Pejam celik pejam celik, sekejap saja lagi due date bersalin anda bakal tiba. Pastinya ramai ibu yang khususnya baru pertama kali hamil rasa teruja dengan keadaan ini.
Yalahkan bakal sambut anak pertama sudah tentu menggembirakan hati ibu dan ayah yang telah sekian lama menunggu khabar gembira ini.
Sementara itu, perkongsian due date bersalin ini dikongsikan oleh pengguna theAsianparent Community yang turut berdebar menantikan kelahiran zuriatnya. Namun segala persiapan masih belum disediakan lagi.
Pertanyaan yang dimuat naik di aplikasi theAsianparent ini mendapat 30 respon balas dari pengguna yang lain dan rata-ratanya turut berkongsi perasaan teruja serta menyatakan due date bersalin mereka.
Salah seorang pengguna lain yang bernama Diya Ibrahim bakal melahirkan bayi pada 19 ogos dan menurutnya segala persiapan si kecil itu sudah disediakan dan tunggu masuk ke dalam beg saja lagi.
Seterusnya, pengguna bernama Dayang yang bakal bersalin pada 3 Ogos telah menyediakan segala kelengkapan bayi dan sudah meletakkannya dalam kereta. Wah, semangat betul ibu ini ya! hehe.
Bagaimana pula dengan ibu yang lain, sudah tahu tarikh jangkaan bersalin anda?
Apa yang anda perlu makan sebelum due date bersalin?
Dalam aplikasi theAsianparent ada seorang pengguna bernama Miss Musa bertanyakan soalan adakah benar makan kurma 6 biji setiap hari dalam sebulan sebelum bersalin boleh membantu mempermudahkan proses melahirkan secara normal.
Oleh sebab itu, kami mendapatkan beberapa jawapan dan makanan lain yang boleh membantu menjawab persoalannya itu.
#1. Kurma
Kurma sememangnya makanan yang baik lagi berkhasiat untuk kehamilan malah ia juga bantu membekalkan tenaga kepada ibu hamil.
Malah pakar perubatan turut yakin dengan manfaat kurma yang dapat memudahkan proses bersalin dan mengurangkan pengaliran darah semasa bersalin. Selain mempercepatkan pengecutan rahim.
Jika sudah sampai masa melahirkan, anda boleh bekalkan beberapa biji buah kurma dan jadikannya makanan pembekal tenaga yang baik.
#2. Telur ayam kampung
Menurut petua orang kampung, ambil sebutir telur ayam kampung dan pecahkan ke dalam secawan minuman coklat panas. Kemudian kacau dan minum sewaktu munculnya tanda-tanda bersalin.
#3. Minyak kelapa dara
Makan minyak kepala dara juga dipercayai mampu memberi kesan positif pada ibu hamil dan membantu proses kelahiran.
Minyak kepala dara ini boleh diambil sama ada dengan cara minum atau makan dalam bentuk kapsul.
Malah ada juga digalakkan mengamalkan menyapu minyak kepala dara ini pada bahagian perineum bagi mengurangkan risiko koyakan yang serius.
#4. Sayur bendi
Sayur bendi yang lendir ini juga dipercayai dapat membantu proses bersalin malah ia juga dapat menjadi penawar kepada beberapa masalah kesihatan seperti sembelit, diabetes dan jaundis.
Sayur bendi ini boleh dimakan dengan cara merebusnya terlebih dahulu atau masukkannya ke dalam masakan berkuah seperti kari ikan dan sebagainya.
#5. Air kelapa
Kalau tempoh kehamilan anda sudah mencecah ke usia tujuh bulan ke atas, anda juga disarankan minum air kepala kerana ia dapat membantu menjaga kesihatan ibu dan bayi dalam kandungan.
Jika ibu mahu dapatkan lebih banyak info tentang makanan yang bernutrisi dan baik untuk kehamilan. Anda juga boleh dapatkannya melalui Community theAsiaparent yang menyediakan semua maklumat tentang pemakanan ibu hamil bermula dari trimester pertama sehingga ketiga. Semuanya ada 12 kategori yang ibu boleh pilih.
Contohnya, jika ibu pilih bahagian nuts (kekacang) dan kemudian anda boleh klik di situ. Selepas itu akan keluar semua penerangan lanjut tentang makanan berasaskan kacang yang boleh dan tak boleh diambil. Mudah, bukan? semuanya di hujung jari anda!
Tips cepat beranak
Apabila menunggu hari maka anda juga boleh mengamalkan tips cepat bersalin ini supaya proses kelahiran berjalan lancar seperti hendaknya. InsyaaAllah.
- Banyakkan berjalan supaya dapat memberi tekanan kepada bayi supaya turun pada bahagian serviks.
- Melakukan hubungan seksual sewaktu berada di akhir kehamilan.
- Merangsang payudara juga boleh mencetuskan kontraksi untuk bersalin.
- Makan buah kurma sebanyak 6 biji sehari selama 4 minggu dipercayai membantu proses bersalin.
- Banyakkan berdoa dan mendekatkan diri dengan Tuhan.
- Lakukan senaman ringan seperti skuad, ketuk ketampi supaya bayi cepat turun ke bawah dan kontraksi berlaku.
Semoga bermanfaat.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The Asianparent Malaysia
Baca juga
https://my.theasianparent.comtarikh-bersalin-berubah
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!