Setiap ibu ayah pastinya berasa risau dan berdebar apabila anak memulakan sesi persekolahan, lebih-lebih lagi jika ini adalah pengalaman kali pertama anak memasuki sekolah rendah atau menengah. Justeru amalkan beberapa doa anak sekolah bagi memohon perlindungan Allah.
Pelbagai perkara boleh berlaku dengan keadaan sekarang. Namun doa seorang ibu dapat memastikan anak baik-baik sahaja agar mereka boleh bergaul dengan mudah, dijauhkan pengaruh tidak baik, menjadi rajin belajar dan menghormati guru.
Doa Anak Sekolah
Istilah “doa adalah senjata orang mukmin” sering diucapkan untuk menekankan pentingnya doa dalam kehidupan seorang mukmin atau orang yang beriman.
Doa dianggap sebagai alat atau senjata sangat kuat yang dapat digunakan oleh seorang mukmin untuk mendapatkan pertolongan, perlindungan, dan petunjuk dari Allah SWT.
Sebagai ikhtiar memastikan anak yang ke sekolah akan baik-baik sahaja dan berjaya dalam hidupnya, ibu ayah boleh selalu amalkan beberapa doa anak ke sekolah ini:
1. Doa Anak Ke Sekolah
Ya ALLAH Ya Hafiz Ya Muhaimin (3 kali)
(Yang menjaga, Yang Memelihara)
(Dalam hati, kita doa; Ya ALLAH yang menjaga, jagalah anakku ini Ya ALLAH. Aku serahkan anakku dalam jagaan dan pengawasan-MU.
#2. Baca Ar-Rahman ayat 1-4
اَلرَّحۡمٰنُۙ
Tuhan Yang Maha Pemurah
عَلَّمَ الۡقُرۡاٰنَؕ
Yang mengajarkan Al-Quran.
خَلَقَ الۡاِنۡسَانَۙ
Dia menciptakan manusia
(Dalam hati kita doa, Yang menjadikan anakku ini insan, jadikan dia insan)
عَلَّمَهُ الۡبَيَانَ
Mengajarnya pandai berbicara
(Dalam hati kita doa; Ajarkanlah anakku ini ilmu Al-Bayan, ilmu yang jelas, kemahiran untuk bercakap, kemahiran untuk mendapatkan ilmu, beramal dengan ilmu)
#3. Doa Untuk Anak Dimudahkan Urusan
Doa ini dipanjatkan untuk meminta pertolongan Allah agar anak diberi kemudahan dalam menyelesaikan segala urusan di sekolah.
تُعَسِّر اَللّهُمَّ يَسِّرْ وَ لَا تُعَسِّر
Allahumma Yasir wala tu’assir.
Maksudnya: “Ya Allah, mudahkanlah dan janganlah Engkau persulit.”
#4. Doa Untuk Anak Mendapat Keberkatan Dunia Dan Akhirat
Doa ini dibaca agar anak mendapat dimudahkan dalam menuntut ilmu. Melalui ilmu tersebut seorang anak diharapkan dapat memperbaiki diri sehingga mendapat keberkahan di dunia dan akhirat.
اللَّهُمَّ أَصْلِحْ لَنَا فِي أَئِمَّتِنَا وَجَمَاعَتِنَا وَأَهْلِنَا وَأَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا وَأَمْوَالِنَا وَفِيمَا رَزَقْتَنَا وَبَارِكْ لَنَا فِيهِمْ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ
Allahumma ashlih lana fi aimmatina wa jamaa’atina wa ahlina wadzurriyyatina wa amwaalina wafiimaa razaqtana wa baariklana fiihim fid dunya wal aakhiroh.
Maksudnya: “Ya Allah perbaikilah imam-imam kami, jama’ah kami, keluarga kami, istri-istri kami, anak-anak kami, harta-harta kami dan di dalam apa-apa (rezeki) yang Engkau berikan kepada kami dan berilah kami keberkatan dalam urusan mereka di dunia dan akhirat”.
#5. Doa agar Anak Mendapat Cahaya Ilmu
Doa ini dibaca agar anak mendapat cahaya dan hikmah dalam menuntut ilmu sehingga menjadi orang yang bermanfaat.
اَللَّهُمَّ امْلَأْ قُلُوْبَ أَوْلَادِنَا نُوْرًا وَحِكْمَةً وَأَهْلِهِمْ لِقَبُوْلِ نِعْمَةٍ وَاَصْلِحْهُمْ وَاَصْلِحْ بِهِمُ الْأُمَّةَ
Allaahummam-la’ quluuba aulaadinaa nuuron wa hik-matan wa ahlihim liqobuuli ni’matin wa ashlih-hum wa ashlih bihimul ummah.
Maksudnya: “Ya Allah, penuhilah hati anak-anak kami dengan cahaya dan hikmah, dan jadikan mereka hamba-hamba-Mu yang pantas menerima nikmat, dan perbaikilah diri mereka dan perbaiki pula umat ini melalui mereka.”
#6. Doa Anak Ke Sekolah dari Surah Al-Anbiya’ Ayat 79
فَفَهَّمنٰها سُلَيمٰنَ ۚ وَكُلًّا آتَينا حُكمًا وَعِلمًا ۚ وَسَخَ ّرنا مَعَ داوَّودَّيَبَالَوَيْبَ نّا فٰعِلينَ
Dan Kami berikan kefahaman tentangnya [iaitu, kes] kepada Sulaiman, dan kepada masing-masing [mereka] Kami berikan pertimbangan dan ilmu. Dan Kami tahan gunung-gunung untuk mengagungkan [Kami], bersama-sama Daud dan [juga] burung. Dan Kami melakukan [itu].
Doa Untuk Anak Rajin Ke Sekolah
Menurut perkongsian Ustazah Asma’ Harun, ada kes ibu ayah buntu apabila berdepan dengan anak enggan ke sekolah dan semakin tidak ceria meskipun sudah dihantar ke sekolah yang terbaik.
Jadi beliau menyarankan ibu ayah untuk amalkan doa dan minta pertolongan daripada Allah:
“Rabbanaa aatinaa min ladunka rahmatan wahayyi’lanaa min amrinaa rasyadaan”
Maksudnya: Ya Tuhan kami, berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sediakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami.
”Minta petunjuk Allah daripada urusan tersebut. Boleh jadi petunjuk datang bukan dalam mimpi, bukan melalui istikharah, tetapi melalui perasaan kita, melalui perbincangan dengan anak.
Tanya anak walaupun mereka masih kecil. Tapi kita boleh dengar, kita boleh terima pendapat dan luahan. Kemudian mungkin perbincangan kita dengan beberapa orang yang lain, lalu kita dapat petunjuk.
Petunjuk itu boleh datang dalam pelbagai bentuk. Perasaan kita dan sebagainya.” jelas Ustazah.
Petua Anak Rajin Ke Sekolah
1. Sediakan sebaldi air untuk mandi
2. Baca pada air tu bismillah 4 seperti dalam gambar
3. Kemudian doa supaya anak rajin ke sekolah
4. Mandikan anak dengan air tadi
5. InsyaAllah dengan izinnya, ibu ayah akan melihat perubahann
Pesanan Sebelum Anak Ke Sekolah Atau Taska
Menurut perkongsian Masliana Mazlan, hadiah paling berharga namun percuma selain peluk anak ialah doa. Selain itu ibu ayah juga jangan lupa menitipkan beberapa pesanan yang baik pada anak. Antaranya adalah:
👍 dengar cakap teacher/pengasuh
👍 main dengan kawan elok-elok –> (bukan jangan gaduh dengan kawan)
👍 kongsi mainan dengan kawan
👍 main sama-sama
👍 solat elok / betul / fokus
👍 siapkan kerja dalam kelas
👍 kongsi makanan dengan kawan
👍 dll lagi kebiasaan anda..
Juga doa Rasulullah s.a.w kepada Ibn Abbas semasa kecil, adalah agak terbaik rangkumannya.. walau anak anda bayi sekalipun.
Semoga artikel ini bermanfaat.
Maznah Ibrahim, Masliana Mazlan
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Ibu Kongsi 12 Idea Bekal Anak Sekolah Darjah Satu Yang Menarik & Sedap, Jimat Duit Belanja Harian
Baca juga: Kalau Anak Tak Nak Pergi Sekolah, Ikuti Tips Berkesan Dari Pakar Terapi Ini
Baca juga: Pendidikan Khas/Special Education: Kepentingan, Senarai Sekolah PPKI & Cara Memohon
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!