Sebagai seorang wanita yang sedang sarat mengandung, tentu kalian rasa ralat untuk menggantikan puasa, kan? Jadi nak ke tak nak terpaksalah berpuasa juga. Namun, kalau kena dengan diet ibu hamil yang betul nescaya tubuh ibu akan sentiasa bertenaga sepanjang hari.
Walaubagaimanapun, ibu hamil yang memiliki masalah kesihatan lain seperti kencing manis semasa mengandung, darah tinggi, tyhroid dan sebagainya mungkin sedikit sukar untuk menghadapi fasa berpuasa ini.
Hal ini kerana, ia boleh menyebabkan ibu tidak bertenaga dan seterusnya memberi risiko kepada bayi dalam kandungan.
Sementara ibu hamil yang sihat tanpa sebarang masalah mungkin tidak berasa bimbang untuk teruskan berpuasa asalkan dapat lampu hijau daripada doktor.
Sebelum itu, anda seharusnya tahu diet ibu hamil yang betul dan berapa kalori sebenar yang perlu diambil serta makanan apa yang sesuai bagi mengekalkan tenaga yang diperlukan ketika hamil.
Diet ibu hamil dari dietitian
Bagi menjawab segala persoalan anda tentang diet ibu hamil semasa berpuasa, Dietitian, Fizah Sobri berkongsi maklumat tersebut.
Menurut Fizah, setiap ibu yang sedang sarat mengandung perlu bertanyakan dahulu kepada doktor tentang keadaan kandungan.
Kemudian minta pandangan mereka apakah risiko, penyakit dan cara untuk menjaga kandungan sewaktu berpuasa.
Jangan duduk diam dan langsung tidak bertanya apa-apa kerana kelak kalau jadi apa-apa diri sendiri yang akan dipersalahkan.
Selain itu, ibu-ibu juga perlu bertanyakan kepada doktor tentang simptom yang dialami ibu hamil untuk membolehkan mereka berbuka puasa lebih awal.
Misalnya seperti degupan jantung bayi lemah, tiada pergerakan, tubuh ibu langsung tidak bertenaga, ibu berasa lapar dan sebagainya.
Jika ini terjadi adalah lebih baik ibu segera ke hospital bagi mengelak sebarang kemungkinan yang tidak disangka.
Anggaran kalori sehari bagi yang ingin berpuasa semasa hamil
Bagi ibu hamil yang ingin berpuasa, anda harus tahu berapakah anggaran kalori yang diperlukan setiap hari seterusnya membolehkan tubuh sentiasa bertenaga sepanjang hari.
Jadi untuk sehari, wanita hamil memerlukan sekurang-kurangnya 1800 ke 2000 kalori sehari dan semua ini dibahagikan semasa berpuasa iaitu sahur sebanyak 800 hingga 900 kalori.
Sementara sewaktu berbuka pula, ibu hamil memerlukan 800 hingga 900 kalori dan semasa moreh pula selepas menunaikan solat tarawih adalah 200 kalori.
“Kalau tidak tahu bagaimana nak kira kalori dalam setiap hidangan begini caranya”
“Jika ibu ingin ambil 800 hingga 900 kalori antara makanan yang perlu diambil seperti
– Tiga bahagian protein
– 3 ke 4 bahagian karbohidrat
– 1 bahagian buah-buahan dan kuih
– 1 ke 2 bahagian sayur-sayuran
“Lihat pinggan yang saya letak itu di mana ada 1/2 pinggan nasi, 1/4 pinggan lauk, 1/4 sayuran. Kemudian ditambah dengan sebiji buah, 3 biji kurma atau kuih dan secawan susu atau jus buah.
“Tengok macam banyakkan? tapi sebenarnya itu adalah hidangan atas pinggan belum lagi juadah sampingan yang lain seperti kuih dan pemanis mulut.
Tip ketika berbuka puasa
Kredit: Sehat Q
Bagi waktu berbuka puasa pula, ibu hamil boleh ambil pinggan kosong dan letak sayur.
Setelah itu letak pula nasi, kurma dan sebiji buah atau kuih serta tuang air letak tepi siap-siap.
Tips semasa moreh
Bagi waktu moreh pula, ibu memerlukan 200 kalori di mana anda boleh mengambil beberapa hidangan ringkas seperti:
1) Sebiji buah dan secawan susu
2) 2 atau 3 biji kuih bersama air kosong
3) Overnight oat, 1 atau 2 biji kurma dicarik dan 1/2 cawan susu ibu hamil.
Sebenarnya, banyak makanan sihat yang ibu boleh amalkan dengan mudah. Tapi, kita dibayangi dengan makanan yang tak berapa sihat macam makanan segera, makanan sejuk beku, makanan bergoreng dan makanan berminyak.
Sebab itu tubuh ibu kurang bertenaga sekiranya mengambil makanan yang salah dan kurang kalori atau berlebihan.
Selain itu, anda juga perlu mengambil vitamin yang disyorkan doktor seperti asid folic dan zat besi bagi membantu mengawal HB yang rendah.
Kalau ibu susah nak minum susu atau kurang gemar, maka ibu perlu ambil suplemen kalsium atau magnesium. Namun minta pandangan daripada doktor dahulu.
“Perkongsian dia atas ini adalah untuk ibu hamil yang tiada kencing manis (GDM) atau penyakit lain yang berkaitan. Sekiranya berpenyakit, anda digalakan untuk refer kepada doktor dahulu,” ujarnya.
Semoga perkongsian ini menambahkan lagi ilmu berpuasa sewaktu hamil.
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.
Sumber: Dietitian Fizah Sobri
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga
https://my.theasianparent.comdetak-jantung-janin-lemah?fbclid=IwAR1AEl4hdXLRhGUz09YdQR3Md-NfDTPuyRGnFlMmakLuwXfoD5vflNX9OZ8
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!