Selepas vaksin, kini doula Malaysia juga mendapat perdebatan hebat di kalangan ibu bapa tentang fungsi dan skop kerja doula yang sepatutnya.
Dalam masa yang sama, Dr Suhazeli Abdullah turut berkongsi 15 permintaan dan kelakuan sepanjang perbincangan pihaknya dengan doula Malaysia.
Mari kita selidik satu persatu tentang isu ini.
15 permintaan dan kelakuan Doula Malaysia
#1. Doula Malaysia – Tiada doktor lelaki dalam bilik bersalin
Kredit: Emerald Doulas
Antara pertama yang dibangkitkan oleh doula Malaysia adalah tentang isu aurat wanita yang dilihat menjadi topik utama berbanding dengan keperluan dan rukhsah ketika merawat pesakit.
Namun perkara ini boleh dibincangkan lebih lanjut, malah ramai ulama telah memberikan pandangan dengan situasi tersebut.
#2. Doula Malaysia – Doktor tidak dibenarkan buat pemeriksaan kemaluan (vagina examination)
Bagi doula Malaysia, pemeriksaan kemaluan dianggap mencabul kehormatan wanita dengan mengunakan jari-jemari terutama bila ia dilakukan oleh doktor pelatih lelaki.
Untuk itu, doktor yang merawat hanya boleh mengintai bentuk perut dan tunggu bayi keluar saja.
#3. Doula Malaysia – Tiada ubatan yang boleh bantu proses kelahiran
Ubat yang dimaksudkan seperti pitocin atau syntocinon yang dapat mempercepatkan pengecutan rahim. Begitu juga ubat-ubatan lain seperti ubat tahan sakit.
Bagi mereka, bersalin perlu natural tanpa segala campuran tangan ubat kerana ia dianggap dosa besar.
#4. Doula Malaysia – Posisi bersalin boleh berubah
Mereka tidak tertumpu kepada satu posisi sahaja seperti yang diamalkan hospital kerajaan, malah mereka lebih mengagungkan hospital swasta yang membenarkan bersalin dalam pelbagai posisi mengikut kemahuan doula Malaysia.
Posisi yang dicadangkan seperti mencangkung, menonggeng, meniarap, mengikut graviti, bersalin dalam kolam dan banyak lagi yang akan diajarkan doula.
Kata mereka, kaedah itu adalah fitrah malah mereka sering mengungkit kembali kisah Saidatina Maryam iaitu bonda Nabi Isa yang bersalin secara mencangkung di bawah pokok tamar.
#5. Suasana bilik bersalin penuh ritual keagamaan
Apabila bersalin dengan ditemani doula, suasana bilik bersalin akan didendangkan ritual keagamaan seperti bacaan Al- Quran sepajang masa.
#6. Ibu tidak diikat dengan mesin CTG
Ibu yang sedang dalam proses bersalin tidak diikat dengan CTG iaitu mesin pemeriksaan jantung anak dan kontraksi rahim kerana bagi mereka ia mengganggu pergerakan.
Bahkan mesin itu dianggap alatan barat yang direka Yahudi! Malah ultrasound juga boleh sebarkan autism.
#7. Tidak memecahkan ketuban
Pecahan air ketuban juga tidak dilakukan kerana ia dianggap tidak semula jadi, kemudian disogokkan dengan kajian yang tidak tahu sumber daripada mana supaya dapat memberi keyakinan kepada para ibu.
#8. Tidak buat episiotomi
Kredit : Malay Mail
Menggunting daging kemaluan dianggap tidak natural dan merosakkan organ yang Tuhan kurniakan. Malah organ itu adalah kehormatan wanita yang perlu dijaga.
Jadi, jika menggunting semasa bersalin, maka ia dapat merosakkan hubungan dengan suami.
#9. Kebenaran suami masuk bagi merangsang hormon oxytocin
Ada kes pasangan suami isteri bercumbuan atas katil bilik bersalin. Malu jururawat dan doktor yang bertugas melihat aksi ranjang yang mereka lakukan!
Mereka memberi alasan untuk merangsang hormon bersalin secara natural. Mungkin ia salah satu silibus dalam kelas doula Malaysia.
#10. Tidak ambil vaksin atau imunisasi
Majoriti mereka adalah anti vaksin, anti perubatan moden dan penjual produk kesihatan. Malah bayi baru lahir tidak diberikan vaksin BCG, Vitamin K dan tolak vaksin secara total.
