TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Duduk Bersila Ketika Dalam Pantang Perlu Dielak, Ia Boleh Buat Punggung Jadi Besar?

3 min bacaan
Duduk Bersila Ketika Dalam Pantang Perlu Dielak, Ia Boleh Buat Punggung Jadi Besar?

Duduk bersila ketika dalam pantang boleh melambatkan proses ibu dalam mendapatkan semula bentuk badan seperti sebelum mengandung

Duduk bersila masa pantang boleh atau tidak? Mungkin ramai yang masih belum tahu, terutamanya ibu baharu di luar sana. 

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Ibu berpantang moden selamba duduk bersila selepas melahirkan bayi
  • Badan ibu mengembang ketika hamil
  • Kenapa tidak disarankan bersila ketika dalam pantang

Jika dahulu amalan berpantang amatlah ketat sehingga ibu tidak dibenarkan aktif bergerak dan berjalan pun kena kepitkan kaki. Namun kini kebanyakan ibu moden telah tidak mengamalkannya.

Ada yang bangga berkongsikan kisah selepas bersalin di hospital, mereka duduk bersila kerana tidak merasakan apa-apa kesan jahitan.

Ibu berpantang moden selamba duduk bersila selepas melahirkan bayi

Amalan berpantang dikenali sebagai tempoh selepas bersalin bagi setiap wanita.

Berpantang ini merupakan amalan tradisional di mana wanita lepas bersalin akan dikuarantin atau ‘dikurung’ di dalam rumah sehingga mencukupi satu tempoh bagi berehat dan memulihkan kembali tubuh selepas melahirkan anak.

Penjagaan diri selepas bersalin dikatakan amat penting bagi memastikan tubuh ibu benar-benar sihat. Jika dahulu tempoh berpantang sehingga 100 hari, namun kini ramai wanita pantang moden kerana tidak sanggup melaluinya dengan begitu lama.

Ha, jangan terkejut sebab amalan berpantang di luar negara sememangnya lebih unik dan istimewa tau! Si ibu dijaga dan dilayan istimewa seperti bayi pun ada.

duduk bersila

Badan ibu mengembang ketika hamil

Untuk pengetahuan anda, bila kita mengandung kebanyakan badan para ibu akan menjadi longgar sebab nak memuatkan pembesaran bayi.

Sebab itulah para ibu akan merasa kesakitan di bahagian punggung – ia terjadi apabila bahagian pinggang dan punggung sedang melonggar kerana bayi sedang membesar di dalam rahim.

Bila bersalin pula, bayi sudah keluar dari perut dan sepatutnya kedua-dua bahagian iaitu pinggang dan punggung akan mula mengecut.

Tapi bergantung juga kepada setiap individu, ada yang tulang akan lebih cepat merapat. Ada yang anak pertama cepat, anak kedua lambat pula merapat.

Apabila tulang di bahagian punggung dan pinggang lambat mengecut atau merapat, para ibu akan kerap merasa sakit di bahagian pinggang dan punggung ketika berjalan dan juga bergerak.

Dari segi fizikal, kita hanya akan kelihatan mengembang dan lebih berisi daripada biasa.

Kenapa tidak disaran duduk bersila ketika dalam pantang?

duduk bersila

Berbalik kepada topik yang ingin dibahaskan:

“Para ibu boleh duduk bersila ke jika sedang berpantang?”

Penjelasannya adalah ketika duduk bersila, bukaan punggung akan menjadi besar. Bukaan punggung kan sudah membesar asbab mengandung, dan masih belum mengecut serta merapat lagi. Tiba-tiba ditambah pula dengan duduk bersila.

Ketika duduk bersila, bermakna kita duduk dengan posisi yang tidak membantu pengecutan di bahagian punggung dan pinggang. Oleh itu, seeloknya ketika berpantang, ibu-ibu disarankan untuk duduk bersimpuh (yang macam kepit-kepit tu).

Dan adalah lebih baik untuk mengamalkan pemakaian bengkung bagi memastikan tulang pinggang dan punggung cepat merapat. Semoga perkongsian ini bermanfaat!

Diary of Muhammad

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Ibu Berpantang Berpeluh-Peluh Terutama Di Waktu Malam, Menurut Doktor Ini Yang Anda Perlu Tahu!

Baca juga:  Amalan Berpantang Di Luar Negara Yang Cukup Unik, Ibu Dilayan Istimewa Seperti Bayi!

Baca juga:  Elak Terlalu Aktif Selepas Bersalin, Bentan Ketika Berpantang Boleh Mengundang Maut

Stories Rakan Kongsi
Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda
Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda
Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Murns A.

  • halaman rumah
  • /
  • Kehamilan
  • /
  • Duduk Bersila Ketika Dalam Pantang Perlu Dielak, Ia Boleh Buat Punggung Jadi Besar?
Kongsikan:
  • Pentingnya Suplemen Vitamin D! Ini Manfaat, Dos Terbaik & Pilihan Popular Di Malaysia

    Pentingnya Suplemen Vitamin D! Ini Manfaat, Dos Terbaik & Pilihan Popular Di Malaysia

  • Salicylic Acid Untuk Ibu Hamil, Adakah Selamat Penggunaannya Untuk Ibu & Bayi?

    Salicylic Acid Untuk Ibu Hamil, Adakah Selamat Penggunaannya Untuk Ibu & Bayi?

  • Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda
    Stories Rakan Kongsi

    Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda

  • Pentingnya Suplemen Vitamin D! Ini Manfaat, Dos Terbaik & Pilihan Popular Di Malaysia

    Pentingnya Suplemen Vitamin D! Ini Manfaat, Dos Terbaik & Pilihan Popular Di Malaysia

  • Salicylic Acid Untuk Ibu Hamil, Adakah Selamat Penggunaannya Untuk Ibu & Bayi?

    Salicylic Acid Untuk Ibu Hamil, Adakah Selamat Penggunaannya Untuk Ibu & Bayi?

  • Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda
    Stories Rakan Kongsi

    Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham