6 Perbuatan Tanpa Sedar Kita Sedang Dera Anak, Kalau Rasa Ada Buat Segeralah Berubah Parents!

Anda tak percaya setiap hari anda dera anak tanpa memukul mereka? Ini beberapa contoh anda sebenarnya sedang dera anak dalam tak sedar.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Memang bukan mudah mendidik anak untuk menjadikan mereka seorang yang berguna. Tapi dalam usaha kita untuk menjadikan mereka ‘manusia’ kadang kala kita mungkin tanpa sedar sedang ‘dera’ anak. 

Tidak pukul, tidak tampar dan sebagainya tetapi tanpa sedar lama sudah kita buat perangai dera anak ini. Nak tahu contoh kita sebenarnya dalam tidak sedar sedang mendera anak?

Dalam tak sedar, 8 perbuatan ini adalah perbuatan dera anak

Kali ini kami kongsikan, tanda anda sebenarnya sedang mendera anak walaupun anda rasakan tidak. Bacalah perkongsian kami ini kalau anda betul-betul sayang pada anak. 

#1. Abaikan anak

Ya. Memang anda ada saja di rumah. Duduk saja di sebelah anak sambil tonton televisyen. Tapi tangan sedang ralit main handphone. Tahukah anda anak akan rasa tersisih dan sudah pasti terdera emosinya.

Perasan atau tidak, anak akan buat perangai bila kita sedang pegang handphone atau kita sedang betul-betul sibuk bekerja. Kadang kala memang timbul rasa nak marah, kita kita sedang betul-betul fokus buat kerja, anak pula minta perhatian. 

Bila anak mahu tunjukkan sesuatu, anda pandang atau tidak? Atau hanya jawab ‘hmmm..’ saja. Tahukah anda perkara itu mendera emosi anak secara tidak langsung yang lebih membuatkan mereka lebih rasa nak buat perangai.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#2. Tidak memuji anak, tak menyokong

Apa yang anak buat, jika patut dipuji, ringankanlah mulut memuji. Ada jenis ibu bapa yang mungkin rasa ego dan rasa tidak perlu memberi pujian pada anak.

Sedangkan apabila anda puji, berbunga-bunga hati anak itu, Malah ia mampu bangkit hormon kegembiraan mereka dan sudah pasti akan berusaha buat yang lebih baik.

Jadi ringan-ringankan lah mulut tu memuji ya. 

#3. Jadi dinding atau batu

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Contohnya, anak nak minta pendapat untuk lukisan. Warna apa untuk dia warnakan pada lukisan. Anda pula sibuk ralit dengan handphone. Anak akan hilang rasa motivasi untuk minta pendapat anda lagi nanti.

Jadi sebelum anda menyesal dia lari, baik anda segera berubah.

#4. Terlalu cerewet, teliti

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anak dah tolong kemas mainan, kalau ada sikit-sikit masih bersepah, anda tolonglah. Mungkin tiada tak perasan dan sebagainya. Jangan buat sampai anak anda rasa dia tidak berguna.

Buatlah anak anda rasa dia dihargai. Jika anak tiba-tiba nak tolong anda lipat kain atau basuh pinggan, layankan saja kehendak anak itu. Ada kebaikannya juga dia ringan tulang mahu tolong anda.

Mungkin selepas itu anda akan jadi lebih penat kerana terpaksa lipat semula kain, tetapi kepercayaan yang anda berikan pada anak itu yang sangat bernilai.

Bayangkan betapa terderanya emosi anda bila dia berniat baik untuk tolong anda tetapi anda tolak mentah-mentah. 

#5. Semua benda anak perlu ikut cakap anda, mereka tak boleh buat keputusan sendiri

Anak mesti nak kena ikut cakap anda. Nak pakai kasut pilihan dia anda tak benarkan, baju yang dia pilih sendiri juga anda tak bagi. Sedangkan anak juga ada keinginanya sendiri. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jadi apa salahnya sekali sekali berilah kebebasan untuk anak anda buat keputusan. Ini juga akan mengajar anak untuk buat keputusan apabila dia semakin membesar.

Jangan semua benda anda yang tetapkan untuk anak. Nanti malas berfikir pula dia jadinya. 

#6. Merendah-rendahkan anak

Bila anak tunjuk sesuatu yang dia rasa bangga, anda pula rendah-rendahkan dia. Bila dia tunjuk dia lukis lukisan cantik, anda pula kata anda boleh buat lebih baik.

Jika dia tunjuk kehebatannya yang sudah pandai kemas rumah, anda pula kata kenapa masih tak sekemas bila anda kemas. Tolong jangan buat begini ya parents. Ia beri kesan tidak baik kepada emosi anak anda dan anda buat emosinya terdera.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Ibu & Ayah, Berhentilah Ucap 2 Kata-Kata Ini, Ia Beri Kesan Sangat Buruk Kepada Emosi Anak!

Baca juga: Anak Kecil Mula Tunjuk Tanda ‘Burnout’ Akibat PKP, 5 Perkara Boleh Buat Pulihkan Emosi Anak

Baca juga: Emosi Anak Terabai Bila Ibu Ayah Terlalu Sibuk, Ini 7 Benda Penting Anda Patut Buat!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Lala Annuar