TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Amal 7 Doa Zuriat Ini Untuk Pasangan Yang Dah Lama Ikhtiar

21 Sep, 2023
Amal 7 Doa Zuriat Ini Untuk Pasangan Yang Dah Lama Ikhtiar

Sebagai orang Islam, kita disarankan mengamalkan zikir dan doa zuriat sebagai salah satu ikhtiar untuk hamil.

Setiap pasangan yang berkahwin sudah tentu mereka ingin memiliki zuriat. Ada pasangan dipermudahkan ntuk mendapat zuriat, ada pasangan terpaksa menunggu sehingga bertahun-tahun. Semuanya berbalik kepada rezeki tetapi kita sebagai manusia sudah semestinya perlu berusaha untuk mencari penyelesaiannya. Doa zuriat boleh menjadi amalan harian bagi pasangan yang melalui situasi seperti ini.

7 doa zuriat yang dikongsikan ini dianjurkan untuk pasangan suami isteri membacanya setiap hari agar pintu rezeki untuk mendapatkan anak terbuka luas. Semoga bermanfaat.

1. Surah Maryam

Ayat surah Maryam mengandungi 98 ayat ini diyakini boleh membantu pasangan memperoleh zuriat dengan segara.

2. Zikir al-Mussawir

Zikir ini merupakan salah satu daripada 99 nama-nama Allah yang diambil dari ayat al-Quran. Antara kelebihannya adalah boleh mempercepatkan proses isteri hamil.

Bacalah “Ya Khaliq, Ya Baari, Ya Mussawir” setiap hari.

3. Surah al-Furqan – ayat 74

وَالَّذِيْنَ يَقُوْلُوْنَ رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ اَزْوَاجِنَا وَذُرِّيّٰتِنَا قُرَّةَ اَعْيُنٍ وَّاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِيْنَ اِمَامًا

Maksudnya: “Wahai Tuhan kami, berilah Kami dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami, perkara-perkara yang menyenangkan hati melihatnya, dan jadikanlah Kami pemimpin ikutan bagi orang-orang yang bertakwa.” – (Surah Al-Furqan, ayat 74)

Ayat al-Furqan boleh dibaca setiap hari supaya terhindar daripada gangguan makhluk halus.

4. Doa Nabi Ibrahim AS – ayat 40

رَبِّ اجْعَلْنِيْ مُقِيْمَ الصَّلٰوةِ وَمِنْ ذُرِّيَّتِيْۖ رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاۤءِ

Maksudnya: “Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenanlah doa permohonanku.” – (Surah Ibrahim, ayat 40)

5. Doa Nabi Ibrahim AS – ayat 100

رَبِّ هَبْ لِيْ مِنَ الصّٰلِحِيْنَ

Maksudnya: “Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh!” – (Surah Saaffat, ayat 100)

6. Doa Nabi Zakaria AS – ayat 89

وَزَكَرِيَّآ اِذْ نَادٰى رَبَّهٗ رَبِّ لَا تَذَرْنِيْ فَرْدًا وَّاَنْتَ خَيْرُ الْوٰرِثِيْنَ

Maksudnya: “Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat); dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi.” – (Surah Anbiya, ayat 89)

7. Doa Nabi Zakaria AS – ayat 38

هُنَالِكَ دَعَا زَكَرِيَّا رَبَّهٗ ۚ قَالَ رَبِّ هَبْ لِيْ مِنْ لَّدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً ۚ اِنَّكَ سَمِيْعُ الدُّعَاۤءِ

Maksudnya: “Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepada Ku dari sisi Mu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya, Engkau sentiasa mendengar (menerima) doa permohonan.” – (Surah Ali-Imran, ayat 38)

Tips Mendapatkan Zuriat

Selain berdoa, terdapat cara lain yang boleh dilakukan oleh pasangan suami isteri untuk cepat hamil dan memperoleh zuriat. Antara tips yang boleh dilakukan adalah seperti berikut :

1. Dapatkan nasihat doktor

Wanita yang sukar untuk hamil mungkin mempunyai masalah sama ada diri atau pasangannya dari segi kesihatan. Oleh itu, kita sewajarnya mendapatkan nasihat daripada doktor yang lebih arif dan pakar dalam bidang tersebut untuk mendapatkan nasihat.

