Mungkin ada ibu hamil yang masih keliru tanda-tanda hampir bersalin. Wajib anda tahu, cirit-birit antara salah satu tanda anda mungkin hampir untuk bersalin.
Ada beberapa situasi yang perlu anda ambil perhatian sekiranya anda hamil lebih-lebih lagi apabila sudah memasuki trimester ketiga.
Ketika ini anda pasti keliru apa sebenarnya tanda-tanda bersalin yang perlu diberi perhatian supaya tidak keliru dan salah faham sekiranya ia berlaku.
Cirit-birit salah satu tanda anda hampir bersalin
Perut yang tiba-tiba rasa memulas seperti anda salah makan dan seterusnya berlaku cirit-birit antara tanda yang dikatakan anda sebenarnya sudah hampir bersalin.
Proses bersalin adalah proses yang panjang lagi meletihkan. Sebelum anda melalui proses ini, anda akan mengalami beberapa tanda tanda bersalin yang menunjukkan proses bersalin semakin dekat.
Hormon kelahiran akan mengakibatkan anda rasa tidak selesa di bahagian perut. Ada beberapa sebab mengapa perut anda seolah-olah meragam dengan teruk.
Antara sebabnya adalah kerana badan ingin mengosongkan usus dan memberi ruang kepada bayi. Oleh itu, anda akan mengalami cirit-birit atau loya kerana bahagian bawah abdomen (bahagian usus) mula ‘bekerja.
Tanda-tanda lain anda hampir bersalin
Walau bagaimanapun, tidak semua bakal ibu baru akan mengalami semua tanda-tanda ini. Tetapi, jika anda mahu tanda, berikut adalah antara tanda yang mana anda boleh mempersiapkan diri untuk menghadapi proses bersalin!
#1.Rasa kandungan seperti ‘menurun’ ke bawah
Dalam minggu-minggu terakhir sebelum proses bersalin semakin dekat, anda akan mengalami situasi di mana kandungan seakan bergerak ‘menurun’ ke bahagian bawah perut anda.
Sesetengah ibu hamil akan mengalami tanda ini sama ada dalam tempoh 4 minggu atau 2 minggu sebelum bersalin.
#2. Menggigil seluruh badan
Biasanya, anda mungkin akan menggigil pada waktu malam, walaupun ketika tidak sejuk. Sebenarnya, itu tanda badan sedang melepaskan tekanan.
Mungkin anda terlalu nervous menunggu tarikh due date. Jika ingin mengatasi keresahan itu, cuba lakukan senaman mudah untuk ibu mengandung ini. Pasti anda akan kembali tenang.
#3. Asyik rasa nak kencing
Rasa nak kencing semakin meningkat. Ia disebabkan oleh kedudukan kepala bayi yang semakin hampir dengan tulang pinggul dan pundi kencing anda. Maka, anda akan semakin kerap ke bilik air.
#4. Sakit belakang
Anda akan merasai kesakitan di bahagian punggung, perut dan bahagian belakang badan. Ini sebab bayi yang bakal dilahirkan semakin berat dan ‘menurun’ semakin rendah ke pintu pelvik. Lalu, rahim dan legimen pelvis semakin merenggang.
#5. Sukar untuk tidur
Dengan segala kesakitan, kegelisahan dan keterujaan yang anda rasai kini, pasti sukar untuk tidur, kan? Perut semakin membesar dan segalanya akan rasa tak selesa.
#6. Kontraksi Braxton-Hicks yang menyakitkan
Salah satu tanda tanda bersalin yang paling biasa dialami ibu-ibu hamil adalah rasa kesakitan melampau akibat Braxton-Hicks.
Braxton-Hicks sering dipanggil sebagai ‘kontraksi palsu’. Ia rasa kesakitan di bahagian perut dan pinggul akibat pengecutan perut.
Sekejap ia datang, sekejap ia pergi dengan sendiri. Walaupun kesakitannya tak sama seperti kontraksi betul ketika bersalin, tapi kontraksi ini boleh berlangsung sehingga 120 saat! Jika anda ingin meredakan kesakitan, cuba ubah posisi duduk atau mula berjalan.
#7.Berat badan anda menurun
Perasan tak yang berat badan anda sedikit menurun pada trimester ketiga? Itu sebenarnya tanda tanda nak bersalin juga!
Berat badan mampu mempengaruhi hormon anda.
#8. Keluar lendir dari vagina
Anda mungkin akan perasan ada lendir berwarna putih dan merah jambu (beserta telur) yang semakin banyak keluar daripada vagina.
Lendiran ini mungkin berbeza daripada lendiran darah. Ini merupakan salah satu tanda-tanda nak bersalin.
#9. Lendiran darah
Apakah tanda tanda yang saya sebenarnya dah nak bersalin? Ketika hamil, bahagian servik anda dilindungi oleh lendiran yang tidak akan mengalir.
Tetapi, apabila proses bersalin semakin dekat, bayi semakin menghampiri ‘pintu’ pelvik dan kontraksi mengakibatkan lendiran yang ‘terkunci’ ini terbuka.
#9. Badan rasa letih dan perlu rehat
Ibu akan mudah berasa penat ketika dalam minggu-minggu terakhir kehamilan. Kepenatan itu termasuklah susah hendak bergerak, tidak lalu makan, atau susah tidur.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Kredit foto: atomiye, motherhoodstory
Baca juga: 16 Tanda Anda Bakal Bersalin Dalam Masa Terdekat Ini, Get Ready Nak Ke Hospital Cepat!
Baca juga: Adakah Anda Bersedia Ibu? Ini 4 Tanda Anda Bakal Bersalin Tidak Lama Lagi!
Baca juga: Patutlah rasa penat nak bawa perut, rupanya sudah ada 8 tanda nak bersalin ini!