Doa Banyak Susu Badan, Ibu-Ibu Boleh Amalkan Selalu Untuk Meriahkan Susu Ibu

Doa banyak susu badan ini boleh diamalkan dan dibaca ketika waktu subuh dan di waktu malam hari supaya penghasilan susu ibu lebih meriah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selain pemakanan dan milk booster, doa banyak susu badan serta niat untuk menyusukan anak sehingga usia mencukupi juga membantu penghasilan susu yang lebih banyak dan berterusan.

Bila kita berdoa dan memasang niat untuk menyusukan anak, pasti Allah SWT akan bantu melancarkan proses tersebut. Hal ini kerana, bila sudah berdoa, pastinya ibu akan bersungguh-sungguh dan beriltizam untuk menyusu anak. 

Sebab itu, 5 doa banyak susu badan yang ibu boleh diamalkan setiap hari ketika ingin menyusukan anak sambil menatap lembut wajah si kecil itu.

Doa Banyak Susu Badan, Ibu Boleh Cuba Setiap Hari

1. Doa banyak susu badan: Surah Al-Baqarah ayat 60.

۞وَإِذِ ٱسۡتَسۡقَىٰ مُوسَىٰ لِقَوۡمِهِۦ فَقُلۡنَا ٱضۡرِب بِّعَصَاكَ ٱلۡحَجَرَۖ فَٱنفَجَرَتۡ مِنۡهُ ٱثۡنَتَا عَشۡرَةَ عَيۡنٗاۖ قَدۡ عَلِمَ كُلُّ أُنَاسٖ مَّشۡرَبَهُمۡۖ كُلُواْ وَٱشۡرَبُواْ مِن رِّزۡقِ ٱللَّهِ وَلَا تَعۡثَوۡاْ فِي ٱلۡأَرۡضِ مُفۡسِدِينَ

Maksudnya: Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberikan air kepada kaumnya, maka Kami berfirman : “Pukullah batu itu dengan tongkatmu”, lalu terpancutlah dari batu itu 12 mata air, sesungguhnya setiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minum masing-masing.

(Dan Kami berfirman) : “Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi”.

Caranya, letakkan tangan di payudara, usap lembut payudara dan berdoa di dalam hati agar Allah SWT mempermudahkan urusan penyusuan dan memperbanyakkan rezeki anak.

Sekurang-kurangnya selama dua tahun usia si kecil itu. 

2. Berzikir Ya Matin (Maha Sempurna Kekuatannya).

Ibu-ibu boleh amalkan zikir ini 70 kali setiap hari. Waktu mustajab adalah ketika malam dan subuh. 

Boleh juga dibuat dengan cara membaca zikir, kemudian ditiup pada segelas air dan selepas itu diminum oleh ibu tersebut. Insyaallah mujarab dan berkesan. 

3. Berselawat ke atas Rasulullah SAW.

Salah satu doa banyakkan susu ibu juga adalah berselawat ke atas Rasulullah SAW dan berdoa sebelum dan selepas menyusukan bayi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kemudian titipkan rasa syukur Alhamdulillah selepas penyusuan atau ketika pam susu badan. Ini bermaksud anda bersyukur dengan rezeki yang dilimpah buat si manja agar membesar menjadi anak yang soleh/solehah dan cergas tubuh badan. 

4. Doa banyak susu badan ibu

Selain itu, ibu juga perlu amalkan doa banyakkan susu ibu iaitu baca doa untuk para ibu seperti:

 ” Ya Allah, permudahkanlah segala urusanku, perbanyakkanlah susu untuk anakku, dan permudahkanlah perjalanan penyusuanku mengikut syariat yang telah Engkau tetapkan.” Amin.

Dalam Surat An-Nahl: 96, Allah SWT berfirman:
‎وَلَنَجْزِيَنَّ الَّذِينَ صَبَرُوا أَجْرَهُمْ بِأَحْسَنِ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ
Maksudnya: “Dan kami pasti akan memberikan balasan kepada mereka yang sabar dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan.”

5. Baca dan amalkan ayat dari surah Ar-ad 8-9

Maksudnya: “Allah mengetahui akan apa yang dikandung oleh tiap-tiap ibu dan mengetahui apa yang kurang dari yang dikandung dalam rahim itu atau yang lebih. Dan tiap-tiap sesuatu adalah ditetapkan di sisiNya dengan kadar yang tertentu. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dia lah yang mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata. Dia lah jua Yang Maha Besar, lagi Maha Tinggi (Yang mengatasi segala-segalanya)”.

Tips Bayi Mudah Menyusu Susu Badan

Kadangkala bayi bukan tidak mahu menyusu badan disebabkan penghasilan susu ibu yang tidak banyak, boleh jadi disebabkan tindakan refleks bayi yang tidak selesa dan takut menghisap puting kerana ibu menjerit bila digigit.

Selain doa banyak susu badan, tips ini mungkin boleh membantu supaya bayi mudah menyusu susu ibu tanpa ditolak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sentuhan kulit ke kulit

Caranya, letakkan bayi pada dada ibu dengan lebih kerap supaya bayi jadi lebih tenang dan menjadikan tekanan darah ibu lebih stabil.

Tukar posisi penyusuan

Untuk mengatasi masalah bayi tidak mahu menyusu badan, ibu boleh cuba tukar posisi penyusuan supaya bayi lebih selesa. Jika sebelum ini ibu terasa lenguh kerana menyusu dalam posisi buaian, cuba tukar kepada posisi mengiring sambil berbaring. 

Titiskan susu ibu pada mulut bayi

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sekiranya anda pertama kali menjadi ibu, cuba perahkan susu dan berikan beberapa titisan pada mulut bayi. Ia mungkin boleh menarik minat bayi untuk mempunyai keinginan untuk menyusu badan.

Dengan kekuatan doa banyakkan susu ibu dan tips ini, semoga urusan kalian dipermudahkan dan rezeki buat anak pun melimpah ruah. Kongsikan doa ini di laman Facebook anda.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 22 makanan tambah susu badan yang diakui berkesan oleh para ibu

Baca juga: Cara Banyakkan Susu Badan Yang Kering Dengan Cookies Yang Sedap dan Penuh Khasiat!

Baca juga: Jadual Pemakanan Ibu Menyusu & Diet Yang Betul Membantu Perbanyakkan Susu Badan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan