X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Himpunan Doa Menghadapi Peperiksaan Yang Mustajab Mengikut JAKIM, Elok Amalkan Selalu

8 min bacaan
Himpunan Doa Menghadapi Peperiksaan Yang Mustajab Mengikut JAKIM, Elok Amalkan Selalu

Peperiksaan satu fasa penting buat anak anda. Sebagai ibu bapa, ketahui doa dan perkara yang anda boleh lakukan untuk sokong anak anda.

Sebagi ibu bapa, anda pasti mahukan yang terbaik buat anak anda terutama pada musim peperiksaan. Kali ini kami kongsikan doa untuk anak menghadapi peperiksaan agar mereka dapat menjawab peperiksaan dengan mudah dan tenang.

▲▼Isi Kandungan

  • Doa Ketika Menghadapi Peperiksaan (JAKIM)
  • Cara Lain Untuk Menyokong Anak Semasa Peperiksaan

Doa Ketika Menghadapi Peperiksaan (JAKIM)

Doa Mudah Faham Pelajaran

اللَّهُمَّ ارْزُقْنَا فَهْمَ النَّبِيِّينَ وَحِفْظَ المُرْسَلِينَ وإلْهَامَ المَلاَئِكَةِ المُقَرَّبِينَ فِي عَافِيَةٍ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ

Allahummar zuqnaa fahman nabiyyiina wa hifzol mursaliina walhaamal malaaikatil muqorrobiina fii ‘aafiyah, yaa arhamar rohimiin

Maksudnya : “Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman para nabi dan hafalan para rasul, serta ilham para malaikat yang hampir dengan Engkau, kurniakan kami kesihatan, wahai Tuhan Yang Amat Pengasih”

Doa Sebelum Masuk Ke Dewan Peperiksaan

رَبَّنَآ اٰتِنَا مِنْ لَّدُنْكَ رَحْمَةً وَّهَيِّئْ لَنَا مِنْ اَمْرِنَا رَشَدًا

Robbanaa aatina mil ladunka rahmatan wahayyi’ lanaa min amrina roshada

Maksudnya : “Wahai Tuhan kami! Kurniakan kepada kami rahmat dari sisi-Mu, dan beri kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami”.

Doa Apabila Lupa Semasa Menjawab Soalan Peperiksaan

سُبْحَانَ مَن لاَّ يَنَامُ وَلاَ يَسْهُو. اللَّهُمَّ ذَكِّرْنِي مَا نَسِيتُ

Subhaana mal laa yanaamu walaa yas huu. Allahumma zakkirnii maa nasiitu

Maksudnya: “Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lupa. Wahai Tuhanku, ingatkan aku apa-apa yang aku lupa”.

Doa Mohon Kejayaan Cemerlang

اللَّهُمَّ إني أسْألُكَ الفَوْزَ عِنْدَ القَضَاءِ وَمَنَازِلَ الشُهَدآءِ وَعَيْشَ السُّعَدآءِ وَالنَّصْرُ عَلَى الأعْدآءِ

Allahumma innii as a lukal fauza ‘indal qodho i wa manaazilasyuhadaa i wa ‘aisyas su’adaa i wan nosru ‘alal a’daa i.

Maksudnya : “Ya Allah, kami memohon kejayaan dalam setiap ketentuan, dan tempat para syuhada, dan kehidupan orang-orang bahagia dan kemenangan ke atas musuh”.

Doa Dipermudahkan Urusan

اللَّهُمَّ لا سَهْلَ إِلاَّ ما جَعَلْتَهُ سَهْلاً، وأنْتَ تَجْعَلُ الحَزْنَ إذَا شِئْتَ سَهْلاً

Allahuma la sahla illa ma ja’altahu sahlan, wa anta taj’alu hazna iza shi ta sahlan

Maksudnya: Ya Allah! Tiada kemudahan kecuali apa yang Engkau jadikannya sebagai kemudahan. Dan Engkaulah yang menjadikan perkara yang sukar itu jika Engkau kehendaki dengan kemudahan.

Doa Untuk Anak-anak Yang Menduduki Peperiksaan

.بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
Al-Fatihah
بِسۡـــــــــمِ اللَّــــــــــهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اَلْحَمْد ُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ
وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلىَ
أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاء ِ وَالْمُرْسَلِيْن
وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعين

Bismillahirrohmanirrahim

Al-Fatihah

Bismillahirrohmanirrahim

Alhamdulillahi robbil’alamin

Wassolatu wassalamu ‘alaiya

Ashrofil anbiya wa mursalin

wa ‘ala alihi wasohbihi ajma’in

Ya Allah,
Peliharalah kesihatan anak-anak kami di hari peperiksaan. Permudahkanlah mereka menjawab soalan ketika peperiksaan nanti.

Stories Rakan Kongsi
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!

Berikanlah ketenangan kepada mereka ketika menjawab soalan, jauhilah mereka daripada resah dan gelisah ketika menjawab soalan peperiksaan.

Ya Allah,
Dorongkanlah hati mereka untuk menjawab setiap soalan sepertimana skema jawapan.

Ya Allah,
berilah keputusan cemerlang dalam peperiksaan anak-anak kami. Mudah-mudahan dengan keputusan yang cemerlang ini mereka dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi lagi.

Semoga ia sebagai pembuka jalan untuk mereka menjadi hamba Mu yang soleh dan solehah dan menghampiri diri mereka kepada mu ya Allah.

Ya Allah,
Jadikanlah anak-anak kami pelajar yang cemerlang di dunia dan di akhirat, kami mohon kepada Mu, Kau perbaiki akhlak anak-anak kami.

Ya Allah,
kami tidak mampu mengawasi anak-anak kami setiap waktu Ya Allah, kami serahkan anak-anak kami untuk berada di bawah penjagaan Mu Ya Allah.

Gerakkanlah hati mereka untuk mereka berada di tempat-tempat yang Engkau redhai. Dan jauhilah mereka daripada berada di tempat yang Engkau murkai.

Jauhilah mereka daripada melakukan amalan-amalan yang membawa mereka ke neraka Mu ya Allah.

Ya Allah,
Tetapkan hati mereka untuk menunaikan solat dan jangan Kau melalaikan mereka dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah YA Allah.

Ya Allah,
Apa yang kami doakan ini bukan untuk diri anak-anak kami sahaja, tetapi apa yang kami doakan ini juga untuk anak-anak rakan dan sahabat kami YA Allah.

Berikanlah mereka kejayaan yang cemerlang di dunia dan di akhirat YA Allah.

Ya Allah
Perkenankanlah doa kami ini.

رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَاِنْ لمَ ْتَغْفِرْلَنَاوَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّا مِنَ اْلخَاسِرِيْنَ.
رَبَّنَا اغْفِرْلَنَا وَِلاِخْوَانِنَا اَّلذِيْنَ سَبَقُوْنَ بِاْلاِيْمَانِِ وَلاَ تَجْعَلْ فِى قُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ آمَنُوْا رَبَّنَا اِنَّكَ رَؤُوْفٌ رَحِيْمٌ.
رَبَّنَا آتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَاْبَ النَّارِِ.
رََََبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّا اِنَّكَ أَنْتَ السَّمِيْعُ اْلعَلِيْمُ وَتُبْ عَلَيْنَا اِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيْمُ. وَصَلَّى اللهُ عَلىَ سَيِِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ. سُبْحَانَ رَبِِّكَ رَبِِّ اْلعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُوْنَ
وَسَلاَمٌ عَلَى اْلُمرْسَلِيْنَ وَاْلحَمْدُ لِلهِ رَبِِّ اْلعَالَمِيْنَ.

امين يا رب العالمين.

Doa Untuk Kefahaman Anak

Allahumma Ya Alim Ya Hakim Ya Rashid, sesungguhnya Engkaulah yang Maha Memiliki Ilmu, Maha Bijaksana dan Maha Cerdas,

Maksudnya: “Kurniakanlah kepada anak kami keberkatan dan kefahaman terhadap ilmu yang mereka pelajari.

Kebijaksanaan dalam menjawab setiap soalan dengan betul dan kecerdasan dalam menyelesaikan kertas peperiksaan mengikut waktu yang ditetapkan.

Allahumma Ya Baasit Yang Maha Melapangkan, lapangkan dada anak-anak kami Ya Allah agar mereka tenang ketika di dewan peperiksaan dan jelas ketika melihat soalan.

Allahumma Ya Salam Ya Mu’min, Yang Maha memberi keamanan dan kesejahteraan, berikanlah kesihatan yang sempurna dan keamanan sepanjang tempoh ini.

Allahumma Ya Mani’ (Yang Maha Mencegah), cegahlah mereka daripada penyakit lupa, lalai, cuai, was-was, resah gelisah, lemah semangat dan ketakutan yang berlebihan.

Allahumma Ya Aziz Ya Qowiy Ya Matin,
Ya Allah Yang Maha Perkasa, Maha Kuat dan Maha Teguh.

Kurniakan kekuatan kepada jiwa, minda, mata telinga dan seluruh jasad mereka dalam mengharungi ujian dan cabaran peperiksaan ini.

Doa Mohon Kebaikan

رَبِّ إِنِّي لِمَا أَنْزَلْتَ إِلَيَّ مِنْ خَيْرٍ فَقِيرٌ

Rabbi inni lima anzalta ilayya min khairin faqir

Maksudnya: “Tuhan, sungguh aku sangat mendambakan uluran kebaikan dari hadirat-Mu.”

Doa Agar Sentiasa Dirahmati

رَبَّنَا آتِنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا

Rabbana atina min ladunka rahmah wa hayyi’ lana min amrina rasyada

Maksudnya: “Ya Tuhan kami, anugerahilah kami rahmat dari hadirat-Mu, dan dalam perkara kami berikanlah kepada kami jalan yang benar.”

Doa Memohon Pertolongan

رَّبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ وَاجْعَل لِّي مِن لَّدُنكَ سُلْطَاناً نَّصِيراً وَقُلْ جَاء الْحَقُّ وَزَهَقَ الْبَاطِلُ إِنَّ الْبَاطِلَ كَانَ زَهُوقاً

Rabbi adkhilni mudkhala shidqin wa akhrijni mukhraja shidqin waj’alli min ladunka sulthanan nashira. Wa qul ja’al haqqu wa zahaqal bathilu innal bathila kana zahuqa

Maksudnya: “Tuhanku, masukkanlah aku ke jalan masuk yang benar dan terhormat, dan keluarkanlah aku dari jalan keluar yang benar dan terhormat; dan berilah aku dari pihak-Mu kekuasaan yang dapat menolongku.”

Doa Agar Ditambahkan Ilmu

وَقُلْ رَبِّ زِدْنِي عِلْمًا

Wa kul robbi zidni ‘ilman

Maksudnya: “Dan katakanlah,‘Wahai Rabb-ku, tambahkanlah kepadaku ilmu.”

Doa Dan Zikir Tambahan

  • Istighfar – 70 kali
  • Ya Latiff – 100 kali
  • Ya Fattah Ya Wahhab – 25 kali
  • Rabbi Yassir Wakaa Tu’assir Yaa Kariim – 25 kali
  • Surah As-Syarh (Alam Nasyrah Laka Sodrak) – 8/3 kali
  • Surah al-Quraisy – 8 / 3 kali
  • Robbisy Roh Li Sodri – 3 kali

رَبِّ اشْرَحْ لِى صَدْرِى, وَيَسِّرْ لِى أَمْرِى, وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِّن لِّسَانِى, يَفْقَهُواْ قَوْلِي 

Robbishrohli sodri, wayasirli amri, wahlul ‘akdatamin lisani, wafkahu kouli

Maksudnya : “Ya Tuhanku, lapangkanlah dadaku. Dan mudahkanlah bagiku urusanku. Dan lepaskanlah kekakuan lidahku. (Supaya) mereka memahami perkataanku”.

doa untuk anak menghadapi peperiksaan, doa belajar, doa untuk ibu bapa

Cara Lain Untuk Menyokong Anak Semasa Peperiksaan

Selain berdoa, anda juga boleh melakukan beberapa perkara lain untuk menunjukkan sokongan anda terhadap anak. Antaranya ialah:

1. Menyediakan Persekitaran Belajar Yang Selesa

Pastikan anak-anak mempunyai tempat belajar yang tenang dan selesa. Elakkan gangguan seperti bunyi bising atau gangguan elektronik yang boleh mengalih perhatian mereka semasa belajar.

2. Menyusun Jadual Belajar

Bantu anak-anak menyusun jadual belajar yang teratur. Pastikan mereka mempunyai masa yang mencukupi untuk mengulang kaji setiap subjek dan tidak hanya tertumpu pada satu mata pelajaran sahaja.

3. Memberikan Sokongan Emosi

Sentiasa berikan kata-kata semangat dan galakan kepada anak-anak. Tunjukkan bahawa kita sentiasa percaya dengan kemampuan mereka dan bahawa kita akan menyokong mereka tidak kira apa pun keputusan yang mereka peroleh.

4. Menyediakan Makanan Yang Berkhasiat

Pemakanan yang baik amat penting untuk kesihatan fizikal dan mental. Pastikan anak-anak mendapatkan makanan yang seimbang dan berkhasiat agar mereka sentiasa cergas dan bertenaga.

5. Menggalakkan Rehat Yang Cukup

Tekanan peperiksaan boleh menyebabkan anak-anak kurang tidur. Pastikan mereka mendapat rehat yang mencukupi agar otak mereka dapat berfungsi dengan baik semasa peperiksaan.

6. Mengadakan Solat Hajat

Sebagai seorang Muslim, solat hajat adalah salah satu cara untuk memohon pertolongan Allah SWT. Ajak anak-anak untuk bersama-sama menunaikan solat hajat dan berdoa memohon kejayaan dalam peperiksaan.

Peperiksaan adalah salah satu cabaran yang besar bagi pelajar tetapi dengan sokongan dan doa daripada ibu bapa, mereka pasti dapat menghadapinya dengan lebih tenang dan yakin.

Dengan doa dan usaha yang berterusan, insyaAllah, anak-anak anda pasti akan berjaya dalam peperiksaan mereka dan mencapai kejayaan yang cemerlang. Tapi perlu diingatkan, kejayaan tidak diukur melalui keputusan peperiksaan sahaja, namun juga menerusi usaha dan kesungguhan mereka dalam menghadapi cabaran.

Semoga bermanfaat!

eCentral, Taqwa

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Doa Lembut Hati Anak Yang Ringkas Dan Mustajab, Ibu Ayah Amalkan Selalu Setiap Hari

Baca juga: Ibu Ayah Amalkan Doa Ini Untuk Anak Mudah Dengar Kata, Pintar & Dijauhkan Zina

Baca juga: Ibu Ayah Elok Amalkan Doa Untuk Bayi Baru Lahir Ini, Anak Mudah Tidur & Elak Gangguan

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Anis

  • halaman rumah
  • /
  • Keibubapaan
  • /
  • Himpunan Doa Menghadapi Peperiksaan Yang Mustajab Mengikut JAKIM, Elok Amalkan Selalu
Kongsikan:
  • Anak Tidur Mengigau & Menangis Tengah Malam, Ketahui Punca Dan Cara Mengatasinya

    Anak Tidur Mengigau & Menangis Tengah Malam, Ketahui Punca Dan Cara Mengatasinya

  • Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

    Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

  • 30 Peraturan Rumah Untuk Anak Bagi Mendidik Mereka Menjadi Berdisiplin Dan Beradab

    30 Peraturan Rumah Untuk Anak Bagi Mendidik Mereka Menjadi Berdisiplin Dan Beradab

  • Anak Tidur Mengigau & Menangis Tengah Malam, Ketahui Punca Dan Cara Mengatasinya

    Anak Tidur Mengigau & Menangis Tengah Malam, Ketahui Punca Dan Cara Mengatasinya

  • Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

    Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

  • 30 Peraturan Rumah Untuk Anak Bagi Mendidik Mereka Menjadi Berdisiplin Dan Beradab

    30 Peraturan Rumah Untuk Anak Bagi Mendidik Mereka Menjadi Berdisiplin Dan Beradab

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham