Keadaan sekarang tak sama macam dulu yang membolehkan kita menziarahi orang sakit beramai-ramai, sebab itu dianjurkan doa untuk orang sakit jika tidak boleh ziarah.
Selain ziarah, membaca doa untuk orang sakit juga merupakan satu amalan yang terpuji dan dituntut dalam islam kerana dapat mengekalkan silaturrahim.
Sakit adalah ujian dan penghapus dosa-dosa kecil, kita sebagai hamba perlu menerima dengan hati yang terbuka kerana ia tanda Allah masih sayangkan kita.
لَا يُكَلِّفُ ٱللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا
Surah Al-Baqarah, ayat 286
Doa sembuh penyakit yang ringkas dan mudah untuk diamalkan
Justeru, berikut antara doa yang sesuai dibaca diri sendiri dan orang lain seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW.
Doa ketika melawat orang sakit
Doa ini dibacakan dengan niat agar Allah SWT segera mengangkat penyakit dan mengurniakan kesembuhan sepenuhnya kepada pesakit:
أَسْأَلُ الله الْعَظِيمَ رَبَّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ أَنْ يَشْفِيَكَ
Rumi: As alullaahal ‘azhiim rabbal ‘arsyil ‘azhiim an yasyfiyaka
Maksudnya: Aku memohon kepada Allah yang Agung. Tuhan ‘arasy agar menyembuhkanmu.
Doa Untuk Orang Tua Yang Sedang Sakit
Doa ini dibacakan dengan niat agar Allah SWT segera mengangkat penyakit yang dihadapi oleh kedua ibu bapa yang disayangi:
اللَّهُمَّ رَبَّ النَّاسِ مُذْهِبَ الْبَاسِ اشْفِ أَنْتَ الشَّافِى لاَشَافِىَ إِلاَّ أَنْتَ ، شِفَاءً لاَ يُغَادِرُ سَقَمًا
Rumi: Allahumma rabban naas mudzhibal ba’si isyfi antasy syaafii laa syafiya illaa anta syifaa’an laa yughaadiru saqoman
Maksudnya: “Ya Allah Wahai Tuhan segala manusia, hilangkanlah penyakitnya, sembukanlah ia. Hanya Engkaulah yang dapat menyembuhkannya, tidak ada kesembuhan melainkan kesembuhan dari Mu, kesembuhan yang tidak meninggalkan penyakit lain.” – ( Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Doa Ketika Anak Sakit
Doa ini dibacakan dengan niat agar Allah SWT mengangkat penyakit serta mengurniakan kesembuhan kepada anak-anak kita yang sedang sakit:
امْسَحِ الْبَأْسَ رَبَّ النَّاسِ بِيَدِك الشِّفَاءُ لَا كَاشِفَ لَهُ إلَّا أَنْتَ
Rumi: lmsahil ba’sa rabban nasi. Bi yadikas syifa’u. La kasyifa lahu illa anta
Maksudnya: “Tuhan manusia, sapulah penyakit ini. Di tangan Mu lah kesembuhan itu. Tidak ada yang dapat mengangkatnya kecuali Engkau.”
Doa Sembuh Penyakit
Sebuah hadis meriwayatkan amalan Rasulullah yang turut melazimi menziarahi orang sakit. Hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Aisyah RA menyatakan Rasulullah sering membaca doa ini kepada sahabatnya yang sedang sakit:
اللَّهُمَّ رَبَّ النَّاسِ أَذْهِبِ الْبَأْسَ اشْفِ أَنْتَ الشَّافِي لَا شَافِيَ إلَّا أَنْتَ شِفَاءً لَا يُغَادِرُ سَقْمًا
Rumi: Allahumma rabban nasi, adzhibil ba’sa. Isyfi. Antas syafi. La syafiya illa anta syifa’an la yughadiru saqaman.
Maksudnya: “Tuhanku, Tuhan manusia, hilangkanlah penyakit. Berikanlah kesembuhan kerana Kau adalah penyembuh. Tiada yang dapat menyembuhkan penyakit kecuali Kau dengan kesembuhan yang tidak meninggalkan rasa sakit.” – (Hadis Riwayat Bukhari)
Doa Agar Penyakit Dihilangkan Segera
Dalam kitab karya dari Imam Nawawi yang berjudul Al-Adzkar menjelaskan bahawa Rasulullah SAW pernah mengamalkan doa ini semasa penyakit yang menderita keluarganya hilang segera. Doanya adalah seperti berikut:
اللَّهُمَّ رَبَّ النَّاسِ أَذْهِبِ الْبَأْسَ اشْفِ أَنْت الشَّافِي لَا شَافِيَ إلَّا أَنْتَ شِفَاءً لَا يُغَادِرُ سَقْمًا
Rumi: Allahumma robbannasi azhibil ba’shash fi antash shafi la sya fiya illa anta syifa anla yugho diru saqma
Maksudnya: Tuhanku, Tuhan Manusia, hilangkanlah penyakit. Berikan kesembuhan karena Engkau adalah penyembuh. Tiada yang dapat menyembuhkan penyakit kecuali Engkau dengan kesembuhan yang tidak menyisakan rasa sakit.
Semoga bermanfaat.
Taqwa, Mufti Wilayah Persekutuan
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Doa Sakit Kepala Yang Diajarkan Oleh Rasulullah, Bantu Untuk Sembuh Dengan Cepat
Baca juga: Doa Selepas Solat Fardhu, Ringkas & Lengkap Berserta Maksud Yang Senang Dihafal
Baca juga: Tenang Ketika Menjawab Peperiksaan, Amalkan 7 Doa Menduduki Peperiksaan Serta Doa Penerang Hati Ini