TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Kenapa Anak Suka Sangat Conteng Dinding? Doktor Ini Jelaskan Sebabnya

4 min bacaan
Kenapa Anak Suka Sangat Conteng Dinding? Doktor Ini Jelaskan Sebabnya

Conteng dinding dan kanak-kanak ibarat isi dengan kuku. Tidak banyak, sedikit mesti ada hasil karya mereka di dinding rumah.

Conteng dinding dan kanak-kanak ibarat isi dengan kuku. Perbuatan ini boleh dikatakan disukai hampir semua kanak-kanak. Tidak banyak, sedikit mesti ada hasil karya mereka di dinding rumah.
 
Kadang kala pening kepala dibuatnya dengan keadaan dinding rumah yang penuh abstrak, tetapi apakan daya, anak-anak sedang membesar terpaksalah pejam sebelah mata.
 
Tetapi kenapa agaknya kanak-kanak gemar betul menconteng dinding, sedangkan sudah diberikan kertas kepada mereka untuk menconteng. 

Conteng dinding jadi kegemaran kanak-kanak, mengapa?

Conteng dinding

Menurut Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan, ada sebabnya mengapa makhluk kecil ini suka benar menconteng dinding. 

#1. Permukaan luas

Dinding mempunyai permukaan yang sangat luas dan tiada batasan kreativiti (tak seperti kertas yang saiznya kecil). Permukaan yang luas menambah idea dan kreativiti kanak-kanak untuk melukis.

Tidak kiralah menconteng dan sebagainya, sebagai seorang manusia, apabila melihat permukaan luas untuk melukis, menconteng dan sebagainya, ia secara tidak langsung menggalakkan seseorang itu untuk berkarya tidak kiralah anak kecil atau dewasa.

Jadi jangan terlalu pelik jika anak anda lebih memilih dinding berbanding kertas yang telah diberikan kepada mereka. 

#2. Sama dengan paras mata

Di dinding, kanak-kanak boleh melukis di paras mata tanpa perlu posisi terhad. Mereka boleh berkreatif sambil duduk atau berdiri. Jika melukis di atas kertas sama ada posisi duduk saja. Jika berdiri terpaksa pula menunduk.

Jadi ini akan menyebabkan kanak-kanak menjadi tidak selesa, mungkin rasa lenguh dan sebagainya. Disebabkan itu mereka memilih dinding untuk berkarya kerana ia lebih mudah dan ‘mesra’ kanak-kanak.

#3. Permukaan vertikal lebih paksi

Melukis di permukaan vertikal lebih padan dengan paksi objek sebenar. Lukisan pokok di dinding, sama paksi dengan pokok sebenar. Jika melukis di atas kertas ia mungkin tidak vertikal dan kanak-kanak merasakan ia tidak real.

Melukis di dinding sudah pasti ia vertikal dan sama dengan apa yang kanak-kanak bayangkan. 

#4. Rasa ingin cuba

Bagi kanak-kanak yang baru kenal pen atau pensel atau krayon, sudah tentu mereka mahu mencubanya. Paling dekat dan mudah, tentunya dinding. 
 
Tidak perlu lagi mencari kertas, yang paling dekat dengan mereka tentulah dinding. Kanak-kanak memang terkenal dengan sikap mahu mudah semua perkara jadi tempat paling dekat dan paling mudah untuk mereka sudah pastilah dindin di rumah.
 
Ia boleh dikataakan permukaan kosong paling besar yang ada berdekatan dengan kanak-kanak di dalam rumah. 
 
Apa nak yang boleh kita lakukan jika anak kita suka melukis pada dinding?
 
Jika anak conteng dinding pasti kita terkejut hingga rasa mahu marahkan? Manakan tidak, rumah yang asalnya dinidng suci murni, bila ada anak macam-macam corak pula jadinya. Jadi apa kita boleh lakukan jika anak suka sangat melukis di dinding
 
#1. Berikan dia satu kawasan khas di dinding untuk menconteng
Conteng dinding
 
Apa kata anda sediakan satu kawasan yang memang dikhaskan untuk anak menconteng seperti di dalam bilik dan sebagainya. Namakan ia sebagai sudut kreatif anak. 
 
Jadi tidak timbullah soal dia mahu menconteng dan sebagainya kerana ruang itu sudah dikhaskan untuk dia mencurahkan kreativitinya. Siapa tahu berkat sudut ini anak anda akan menjadi seorang arkitek berjaya nanti. 
 
#2. Tak usah marah-marah
Conteng dinding
 
Tak usah marah-marah kerana ia boleh menjejaskan perkembangan kemahiran menulis dan melukis. Penting kemahiran ini. Bila melukis anak-anak ini akan berimaginasi.
 
Jadi ia akan melatih imaginasi anak-anak dan mengembangkan imaginasi mereka dengan menterjemahkannya di atas kertas atau dinding.
 
#3. Sediakan alternatif
 
Sediakan medium alternatif seperti menampal kertas mahjong pada dinding, atau beli whiteboard bersaiz besar. Ini akan membantu anak supaya dia masih boleh menconteng dengan selesa dalam masa yang sama dinding anda pun tidak terkorban.
 
#4. Guna cat dinding yang boleh padam kesan contengan
 
Jika berkemampuan, boleh juga gunakan cat dinding yang boleh padam kesan contengan. Ia pelaburan yang berbaloi. Di pasaran ada pelbagai cat jenis ini daripada pelbagai jenama. Anda hanya tinggal perlu pilih saja.
 
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
 
Sumber: Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan
 
Baca juga:
 

https://my.theasianparent.comcara-menghilangkan-bekas-coretan-krayon-di-dinding

Stories Rakan Kongsi
Pentingnya Lampin Bayi Terbaik Yang Diluluskan Pakar Pediatrik Demi Menjaga Kulit Bayi Yang Sensitif
Pentingnya Lampin Bayi Terbaik Yang Diluluskan Pakar Pediatrik Demi Menjaga Kulit Bayi Yang Sensitif
Perlindungan Usus dan Perkembangan Holistik Kanak-kanak: Apa Kaitannya?
Perlindungan Usus dan Perkembangan Holistik Kanak-kanak: Apa Kaitannya?
Anak Sering Nampak Letih, Ada Kemungkinan Kerana Anemia, Ketahui Simptom & Cara Mengatasinya!
Anak Sering Nampak Letih, Ada Kemungkinan Kerana Anemia, Ketahui Simptom & Cara Mengatasinya!
Anak Aktif Lebih Bijak & Sihat, Ini 5 Cara Mendorong Si Manja Kekal Aktif Di Rumah
Anak Aktif Lebih Bijak & Sihat, Ini 5 Cara Mendorong Si Manja Kekal Aktif Di Rumah

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Kanak-Kanak
  • /
  • Kenapa Anak Suka Sangat Conteng Dinding? Doktor Ini Jelaskan Sebabnya
Kongsikan:
  • Perkembangan Kognitif Kanak-Kanak Mengikut Usia Dan Cara Ibu Ayah Ransang Minda Si Manja Di Rumah

    Perkembangan Kognitif Kanak-Kanak Mengikut Usia Dan Cara Ibu Ayah Ransang Minda Si Manja Di Rumah

  • Kenapa Anak Tidak Respon Bila Dipanggil? Ini 7 Punca Yang Ibu Ayah Perlu Tahu, JANGAN Panik!

    Kenapa Anak Tidak Respon Bila Dipanggil? Ini 7 Punca Yang Ibu Ayah Perlu Tahu, JANGAN Panik!

  • Maksud Akil Baligh & Tanda-Tanda Perubahan Yang Perlu Ibu Bapa Tahu

    Maksud Akil Baligh & Tanda-Tanda Perubahan Yang Perlu Ibu Bapa Tahu

  • Perkembangan Kognitif Kanak-Kanak Mengikut Usia Dan Cara Ibu Ayah Ransang Minda Si Manja Di Rumah

    Perkembangan Kognitif Kanak-Kanak Mengikut Usia Dan Cara Ibu Ayah Ransang Minda Si Manja Di Rumah

  • Kenapa Anak Tidak Respon Bila Dipanggil? Ini 7 Punca Yang Ibu Ayah Perlu Tahu, JANGAN Panik!

    Kenapa Anak Tidak Respon Bila Dipanggil? Ini 7 Punca Yang Ibu Ayah Perlu Tahu, JANGAN Panik!

  • Maksud Akil Baligh & Tanda-Tanda Perubahan Yang Perlu Ibu Bapa Tahu

    Maksud Akil Baligh & Tanda-Tanda Perubahan Yang Perlu Ibu Bapa Tahu

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham