Kes Demam Scarlet Merebak Di England, Ibu Bapa Diberi Amaran Berwaspada

Kes demam scarlet dilaporkan meningkat di England dengan gejala ruam merah, tekak, pipi merah dan lidah bengkak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Demam scarlet iaitu penyakit mudah berjangkit serta senang merebak dilaporkan di England pada masa ini sekali gus amaran diberikan kepada ibu bapa.

Menurut laporan akhbar di United Kingdom, ibu bapa diminta supaya mengenal pasti gejala penyakit tersebut yang sangat berjangkit dalam kalangan kanak-kanak.

Dalam masa sama, kes tersebut meningkat di England namun orang ramai gagal mengesan tanda-tanda demam itu kerana percaya pepijat yang membawa penyakit ini tidak lagi wujud.

Ketua Kesihatan mengesahkan, jangkitan tersebut berpusat di North West of England dengan wabak itu melibatkan bilik darjah di Salford dan Wigan, Greater Manchester.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Gejala demam scarlet
  • Anak-anak perlu ambil antibiotik
  • Sekolah hantar surat mengenai wabak
  • Bapa cerita anak dijangkiti

Gejala demam scarlet

Penyakit ini mempunyai gejala termasuk ruam kasar berwarna merah, sakit tekak, pipi merah dan lidah bengkak.

Timbalan Pengarah Wilayah Interim North West, Dr Merav Kliner dari Agensi Keselamatan Kesihatan United Kingdom (UK) memaklumkan, bukan suatu perkara biasa melihat peningkatan kes demam scarlet pada tahun ini.

“Kita akan terus memantau kadar jangkitan di seluruh North West.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Demam scarlet sangat mudah berjangkit namun kebiasaannya tidak serius. Ia mudah dirawat dengan antibiotik untuk mengurangkan risiko komplikasi dan merebak jangkitan kepada orang lain,” menurut laporan itu.

Anak-anak perlu ambil antibiotik, rawat demam scarlet

Beliau juga mengingatkan ibu bapa supaya mengambil ubat antibotik untuk meminimumkan risiko komplikasi.

“Ibu bapa diingatkan supaya peka dengan gejala demam scarlet dan menghubungi pengamal perubatan dalam mendapatkan nasihat dan penilaian lanjut jika mereka memikirkan anak mungkin mengidap penyakit ini.

“Untuk mengehadkan penyebaran demam scarlet ini, penting untuk mengamalkan kebersihan yang baik dengan mencuci tangan bersama air suam dan sabun, tidak berkongsi gelas minuman dan peralatan serta menutup hidung dan mulut sewaktu batuk atau bersin,” menurut laporan tersebut.

Sekolah hantar surat mengenai wabak

Amaran mengenai demam scarlet itu juga selepas sebuah sekolah rendah di Manchester menghantar surat kepada ibu bapa yang memberi amaran berhubung jangkitan di bilik darjah.

Memetik laporan Manchester Evening News, dalam surat tersebut bertulis, ‘Kepada keluarga murid yang dihormati, kami dimaklumkan sebilangan kecil kanak-kanak di Bowker Vale telah didiagnosis serta disahkan demam scarlet.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Walaupun demam ini kebiasaannya penyakit yang ringan, ia seharusnya dirawat dengan antibiotik untuk meminimumkan risiko komplikasi serta mengurangkan penyebaran jangkitan kepada orang lain,” demikian surat tersebut.

Pada akhir abad ke-19, demam scarlet menjadi penyebab utama kematian kanak-kanak, namun ia jarang-jarang dan kurang berbahaya kerana ubat-ubatan.

Walau bagaimanapun, kes itu telah meningkat beberapa tahun sejak kebelakangan ini.

Sejak 2014, peningkatan jumlah kes dilihat dengan 15,000 kes hingga 30,000 kes yang kini didiagnosis setiap tahun di England, berdasarkan statistik kerajaan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bapa cerita anak dijangkiti

Seorang bapa murid Sekolah Rendah Bowker Vale memberitahu Manchester Evening News, anaknya pulang ke rumah serta tidak mempunya selera makan pada 11 Mac lalu.

Tanpa memaklumkan namanya, bapa tersebut sering memikirkan, ia adalah penyakit Victoria yang agak lama.

“Anak perempuan saya mula batuk serta tidak menyentuh makanan dan tidur. Kami berusaha mengejutkannya, dia tidak seperti selalu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Pada pagi keesokan harinya, dia bangun tidur dengan keadaan ruam di seluruh perut dan pipi. Sebelum ini, kami tidak pernah melihat keadaan seperti ini,” katanya.

Tidak lama kemudian, bapa tersebut serta ibu kepada kanak-kanak itu turut mengalami gejala yang sama dan mereka menghubungi pihak kecemasan untuk mendapatkan bantuan.

Tanda-tanda demam scarlet 

Sekiranya anda nampak anak-anak tidak sihat, boleh semak gejala di sini:

  • Ruam merah yang nampak seperti selaran matahari pada bahagian muka atau leher. Kemudian merebak ke lengan dan kaki. Bila tekan ruam merah, ia akan berubah menjadi pucat.
  • Garis lipatan merah di bawah paha, ketiak, siku, lutut dan leher.
  • Muka naik merah dan bahagian mulut menjadi putih.
  • Lidah strawberi iaitu lidah merah menyala dan berbintik putih.
  • Demam tinggi dan badan mengigil
  • Tekak sangat merah dan sakit
  • Kesukaran untuk menelan
  • Nodus limfa membesar
  • Loya
  • Sakit kepala

Sekiranya anak anda menunjukkan simptom-simptom ini, sila berjumpa dengan doktor untuk rawatan selanjutnya dengan segera.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 7 Panduan Daripada Doktor Untuk Ibu Jaga Luka Jahitan Bersalin Dengan Baik, Sembuh Sepenuhnya

Baca juga: Cara Buka Akaun Tabung Haji Untuk Anak Secara Online, Mudah Boleh Daftar Haji Sekali!

Baca juga: 50 Pilihan Nama Anak Guna 3 Huruf Sahaja, Semuanya Menarik & Unik Buat Si Manja

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan