Hipertensi Ketika Hamil, Adakah Bahaya? Ini Tanda-Tandanya

Darah tinggi semasa hamil boleh menyebabkan kelahiran pramatang yang mungkin berbahaya bukan saja kepada bayi malah wanita hamil.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Hipertensi atau darah tinggi semasa hamil boleh menyebabkan pelbagai komplikasi termasuklah kelahiran pramatang.

Jika ibu hamil mempunyai tekanan darah tinggi sebelum atau semasa kehamilan emreka memerlukan perhatian khusus kerana ia boleh memberi kesan kepada kedua-dua ibu dan anak. 

Jangan pandang ringan mengenai kesan darah tinggi ketika hamil kerana ia bukan saja boleh membahayakan nyawa janin malah ibu mengandung itu sendiri.

Darah Tinggi Semasa Hamil Boleh Dikawal

Ada beberapa peringkat hipertensi ketika hamil. Ia termasuklah:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Hipertensi ketika hamil – wanita hamil biasanya mendapat keadaan ini kira-kira selepas 20 minggu kehamilan
  • Hipertensi koronik – ia boleh terhasil sebelum 20 minggu kehamilan
  • Hipertensi kronik dan praeklampsia – Keadaan ini berlaku untuk wanita yang mengalami hipertensi kronik sebelum kehamilan yang kemudiannya akan memburukkan tekanan darah tinggi atau membentuk komplikasi lanjut semasa mengandung
  • Praeklampsia – Ini adalah komplikasi kehamilan yang dicirikan oleh tekanan darah tinggi dan tanda-tanda kerosakan kepada organ lain. 

Kesan Darah Tinggi Semasa Hamil

Terdapat banyak risiko tekanan darah tinggi ketika hamil. Ia termasuklah:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Kekurangan aliran darah ke plasenta – kurang bekalan oksigen dan nutrien kepada bayi, sebabkan pertumbuhan perlahan, berat lahir rendah
  • Kelahiran pramatang – Ibu mungkin terpaksa bersalin awal 
  • Penyakit kardiovaskular pada masa depan – Ibu hamil yang mengalami praeklampsia mempunyai risiko penyakit kardiovaskular pada masa depan

Tanda Darah Tinggi Ketika Hamil

  • Pening kepala
  • Terasa tidak stabil
  • Jantung berdebar
  • Rasa panas melampau

Faktor Risiko Hipertensi Hamil

  • Kehamilan pertama (tidak termasuk pengguguran dan keguguran)
  • Obesiti
  • Wanita yang berumur lebih daripada 40 tahun berisiko lebih tinggi
  • Kehamilan berganda (kembar atau kembar tiga)
  • Sejarah preeklampsia dalam keluarga
  • Kehamilan dengan inseminasi penderma atau persenyawaan in-vitro (IVF)

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Kenali Simptom Penyakit Darah Tinggi, Ini 6 Tanda Darah Tinggi Tolong Jangan Ambil Ringan!

Baca juga: Cara Elak Tekanan Darah Tinggi Ketika Hamil, Ibu Berisiko Alami Kelahiran Pramatang!

Baca juga: Praeklampsia (Tekanan Darah Tinggi) Ketika Hamil: Punca, Tanda & Cara Mengatasi

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Lala Annuar