan di restoran tersebut adalah kesukaan mereka.
Kadang-kadang anak akan tunjuk protes bila ibu dan ayah tak mahu ikut kehendaknya. Jadi sekali sekala anda ikut pula kemahuan anak. Asalkan perut sama-sama kenyang.
2. Tanya mereka mahu makan apa
Biasanya, selera anak ini tak boleh nak dijangka terutama bila makan di restoran. Biarpun menu makan di restoran cukup mudah dan boleh disediakan di rumah, kebanyakan anak kecil pasti akan suka nasi puteh dengan telur dadar goreng sahaja.
Tapi ada ketikanya mereka nak western food. Anda tanya dia dahulu nak makan apa, kemudian barulah anda pesan untuk diri sendiri.
3. Biar dia buat pilihan menu sendiri
Setiap kali makan di restoran mesti pelayan ada bagi senarai menu makan di restoran. Betul tak? Jadi, tips anak duduk diam di restoran ini biarkan dia memilih menu makan sendiri.
Suruh dia tengok senarai makanan yang terdapat di restoran itu dan biar kebebasan kepadanya untuk memilih. Jangan tanya habis ke tak, mahal sangat la, hidangan terlalu besar atau apa.
Ini akan menyebabkan anak memberontak lantas tidak mahu duduk diam hingga boleh menguji kesabaran anda.
4. Order makanan anak terlebih dahulu
Ketika sampai di restoran, biasanya anda mengambil masa untuk memilih menu makanan yang ingin dinikmati. Justeru bagi mengelakkan anak meragam, anda hendaklah terlebih dahulu memesan makanan mereka.
Justeru nanti tidaklah si manja menunggu lama untuk makan hingga hilang mood mereka.
5. Bawa mainan dan buku bersama
Kalu nak tahu, anak ini kalau duduk lama sangat di restoran, dia akan rasa rimas dan cepat bosan. Terutamanya bila restoran berkenaan ada ramai pelanggan serta perlu tunggu lama untuk dapatkan makanan.
Aduh, boleh naik hantu dibuatnya. Jadi, untuk tips anak duduk diam di restoran ini, anda boleh bawa mainan dan buku bersama.
Biar leka membaca buku atau bermain dengan permainannya. Jadi sedikit sebanyak membantu mereka lebih tenang semasa keluar makan di restoran.
6. Jangan biasakan anak main telefon
Jangan biarkan anak main telefon mudah alih. Hal ini kerana apabila tiada line internet atau telefon habis bateri, mereka boleh menangis dan meragam.
7. Jangan biar dia bersendirian, ibu berbual-bual dengannya
Anak ini kalau anda leka dan tak pedulikannya ketika makan di restoran, dia akan buat hal dia. Hal apa? Tunjuk perangai seperti berlari-lari , sepahkan makanan atau sengaja tumpahkan air.
Tips anak duduk diam di restoran, anda perlu berbual-bual atau bermain dengannya. Pastinya dia akan rasa lebih seronok!
8. Bawa snek ringan agar dia tak bosan menunggu
Anda juga boleh buat dengan cara bawa snek ringan seperti roti dan biskut tatkala dia rasa bosan menunggu hidangan sampai.
Anak-anak kalau makan mengambil masa yang lama, jadi dengan itu dia akan sedikit terleka menikmati snek ringan lantas boleh duduk diam di restoran.
9. Berdekatan dengan televisyen
Selain daripada itu, tips anak duduk diam di restoran ini anda boleh juga duduk berhampiran dengan televisyen dan kipas.
Yelah, di restoran mesti ada set televisyen kan, jadi apa kata anda pilih tempat duduk yang dekat dengan tv. Sedikit sebanyak anak rasa terhibur menonton televisyen dan tak meragam lagi.
Bukan itu sahaja, suasana restoran juga perlulah diberi perhatian. Elakkan makan di restoran yang panas, kurang pengudaraan hingga boleh membuatkan si manja kurang selesa.
10. Menjadi orang terawal
Pergi ke restoran dengan lebih awal iaitu sebelum orang ramai adalah idea yang sangat bijak. Hal ini kerana anda dapat merasai ruang lebih privasi dan makanan akan sampai lebih cepat.
Anak-anak juga berasa selesa kerana kurang pelanggan yang membuat bising hingga menganggu mereka. Selain itu, jika si manja seorang yang tidur awal, elakkan makan malam di restoran. Sememangnya agak sukar untuk mengawal anak yang mengantuk kerana mereka pasti mahukan ibu dan tilam.
11. Bersedia untuk keluar
Sentiasa berjaga-jaga jika ada kemungkinan anak mula meragam seperti menyepah makanan atau tumpahkan air ke lantai.
Biasanya anak yang rasa bosan akan menunjukkan tanda seperti menangis, sukar dikawal dan tidak boleh duduk diam. Justeru jangan tunggu terlalu lama, bersedialah untuk keluar dari restoran agar tidak menganggu pelanggan yang lain.
12. Jangan harapkan orang lain memahami keadaan anda
Kebanyakan orang akan cepat bertindak balas pada bunyi anak kecil menangis, menjerit dan berkelakuan di luar kawalan.
Menurut Ahli psikologi kanak-kanak dan profesor bersekutu di Universiti Victoria, Jillian Roberts, akan sentiasa ada orang yang tidak memahami mengenai tingkah laku dan ragam anak kecil.
Hal paling penting yang perlu anda tahu adalah, orang lain juga membayar harga sama dengan anda. Justeru mereka berhak untuk menikmati suasana makan di restoran dengan tenang dan bahagia.
Kesimpulannya, makan di restoran mungkin pilihan terakhir buat ibu ayah yang memiliki anak masih kecil. Jika anda yakin mereka boleh mengawal perasaan dan tingkah laku, boleh sahaja membawanya makan bersama.
Namun seandainya ibu ayah sendiri tidak dapat mengawal anak, adalah lebih baik bungkus dan makan sahaja di rumah. Anda juga tidak stres serta letih untuk berdepan situasi mencabar tersebut.
Semoga bermanfaat!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Haramkan Gadjet Ketika Di Meja Makan, Waktu Inilah Untuk Anak Bonding Dengan Keluarga!
Baca juga: Ibu Ayah Wajib Ajar Anak Adab Di Meja Makan Sejak Bayi, Ini Sebabnya Menurut Pakar
Baca juga: Senarai Tempat Makan Menarik Di Cameron Highland, ‘Hidden Gems’ Yang Wajib Dikunjungi!
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!