Stories Rakan Kongsi
Permainan bantu perkembangan anak dari umur bayi hingga kanak-kanak- Dr. Debora Weber
Permainan bantu perkembangan anak dari umur bayi hingga kanak-kanak- Dr. Debora Weber
Dua Matlamat Dalam Satu! Pendidikan Kewangan Melalui Permainan
Dua Matlamat Dalam Satu! Pendidikan Kewangan Melalui Permainan
Kalendar 30 Hari, 30 Kebaikan: Aktiviti Menarik Untuk Anak Anda Ramadan Ini
Kalendar 30 Hari, 30 Kebaikan: Aktiviti Menarik Untuk Anak Anda Ramadan Ini
One mum’s journey to find a solution to her child’s eczema
One mum’s journey to find a solution to her child’s eczema

Biasanya, pasangan akan diminta untuk melakukan ujian bagi menilai tahap kesuburan dan kesihatan diri.

2. Ambil asid folik lebih awal

Pengambilan asid folik yang konsisten selama beberapa bulan sebelum hamil dipercayai mampu untuk meningkatkan tahap kesuburan seseorang. Bukan bagi isteri sahaja tetapi suami juga akan dapat manfaatnya. Ianya dapat mengelakkan kecacatan kromosom pada sperma dan membantu mematangkan telur ovum.

3. Makan kurma

Kurma adalah makanan sunnah yang sangat digemari oleh Rasulullah SAW. Kerana khasiat dan nutrisi yang ada padanya, buah kurma ini bantu untuk meningkatlan tahap kesuburan dan kesihatan wanita secara lengkap.

4. Lakukan hubungan intim semasa subur

Faktor penting dalam menentukan potensi terbaik untuk hamil adalah waktu hubungan intim berlaku. Suami dan isteri mesti peka dengan waktu subur masing-masing. Boleh juga untuk dapatkan nasihat daripada doktor tentang waktu ovulasi, kitaran haid, dan sebagainya.

5. Elak tekanan 

Tertekan apabila sering diasak dengan pertanyaan “bila nak ada anak” itu memang normal. Tetapi sebagai pasangan, anda sendiri yang tahu dan menghadapinya bersama. Jadi tidak perlu terlalu stress dan pastikan sentiasa ada aura positif dalam rumah tangga.

6. Amalan gaya hidup sihat

Pasangan suami isteri haruslah sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat dalam aktiviti seharian seperti melakukan aktiviti fizikal, bersenam, dan jaga pemakanan. Hal ini kerana, masalah berat badan berlebihan dan obesiti cenderung menjadi punca kepada gangguan kesuburan yang merencatkan lagi proses terhasilnya anak.

Diharapakan artikel berkenaan dengan doa mohon zuriat dan cara dapatkan anak ini dapat memberikan anda ilmu pengetahuan yang bermanfaat dan berguna untuk merungkai masalah cahaya mata dalam rumah tangga. Anak adalah anugerah pemberian Allah tetapi anak bukan segala-galanya dalam sebuah perkahwinan. Jangan pernah berputus asa dengan kehendak dan rahmat Nya.

Sirap Limau

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga : Hikmah Perkahwinan Tanpa Anak, Ramai Suami Isteri Tetap Bahagia Meskipun Hidup Berdua

Baca juga : Ikthtiar Nak Subur, Makanlah BUAH ZURIAT, Sekarang Mudah Nak Dapat, Beli Online Saja

Baca juga : Tips TTC Untuk Pasangan Yang Sedang Ikhtiar Dapatkan Zuriat, Wajib Ada 5 Barang Ini!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nursyamimi

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Amal 7 Doa Zuriat Ini Untuk Pasangan Yang Dah Lama Ikhtiar
Kongsikan:
  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham