X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Panduan Sujud Syukur Lengkap Beserta Hukum & Caranya

25 Aug, 2023
Panduan Sujud Syukur Lengkap Beserta Hukum & Caranya

Sujud syukur adalah salah satu cara untuk meluahkan perasaan penghargaan kepada Allah S.W.T atas berita gembira atau nikmat yang diterima.

Kita sering dianjurkan untuk melakukan sujud syukur apabila kita mendapat perkhabaran gembira ataupun terlepas daripada musibah dan bala dengan niat untuk menzahirkan kesyukuran yang tidak terhingga kepada Allah S.W.T.

Walaupun begitu, mesti ada yang keliru sama ada sujud ini boleh dilakukan dalam keadaan tertentu seperti tanpa wuduk, tidak menutup aurat,  dalam kenderaan, tidak mengikut kiblat, dan seumpamanya.

Isi Kandungan

  • Bila Waktu Sesuai Sujud Syukur?
  • Hukum Sujud Syukur
  • Syarat Sujud Syukur
  • Cara Sujud Syukur

Bila Waktu Sesuai Sujud Syukur?

Dalam beberapa keadaan, telah dinyatakan hukum sunat untuk melaksanakannya iaitu:

1. Apabila mendapat sesuatu nikmat

Ia terkandung kepada kedua-dua nikmat iaitu zahir ataupun batin. Definisi untuk nikmat ini adalah nikmat yang tidak disangka-sangka dan jarang berlaku seperti sembuhnya daripada penyakit yang dialami setelah sekian lama, mendapat kejayaan selepas sesuatu usaha, perkahwinan dan sebagainya.

Nikmat yang berterusan seperti mendapat kekayaan tidaklah terjatuh kepada hukum sunat ini.

2. Apabila dilindungi daripada musibah

Maksudnya, terselamat daripada bencana zahir yang tidak disangka-sangka. Sebagai contoh, terselamat daripada kejadian banjir besar yang telah mengakibatkan terkorbannya beberapa nyawa.

3. Apabila menyaksikan orang fasiq

Dalam situasi lain juga, disunatkan untuk melaksanakan sujud syukur sebagai tanda bersyukur kepada Allah S.W.T. kerana dilindungi daripada orang fasiq yang menunjukkan kefasiqannya atau orang kafir atau mereka yang merompak di pertengahan jalan.

Ya, ini adalah kerana kefasiqan merupakan suatu musibah dalam agama.

4. Apabila melihat mereka yang diuji dengan kesakitan

Sama ada melihat orang yang diuji dengan sakit pada tubuh badan ataupun akal fikiran, hukum untuk melaksanakan sujud syukur adalah sunat untuk kedua-duanya.

Tetapi adalah sunat untuk menyembunyikan sujud ini daripada orang yang sakit supaya tidak tersinggung perasaannya.

Hukum Sujud Syukur

Adalah disunatkan untuk melakukan sujud syukur ketika mana menerima kurnian nikmat daripada Allah SWT seumpama kelahiran anak, mendapat harta, pangkat, lulus peperiksaan dengan cemerlang dan juga selainnya. Begitu juga disunatkan untuk sujud syukur ketika mana kita terbebas dari segala bala dan bencana seperti mana terselamat dari kemalangan, gempa bumi dan juga perkara-perkara yang tidak baik.

Ini adalah pendapat al-Syafi’e (begitu juga pendokong mazhab Syafi’e), Ahmad bin Hanbal (begitu juga pendokong mazhab Hanbali), Ishak, Abu Thaur dan juga Ibn al-Munzir. Adapun al-Nakha’ie, Malik dan juga Abu Hanifah berpendapat bahawa sujud syukur adalah makruh. Namun, terdapat juga pendapat sebahagian Malikiyyah yang mengatakan bahawa sunatnya sujud syukur.

Untuk mudah difahami, hukum sujud ini adalah sunat untuk situasi-situasi yang tertentu. Jika untuk nikmat yang berterusan seperti nikmat kesihatan bagi orang yang sihat, tidaklah disunatkan ya.

Syarat Sujud Syukur

Bagaimana pula dengan syaratnya? Dalam perkongsian lain oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, sebenarnya berdasarkan perbahasan para ulama’, ada dua pendapat mengenai syarat untuk melaksanakan sujud syukur ni.

Pendapat yang pertama mengatakan bahawa:

  • Mesti dilakukan dalam keadaan berwuduk
  • Menutup aurat, anggota badan
  • Pakaian dan tempat sujud bersih daripada segala najis
  • Menghadap kiblat

Pendapat yang kedua pula mengatakan bahawa:

  • Boleh dilaksanakan tanpa perlunya berwuduk
  • Boleh dilakukan tanpa menghadap kiblat

Antara kedua pendapat ini, Mufti Wilayah Persekutuan lebih cenderung kepada pendapat yang kedua iaitu tidak perlu untuk berwuduk dan menghadap kiblat.

Cara Sujud Syukur

  1. Mulakan dengan niat untuk melakukan sujud syukur.
  2. Bertakbir seperti takbiratul ihram dengan mengangkat tangan.
  3. Bertakbir sekali lagi tanpa mengangkat tangan tetapi untuk turun sujud.
  4. Sujud sekali seperti sujud di dalam solat. Bacaannya pun sama seperti dalam solat. Boleh juga ditambahkan lafaz tahmid untuk memuji Allah.
  5. Bangun daripada sujud dalam keadaan duduk seperti dalam solat dan beri salam. Bacaan tasyahhud tidak disyaratkan dan tidak disunatkan juga. Bangun dan terus beri salam.

Aku Islam

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga : Dah Tak Larat Solat Berdiri Ketika Hamil? Ini Panduan Solat Ketika Hamil Untuk Memudahkan

Baca juga : Solat Tahajud: Panduan Lengkap Berserta Niat Solat Tahajjud & Doa Tahajud Ringkas

Baca juga : Panduan Solat Sambil Dukung Anak Yang Betul Dari JAKIM, Ibu Ayah Tak Perlu Was-Was Lagi

Stories Rakan Kongsi
MCO Baby On The Way? Here's How To Prepare For Your Little One
MCO Baby On The Way? Here's How To Prepare For Your Little One
5 Ways To Make Your House Safer When You Have Kids
5 Ways To Make Your House Safer When You Have Kids
Discover the Signs and Symptoms of Lactose Intolerance in Children
Discover the Signs and Symptoms of Lactose Intolerance in Children
Is It Important To Teach Balance Between Saving And Spending?
Is It Important To Teach Balance Between Saving And Spending?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nursyamimi

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Panduan Sujud Syukur Lengkap Beserta Hukum & Caranya
Kongsikan:
  • Buat Sendiri Roti Sosej Gulung Ala Auntie Anne's, Kosnya Lebih Murah Dan Jimat

    Buat Sendiri Roti Sosej Gulung Ala Auntie Anne's, Kosnya Lebih Murah Dan Jimat

  • 8 Homestay Port Dickson Best Untuk Percutian Keluarga, Ada Private Pool Lagi!

    8 Homestay Port Dickson Best Untuk Percutian Keluarga, Ada Private Pool Lagi!

  • Cardiac Arrest Vs Heart Attack, Nampak Sama Tapi Berbeza!

    Cardiac Arrest Vs Heart Attack, Nampak Sama Tapi Berbeza!

  • Buat Sendiri Roti Sosej Gulung Ala Auntie Anne's, Kosnya Lebih Murah Dan Jimat

    Buat Sendiri Roti Sosej Gulung Ala Auntie Anne's, Kosnya Lebih Murah Dan Jimat

  • 8 Homestay Port Dickson Best Untuk Percutian Keluarga, Ada Private Pool Lagi!

    8 Homestay Port Dickson Best Untuk Percutian Keluarga, Ada Private Pool Lagi!

  • Cardiac Arrest Vs Heart Attack, Nampak Sama Tapi Berbeza!

    Cardiac Arrest Vs Heart Attack, Nampak Sama Tapi Berbeza!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham