3 Ayat Dalam Surah Al-Hij'r Terkandung Doa Elak Keguguran Janin, Elok Dihafal Ibu Hamil

Kali ini kami kongsikan doa elak keguguran yang boleh dihafal oleh ibu hamil sebagai ikhtiar untuk mengelak daripada kehilangan bayi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Keguguran berisiko terjadi kepada sesiapa saja terutama ibu hamil itu berada dalam kalangan golongan berisiko. Jadi adalah elok untuk ibu hamil amalkan doa elak keguguran ini sebagai ikhtiar memastikan bayi selamat dilahirkan pada tempoh yang sepatutnya.

Selain doa, ada perkara lain juga yang perlu ibu ambil perhatian ia termasuklah pemakanan dengan memastikan apa yang dimakan cukup nutrien dan zat untuk bayi selain aktiviti seharian ibu hamil.

Elakkan buat perkara lasak atau berbahaya yang akan mendatangkan mudarat bukan saja kepada bayi dalam kandungan malah anda sendiri.

Doa elak keguguran yang boleh dihafal ibu hamil 

Jadi ada baiknya anda cuba amalkan doa yang kami kongsikan ini sebagai ikhtiar untuk dijauhkan daripada episod keguguran yang sudah pasti akan menimbulkan rasa sedih kepada anda dan keluarga.

Doa ini adalah daripada surah Al-Hij’r ayat 97, 98,99:

Barang siapa membaca tiga ayat yang terakhir dari surah ini, ke atas perempuan yang selalu anak kandungannya gugur, nescaya anak kandungannya itu akan terselamat, dari gugurnya.

Terjemahannya:

  • Ayat 97

Dan demi sesungguhnya Kami mengetahui, bahawa engkau bersusah hati dengan sebab apa yang mereka katakan.

  • Ayat 98

Oleh itu, bertasbihlah engkau dengan memuji Tuhanmu, serta jadilah dari orang-orang yang sujud.

  • Ayat 99

Dan sembahlah Tuhanmu, sehingga datang kepadamu (perkara yang tetap) yakin.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Cara bacaan:

Wanita yang mengandung, amalkan ayat-ayat ini selepas setiap kali solat. Baca sekurang-kurang 3 kali doa ini dan dihembuskan pada perut anda. Ia adalah iktiar menggunakan ayat-ayat Al-Quran, jadi tidak salah untuk anda cuba.

Bagaimana keguguran boleh terjadi?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Keguguran ialah kehamilan yang berakhir sebelum kandungan berusia 20 minggu. Pada masa ini, bayi belum lagi berupaya untuk hidup di luar rahim.

Semasa keguguran, bayi, uri, dan ketuban akan keluar dari rahim. Kadang-kala tidak semua itu keluar sekali gus dan ada yang tertinggal di dalam rahim disebabkan itu perlunya proses d&c kerana ia untuk mengeluarkan sisa daripada keguguran. Jika tertinggal ia boleh membawa bahaya kepada ibu.

Apakah penyebab keguguran?

Dalam kebanyakan kes, ia disebabkan oleh janin yang tidak sihat (80%) dan yang tidak dapat membentuk dengan sempurna. Keguguran adalah kejadian yang kerap berlaku, dan pada 15-20% daripada jumlah keseluruhan kehamilan.

Sekiranya anda keguguran, bukan bermakna anda tidak berpeluang untuk hamil secara normal pada masa hadapan.

Faktor risiko keguguran

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Beberapa faktor yang dikaitkan dengan risiko untuk mendapat keguguran iaitu:

  1. Pemakanan yang tidak sihat
  2. Merokok
  3. Hormon yang tidak seimbang
  4. Jangkitan kuman
  5. Masalah penyakit yang dihadapi seperti jantung, sakit buah pinggang, kencing manis dan sakit tiroid.
  6. Terdedah kepada radiasi dengan banyak
  7. Mengambil ubat-ubatan yang memudaratkan bayi
  8. Demam yang tersangat panas
  9. Rahim yang tidak normal

Bila anda perlu berjumpa doktor bila rasa keguguran?

Kredit: alodokter

Pendarahan semasa awal hamil adalah salah satu tanda keguguran. Anda harus berjumpa dengan doktor sekiranya anda mengalami pendarahan seperti berikut :

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Pendarahan yang ringan tetapi berpanjangan sehingga dua minggu
  • Pendarahan yang membasahi satu tuala wanita
  • Pendarahan yang berketul-ketul
  • Sakit perut berpanjangan
  • Keluar lendir yang berbau dari faraj
  • Demam melebihi 38 darjah selsius

Apakah yang akan terjadi selepas keguguran?

  • Haid normal akan kembali seperti biasa selepas 3-6 minggu
  • Jangan gunakan tampon
  • Jangan douche vagina anda
  • Jangan pergi berenang atau berendam dalam sauna panas.
  • Jangan membuat hubungan seks sebaik sahaja keguguran
  • Anda mungkin akan mengalami sakit pada bahagian bawah ari-ari yang sama dengan sakit semasa haid. Ia mungkin akan berpanjangan sehingga 2 hari selepas keguguran. 
  • Ada kemungkinan anda akan alami gangguan emosi. Adalah lebih baik untuk anda tidak berseorangan dan sentiasa da teman. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Kredit foto: harianmetro

Baca juga: Keguguran: Punca dan tanda-tanda keguguran yang anda patut tahu

Baca juga: Nenas, Betik, Tebu, Air Kelapa, Durian Bukan Penyebab Keguguran Ibu Hamil! Ini Penjelasan Doktor

Baca juga:Tiada Lagi Alahan Antara Tanda-Tanda Keguguran Pada Ibu Hamil, 7 Perkara Ibu Hamil Perlu Peka!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Lala Annuar