Niat Wudhu & Doa Selepas Wuduk Mengikut Panduan JAKIM Berserta Cara Wuduk Yang Betul

Jadikanlah doa selepas wuduk satu amalan dalam kehidupan seharian, pendek sahaja doanya, tetapi fadhilatnya begitu besar.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tidak sempurna solat seseorang itu melainkan dengan wuduk yang sempurna serta amalan sunat yang boleh dilakukan seperti doa wuduk dan doa selepas wuduk untuk mengejar pahala.

Pengertian Wudhu

Wuduk atau Wudhu’ secara ringkasnya bermaksud kebaikan dan kebersihan. Dari sudut syarak pula, wuduk adalah perbuatan membasuh atau menyapu anggota tertentu yang dimulakan dengan niat.

Amalan sunat ini dilakukan oleh umat Islam sebagai cara menyucikan diri sebelum melaksanakan ibadah solat, seperti yang dinyatakan dalam firman Allah S.W.T di dalam Surah Al-Mai’dah ayat 6:

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓا۟ إِذَا قُمْتُمْ إِلَى ٱلصَّلَوٰةِ فَٱغْسِلُوا۟ وُجُوهَكُمْ وَأَيْدِيَكُمْ إِلَى ٱلْمَرَافِقِ وَٱمْسَحُوا۟ بِرُءُوسِكُمْ وَأَرْجُلَكُمْ إِلَى ٱلْكَعْبَيْنِ ۚ وَإِن كُنتُمْ جُنُبًۭا فَٱطَّهَّرُوا۟ ۚ وَإِن كُنتُم مَّرْضَىٰٓ أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍ أَوْ جَآءَ أَحَدٌۭ مِّنكُم مِّنَ ٱلْغَآئِطِ أَوْ لَـٰمَسْتُمُ ٱلنِّسَآءَ فَلَمْ تَجِدُوا۟ مَآءًۭ فَتَيَمَّمُوا۟ صَعِيدًۭا طَيِّبًۭا فَٱمْسَحُوا۟ بِوُجُوهِكُمْ وَأَيْدِيكُم مِّنْهُ ۚ مَا يُرِيدُ ٱللَّهُ لِيَجْعَلَ عَلَيْكُم مِّنْ حَرَجٍۢ وَلَـٰكِن يُرِيدُ لِيُطَهِّرَكُمْ وَلِيُتِمَّ نِعْمَتَهُۥ عَلَيْكُمْ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan solat (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku dan sapulah sebahagian daripada kepala kamu dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali.  dan jika kamu junub (berhadas besar) maka bersucilah dengan mandi wajib; dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air), atau dalam pelayaran, atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air, atau kamu sentuh perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk dan mandi), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah – debu yang bersih, iaitu: sapulah muka kamu dan kedua belah tangan kamu dengan tanah – debu itu. Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan (kepayahan), tetapi Ia berkehendak membersihkan (mensucikan) kamu dan hendak menyempurnakan nikmat-Nya kepada kamu, supaya kamu bersyukur.

Rukun Wuduk

Terdapat enam rukun wuduk yang wajib dilaksanakan untuk menjadikan wuduk itu sempurna dan sah disisi syarak. Tidak sah wuduk sekiranya tertinggal salah satu dari rukun sah wuduk tersebut.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

1. Niat

Lafaz niat boleh dilisankan atau cukup sekadar lintasan dalam hati ketika mula untuk membasuh bahagian muka.

Bacaan rumi: Nawaitul wudu a liraf’il hadasil asghari fardhan lillahi taala

Maksudnya: “Saya niat berwudhu untuk menghilangkan hadas kecil fardu (wajib) karena Allah ta’ala”

2. Membasuh seluruh muka

Bahagian muka yang wajib dibasuh adalah meliputi bahagian dari kawasan anak rambut di dahi sehingga ke bawah tulang dagu dan dari anak telinga sebelah kanan sehingga ke anak telinga sebelah kiri.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

3. Membasuh dua tangan hingga ke siku

Sebaiknya didahulukan bahagian tangan kanan dengan meratakan air ke seluruh bahagian antara hujung jari hingga ke paras siku.Kemudian disusuli bahagian tangan sebelah kiri pula.

4. Menyapu sebahagian daripada kepala

Cukup sekadar menyapu air di bahagian ubun-ubun atau sekurangnya 3 helai rambut yang berada dalam kawasan kepala(tidak sah menyapu air pada hujung rambut yang melepasi had kepala).

5. Membasuh kedua kaki hingga buku lali

Sekiranya terdapat luka atau kecederaan pada bahagian kaki yang wajib dibasuh itu yang mana sekiranya terkena air boleh mendatangkan kemudharatan maka cukup sekadar menyapu air pada balutan tempat cedera tersebut.

6. Tertib

Iaitu yang dahulu didahulukan yang kemudian dikemudiankan.

Manakala, jangan pula tertinggal doa wuduk dan doa selepas wuduk supaya amalan sunat ini diterima dan menyempurnakan ibadah yang ingin dikerjakan.

Niat Wudhu

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

Rumi: Nawaitu Rafaal Hadasi As-Ghori Lillahi Taala 

Niat wuduk dalam Bahasa Melayu: “Sahaja aku mengangkat hadas kecil kerana Allah Taala”

Lafaz Niat

Lafaz niat dalam bahasa arab yang diucapkan secara lisan hukumnya sunat. Niat yang wajib ialah lintasan dalam hati yang dihadirkan ketika mula membasuh sebahagian muka.

Sebaik-baiknya, dilafazkan niat sebelum mula mengambil wuduk untuk memudahkan berniat dalam hati. Niat semasa wuduk adalah sebahagian dari rukun wuduk. Ini bermaksud, niat semasa wuduk adalah wajib dan tidak boleh ditinggalkan. Wuduk yang dilakukan tanpa niat adalah tidak sah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anggota Wajib Wudhu

Dalam wudhu, terdapat beberapa anggota badan yang wajib dibasuh atau disapu dengan air. Sekiranya tidak dilakukan dengan sempurna, wuduk akan menjadi tidak sah.

Anggota tubuh yang perlu dibasuh atau disapu dalam wudhu adalah:

  • Muka
  • Tangan
  • Kepala
  • Kaki

Wuduk mesti dilakukan mengikut urutan yang ditetapkan. Tidak sah wuduk jika membasuh atau menyapu anggota badan yang wajib dengan urutan yang salah.

Syarat Sah Wudhu

Wuduk seseorang itu adalah sah berdasarkan syarat-syarat yang perlu dipatuhi ini:

  • Islam
  • Mumaiyiz iaitu kanak-kanak yang sudah pandai membezakan antara perkara yang baik dengan yang buruk.
  • Suci daripada haid dan nifas
  • Menggunakan air mutlak iaitu air yang suci lagi menyucikan.
  • Tidak berubah sifat air wudhu akibat benda asing yang melekat pada anggota wudhu. Contohnya sabun, bedak atau apa-apa sahaja yang melekat pada anggota wuduk itu yang mengubah rasa, rupa atau bau air wuduk itu.
  • Sekiranya ada benda asing yang melekat pada tubuh, ia perlu dibersihkan terlebih dahulu sebelum berwuduk.
  • Tidak ada benda yang menghalang air sampai kepada anggota wuduk seperti cat, getah, pengilat kuku, lilin, kapur, minyak atau daki tebal yang melekat di celah jari, di bawah kuku atau di celah rekahan pada tumit.

Doa Selepas Berwudhu

Setelah selesai mengambil wudhu, jangan lupa untuk membaca doa selepas wuduk kerana boleh memperoleh ganjaran pahala yang berlipat kali ganda berbanding tidak melakukannya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Berikut merupakan bacaan doa selepas wuduk dalam rumi berserta maksud.

Bacaan rumi : “Asy hadu an laa Ilaha illallahu. Wahdahu laa syarikalah. Wa asy hadu anna Muhammadan ‘abduhu warasuluh. Allahummaj ‘alni minat tauwabin, waj ’alni minal mutatahhirin. Waj ‘alni min ‘ibadikas solihin.”

Maksudnya: “Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, Dan Tiada sekutu baginya-Nya. dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu hamba-Nya dan Pesuruh-Nya.

“Ya Allah! jadikan aku dikalangan orang yang bertaubat dan jadikan aku daripada orang yang menjaga kesucian dan jadikan aku daripada hamba-Mu yang soleh.”

Perkara Membatalkan Wudhu

Berikut adalah beberapa perkara yang boleh membatalkan wudhu seseorang. Jika anda melakukan perkara-perkara ini sebelum atau semasa ibadah, anda perlu berhenti dan hendaklah mengambil wudhu semula:

1. Keluar Sesuatu dari Dua Jalan

Apa-apa yang keluar dari qubul atau dubur akan membatalkan wudhu.

2. Hilang Akal

Kehilangan akal sama ada sementara atau kekal, seperti pengsan atau gila.

3. Bersentuhan Kulit antara Lelaki dan Perempuan yang Bukan Mahram

Sentuhan kulit antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram akan membatalkan wudhu.

4. Menyentuh Kemaluan atau Pintu Dubur dengan Telapak Tangan

Sentuhan ini akan membatalkan wudhu.

5. Tidur

Tidur membatalkan wudhu, kecuali jika tidur dalam keadaan duduk dan tidak berubah kedudukannya.

6. Murtad

Seseorang yang beragama islam dan keluar dari agama Islam akan membatalkan wudhu.

Semoga doa-doa ini boleh menjadi amalan yang diterima oleh Allah SWT dan semoga setiap wuduk kita menjadi terbaik untuk mendekatkan diri kepada-Nya serta mendapatkan keberkatan dan keampunan.

Perlu diingat bahawa doa bukanlah sekadar ucapan, tetapi juga harus diiringi dengan niat yang tulus dan amalan yang baik dalam kehidupan harian.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga : Solat Taubat: Panduan Yang Lengkap Dengan Niat Dan Cara Untuk Melakukannya

Baca juga : Solat Tahajud: Panduan Lengkap Berserta Niat Solat Tahajjud & Doa Tahajud Ringkas

Baca juga : Tanda Terima Kasih Kepada Allah, Buatlah Sujud Syukur

Penulis

Nursyamimi