Banyak amalan yang boleh dilakukan ibu ayah untuk membantu anak mudah menimba ilmu dan memiliki daya ingatan yang kuat semasa menghadapi peperiksaan sekolah. Kami kongsikan koleksi doa anak menduduki peperiksaan yang boleh diamalkan oleh ibu ayah di luar sana.
Doa Anak Menduduki Peperiksaan
Ibu ayah boleh amalkan tatacara doa anak menduduki peperiksaan ini bagi membantu memberi keterangan hari pada anak.
- Ambil wuduk
- Mengucap 3 kali
- Baca al-Fatihah 10 kali
- Baca 3 Qul 1 kali
- Surah Insyirah 1 kali
- Selawat 10 kali
- Baca Yasin 1 kali
- Surah Insyirah 100 kali
Niat di dalam hati untuk memohon agar Allah memudahkan anak-anak dalam menjawab soalan peperiksaan dengan tenang, betul, tepat dan sempurna adalah satu amalan yang sangat baik.
Selain itu, amalan berpuasa sunat pada hari anak sedang mengambil peperiksaan juga merupakan satu bentuk amalan yang boleh dilakukan. Puasa sunat adalah amalan yang memberi keberkatan dan dapat membantu meningkatkan konsentrasi dan kefahaman semasa menghadapi ujian.
Doa Sebelum Masuk ke Dewan Peperiksaan
رَبَّنَآ اٰتِنَا مِنْ لَّدُنْكَ رَحْمَةً وَّهَيِّئْ لَنَا مِنْ اَمْرِنَا رَشَدًا
Maksudnya : “Wahai Tuhan kami! Kurniakan kepada kami rahmat dari sisi-Mu, dan beri kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami”.
Doa Apabila Lupa Semasa Menjawab Soalan Peperiksaan
سُبْحَانَ مَن لاَّ يَنَامُ وَلاَ يَسْهُو. اللَّهُمَّ ذَكِّرْنِي مَا نَسِيتُ
Maksudnya: “Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lupa. Wahai Tuhanku, ingatkan aku apa-apa yang aku lupa”.
Doa Supaya Mudah Faham Pelajaran
اللَّهُمَّ ارْزُقْنَا فَهْمَ النَّبِيِّينَ وَحِفْظَ المُرْسَلِينَ وإلْهَامَ المَلاَئِكَةِ المُقَرَّبِينَ فِي عَافِيَةٍ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ
Maksudnya : “Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman para nabi dan hafalan para rasul, serta ilham para malaikat yang hampir dengan Engkau, kurniakan kami kesihatan, wahai Tuhan Yang Amat Pengasih”
Doa Dipermudahkan Urusan
اللَّهُمَّ لا سَهْلَ إِلاَّ ما جَعَلْتَهُ سَهْلاً، وأنْتَ تَجْعَلُ الحَزْنَ إذَا شِئْتَ سَهْلاً
Maksud : Ya Allah! Tiada kemudahan kecuali apa yang Engkau jadikannya sebagai kemudahan. Dan Engkaulah yang menjadikan perkara yang sukar itu jika Engkau kehendaki dengan kemudahan.
Doa Mohon Kejayaan Cemerlang
اللَّهُمَّ إني أسْألُكَ الفَوْزَ عِنْدَ القَضَاءِ وَمَنَازِلَ الشُهَدآءِ وَعَيْشَ السُّعَدآءِ وَالنَّصْرُ عَلَى الأعْدآءِ
Maksudnya : “Ya Allah, kami memohon kejayaan dalam setiap ketentuan, dan tempat para syuhada, dan kehidupan orang-orang bahagia dan kemenangan ke atas musuh”.
Doa Dan Zikir Tambahan
- Istighfar – 70 kali
- Ya Latiff – 100 kali
- Ya Fattah Ya Wahhab – 25 kali
- Rabbi Yassir Wakaa Tu’assir Yaa Kariim – 25 kali
- Surah Al Insyirah – 8/3 kali
- Surah Quraysh – 8 / 3 kali
- Doa – Robbisrohli Sodri – 3 kali
Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Untuk Elak Meniru Di Antara Satu Sama Lain, Semua Pelajar Kena Pakai Kotak Di Kepala!
Baca juga: Tenang Ketika Menjawab Peperiksaan, Amalkan 7 Doa Menduduki Peperiksaan Serta Doa Penerang Hati Ini
Baca juga: 13 Doa Ketika Anak Menghadapi Peperiksaan & Amalan Sesuai Ibu Ayah Amalkan
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!