#11. Melambatkan potong tali pusat bayi
Doula Malaysia akan mengarahkan kelahiran supaya melambatkan proses pemotongan tali pusat bayi kerana bagi mereka ia sumber imunisasi natural dari ibu.
Malah dalam kes doula yang terlibat bersalin di rumah kerana mereka mahu lari dari campur tangan anggota kesihatan yang mahir.
Apatah lagi mereka tidak memotong tali pusat sehingga melebihi 12 jam. Sebab itu, kes kematian yang dikendalikan doula semakin meningkat dan mengerikan.
#12. Berkeras untuk tidak melakukan pembedahan kali kedua
Bagi kes berisiko yang telah melalui pembedahan czer pada kelahiran sebelum ini, doula akan berkeras untuk tidak membenarkan doktor membuat pembedahan untuk kali kedua.
Ada di kalangan mereka yang membuka satu group facebook untuk menghasut sesama mereka supaya bersalin normal walaupun berisiko tinggi.
#13. Membenarkan makan dan minum ketika beranak
Mereka benarkan ibu makan dan minum ketika bersalin dan kalau boleh sediakan terus makanan sunnah tepi katil.
#14. Menjalankan konsultasi perubatan
Ya, ada sesetengah doula menjalankan aktiviti konsultasi perubatan dalam perawatan kes seolah-olah merekalah bidan dan kononnya mereka doktor bertauliah.
#15. Tiada asas dan kelayakan bidang perubatan
Kredit : Wichita Doula.com
Apa yang sahih, jelas dan benar ialah mereka tiada kelayakan dalam bidang perubatan dan hanya belajar melalui youtube selama 22 jam dan terus iktiraf diri mereka sebagai doula bertauliah.
Bahkan, kursus yang dijalankan mereka tidak tahu badan autoriti dan berintegriti mana yang mengiktiraf mereka ini.
Lebih memalukan, sijil doula yang dipamerkan dalam media sosial juga bukan dari mana-mana universiti dunia.
Pada jumaat minggu lepas, rancangan tv berjudul analisis mengupas topik tentang Doula : Peneman Ibu atau Pengganti Doktor.
Dalam temubual itu telah menampilkan dua orang panel bagi menjawab segala persoalan iaitu Profesor dan Konsultan Perbidanan dan Sakit Puan Universiti Malaya Prof Dr. Imelda Balchin dan freelance doula Pn. Hayati Muzaffar.
Rangkulan perbincangan tersebut, kewujudan doula ekstrem telah mencemarkan peranan mereka sekiranya mereka hanya menjalankan tugas sebagai penyokong emosi semasa kehamilan tanpa menasihatkan yang bukan bidang kuasa mereka.
Selagi dalam landasan yang betul, maka Doula patut dihargai.
Namun, khidmat Doula tidak boleh dilakukan tanpa pemerhatian doktor atau bidan terlatih malah mereka juga tidak boleh menasihatkan ibu bersalin di rumah atau tidak mengabaikan sebarang ubatan dan rawatan sepanjang tempoh kehamilan.
Diharapkan dengan perkongsian fakta tentang doula di Malaysia, para ibu boleh memahami lebih mendalam tentang perkhidmatannya.
Apa yang penting adalah anda mendapatkan nasihat dan pemantauan doktor. Mereka lebih berilmu dan berpengalaman dalam hal obstetrik.
Ya, doula sememangnya membantu dari segi menambahkan ilmu tentang proses kehamilan dan cara bersalin dengan betul.
Namun tugasan mereka lebih kepada menasihati, menemani dan membantu dari tepi sahaja. Tidak lebih dari itu.
Nyawa bayi sangatlah berharga dan kita sebagai ibu tidak sepatutnya mempertaruhkan nyawa mereka semata-mata keinginan diri.
Seperti yang dipetik daripada kata-kata Profesor Madya Dr. Rafidah Hanim Mokhtar dalam artikelnya:
“Kepentingan siapakah yang anda utamakan, anda atau bayi anda?”
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber : Petua dan resepi bonda
Kredit gambar: Oh Bulan
Baca juga:
Doula Di Malaysia – Apa Yang Bakal-Bakal Ibu Perlu Tahu Tentang Mereka
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!