X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

"Due Date Kami Sama, Tapi Saya Belum Bersalin!" - Bersalin Bayi Awal @ Lambat Ada Kaitan Genetik Ibu, Betul Ke?

4 min bacaan
"Due Date Kami Sama, Tapi Saya Belum Bersalin!" - Bersalin Bayi Awal @ Lambat Ada Kaitan Genetik Ibu, Betul Ke?

"Ibu hamil perlu dimaklumkan bahawa hanya ada peluang 35% mereka akan bersalin pada tarikh anggaran bersalin" - Khambalia, et al. 2001

Apabila disahkan hamil, perkara pertama yang bakal parents nak tahu adalah tarikh due bersalin, atau usia kandungan bukan?

Tetapi ibu ayah kena tahu, due date untuk kehamilan sebenarnya hanyalah anggaran semata-mata dan cuma 4% dari wanita hamil yang bersalin pada tarikh tersebut!

Malahan orang sekeliling pasti akan bertanyakan “Bila due date bersalin?” membuatkan ibu merasa gemuruh apabila mendekati tarikh tersebut.

Sebenarnya setiap bayi mempunyai tempoh yang berbeza dalam rahim, jadi kita sebenarnya tidak boleh mengatakan secara tepat yang bayi dilahirkan cepat, lambat atau tepat pada masanya.

Fakta: Due Date Bersalin Hanyalah Anggaran Sahaja

tempoh kehamilan

Kebiasaannya, bayi yang lahir sebelum minggu 37 dianggap pramatang sementara bayi yang masih belum dilahirkan pada minggu 42 dikatakan lambat atau over due. Pengiraan ini umumnya adalah berdasarkan tarikh akhir haid yang dikira oleh doktor atau aplikasi kalkulator kehamilan.

Dalam sebuah kajian, penyelidik mendapati tempoh kehamilan untuk kehamilan normal boleh mempunyai perbezaan sehingga 5 minggu!

Kajian dijalankan secara sangat teliti malah mereka ambil kira hari tepat telur dikeluarkan dan mengikuti perkembangan sehingga menjadi bayi, tanpa membuat sebarang andaian berdasarkan tarikh haid atau hari subur wanita.

Due Date Kami Sama, Tapi Saya Belum Bersalin! - Bersalin Bayi Awal @ Lambat Ada Kaitan Genetik Ibu, Betul Ke?

Wah, 5 minggu sebenarnya 1 jarak yang besar ya!

Ini menunjukkan bahawa kehamilan manusia mungkin agak rumit daripada yang dijangkakan. Ada banyak faktor yang menyebabkan sperma cepat atau lambat sampai ke ovum, malah persekitaran ibu juga memainkan peranan dalam mempengaruhi waktu kelahiran bayi.

Kesimpulannya, waktu kelahiran bayi boleh jadi awal atau lambat bergantung kepada kepantasan embrio. Menarik bukan?

Cara Kira Tarikh Anggaran Bersalin

Purata tempoh kehamilan manusia adalah 280 hari, atau 40 minggu dari hari pertama tempoh haid terakhir wanita. Kalau dalam istilah perubatan pula dipanggil estimated date of confinement (EDC).

tarikh anggaran bersalin

Kaedah mudah untuk mengira tarikh due bersalin adalah untuk menambah 7 hari pada tarikh hari pertama haid terakhir anda, kemudian tambahkan 9 bulan. Contohnya, jika hari pertama haid terakhir ialah 1 Februari, tambahkan 7 hari (8 Februari) kemudian tambahkan 9 bulan untuk mendapatkan due date 8 November.

Bagi wanita yang tidak mempunyai kitaran haid tetap, ini tidak bermakna mereka tidak boleh tahu tempoh kehamilan mereka. Ada beberapa cara lain untuk mengetahui anggaran tempoh kehamilan seperti pemeriksaan ultrabunyi, saiz rahim pada pemeriksaan vagina atau abdomen atau kali pertama merasa pergerakan bayi.

Kalkulator Kehamilan

Satu cara mudah yang popular adalah dengan menggunakan kalkulator kehamilan yang boleh didapati melalui aplikasi. Anda juga boleh guna aplikasi theAsianparent untuk due date dan jejak kehamilan sehingga waktu bersalin.

Caranya senang sahaja, muat turun aplikasi theAsianparent dan mula daftar kehamilan. Masukkan tarikh hari pertama haid terakhir untuk mengetahui tarikh anggaran bersalin anda. Mudah kan?

due bersalin

Faktor Genetik Memainkan Peranan Dalam Menentukan Masa Kelahiran Bayi

Perbandingan antara waktu kelahiran ibu bapa dan bayi telah mencadangkan yang genetik juga memainkan peranan dalam menentukan tarikh kelahiran bayi. Ada beberapa kesimpulan menarik yang diperoleh melalui penelitian tersebut, antaranya:

due date

  1.  Bayi yang cepat membesar keluar lebih awal dari bayi yang lambat tumbesarannya.
  2.  Bayi yang sudah tiada ruang yang banyak dalam rahim cenderung untuk bersalin awal, selain masalah kesihatan ibu atau bayi.
  3.  Wanita dengan ketinggian kurang dari 5’3 ” biasanya bersalin 5 hari lebih awal dari wanita tinggi melebihi 5’6″
  4. Ketinggian bapa tidak ada kena mengena dengan waktu kelahiran bayi.
  5. Wanita yang tinggi biasanya bersalin hujung kehamilan atau melebihi 40 minggu kerana masih ada ruang dalam rahim.
  6. Secara biologi, peregangan rahim mungkin ada kaitan dengan bila dan bagaimana tubuh memulakan proses bersalin.

Dalam satu kajian lain pula menunjukkan bayi perempuan biasanya mempunyai due date yang lebih lambat dari sepatutnya. Dalam hal ini, para penyelidik mengesyorkan ibu hamil untuk berjaga-jaga dengan tidak terlalu bergantung kepada tarikh anggaran bersalin yang diberi.

Walau bagaimanapun, tarikh anggaran bersalin atau due date ini adalah penting untuk tujuan klinikal kerana ia memberikan maklumat kepada doktor tentang bila untuk campur tangan dan mempercepatkan proses bersalin sekiranya perlu.

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.
Due Date Kami Sama, Tapi Saya Belum Bersalin! - Bersalin Bayi Awal @ Lambat Ada Kaitan Genetik Ibu, Betul Ke?
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber:  betterhealth/ bloomlife

Baca juga:

https://my.theasianparent.comtanda-nak-bersalin

 

Stories Rakan Kongsi
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Beto Rahman

  • halaman rumah
  • /
  • Trimester 3
  • /
  • "Due Date Kami Sama, Tapi Saya Belum Bersalin!" - Bersalin Bayi Awal @ Lambat Ada Kaitan Genetik Ibu, Betul Ke?
Kongsikan:
  • The 4 things you should do when you’re past your due date

    The 4 things you should do when you’re past your due date

  • Dah Pilih Tarikh Cantik, Ibu Degil Tak Mahu Bersalin Walaupun Bayi Alami Komplikasi!

    Dah Pilih Tarikh Cantik, Ibu Degil Tak Mahu Bersalin Walaupun Bayi Alami Komplikasi!

  • Give Health A Shot Campaign: Bridging the Awareness With Vaccine Preventable Disease Education for Families

    Give Health A Shot Campaign: Bridging the Awareness With Vaccine Preventable Disease Education for Families

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

  • The 4 things you should do when you’re past your due date

    The 4 things you should do when you’re past your due date

  • Dah Pilih Tarikh Cantik, Ibu Degil Tak Mahu Bersalin Walaupun Bayi Alami Komplikasi!

    Dah Pilih Tarikh Cantik, Ibu Degil Tak Mahu Bersalin Walaupun Bayi Alami Komplikasi!

  • Give Health A Shot Campaign: Bridging the Awareness With Vaccine Preventable Disease Education for Families

    Give Health A Shot Campaign: Bridging the Awareness With Vaccine Preventable Disease Education for Families

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai kehamilan.