TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Sunway Healthcare Group Melancarkan E-Buku Pertolongan Cemas Pediatrik, Membuka Akses Kepada Ilmu Untuk Menyelamatkan Nyawa

3 min bacaan
Sunway Healthcare Group Melancarkan E-Buku Pertolongan Cemas Pediatrik, Membuka Akses Kepada Ilmu Untuk Menyelamatkan Nyawa

Sunway Healthcare Group telah melancarkan E-buku Pertolongan Cemas Pediatrik melalui Bengkel Pertolongan Cemas Kanak-kanak

Februari 17, 2024, KUALA LUMPUR – Di dalam usaha untuk memastikan kaedah pertolongan cemas yang betul dapat diakses oleh semua, Sunway Healthcare Group telah melancarkan E-buku Pertolongan Cemas Pediatrik melalui Bengkel Pertolongan Cemas Kanak-kanak.

Acara tersebut berfungsi sebagai platform untuk memperkenalkan ilmu pertolongan cemas yang memaparkan arahan langkah demi langkah, dan kandungan video yang disertakan boleh diakses melalui kod QR, sekaligus memberi penekanan terhadap pentingnya tindakan yang tepat semasa berhadapan dengan situasi kecemasan.

Sunway Healthcare Group Melancarkan E-Buku Pertolongan Cemas Pediatrik, Membuka Akses Kepada Ilmu Untuk Menyelamatkan Nyawa

Kolaborasi di antara Jabatan Kemalangan & Kecemasan (A&E) Kanak-Kanak Pusat Perubatan Sunway dan Kelab Kanak-Kanak SunMed tersebut telah menyaksikan penyertaan lebih daripada 150 orang, dari kalangan ibu bapa dan anak-anak mereka yang mengambil bahagian di dalam pelbagai aktiviti yang menyeronokkan. Empat stesen telah disediakan di mana setiap satunya diketuai oleh doktor yang berdedikasi dari Pusat Perubatan Sunway.

Mereka melakukan demonstrasi secara langsung mengenai tindakan wajar tatkala menghadapi situasi cemas seperti tercekik, resusitasi (CPR) dan patah tulang. Para peserta terlibat secara aktif dalam mempraktikkan teknik menyelamatkan nyawa menggunakan anak patung dan pada masa yang sama, melalui pengalaman yang menyeronokkan semasa proses pembelajaran.

Dr Seow Vei Ken, Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Perubatan Sunway berkata kumpulan penjagaan kesihatan Sunway berdedikasi untuk menambahbaik taraf kesihatan dan kesejahteraan kanak-kanak. Ujarnya, “Sunway Healthcare Group komited untuk memperkasakan peranan ibu bapa dan masyarakat, dan sama-sama berganding bahu untuk memastikan kesihatan dan kesejahteraan anak-anak kita terjamin.

Pusat Perubatan Sunway mempunyai A&E Kanak-kanak pertama negara di hospital swasta dan dengan pengiktirafan yang diterima baru-baru ini sebagai hospital terbaik untuk pediatrik di Malaysia dalam Newsweek Best Specialized Hospitals Asia Pacific 2023, pencapaian ini membuktikan komitmen kami untuk mencapai kecemerlangan dalam perkhidmatan pediatrik dan penglibatan komuniti.”

Dengan 23 bidang khusus dalam penjagaan pediatrik, termasuk bidang hemato-onkologi, penjagaan rapi, endokrinologi, kardiologi, reumatologi, nefrologi, gastroenterologi, dermatologi, dan neonatologi, Pusat Perubatan Sunway dilengkapi kemudahan rawatan komprehensif dan bersedia untuk memenuhi semua keperluan penjagaan kesihatan kanak-kanak.

Kemudahan tersebut termasuk Jabatan Kecemasan Pediatrik yang dikhaskan hanya untuk kanak-kanak, Jabatan Radiologi Pediatrik dengan 3-tesla MRI, serta HDU, ICU, dewan bedah, dan wad untuk pesakit pediatrik.

Dr. Elayni Borhan, Konsultan Perubatan Kecemasan dan Penolong Pengarah Perubatan di Pusat Perubatan Sunway, menyedarkan umum tentang peningkatan cabaran dalam kesihatan pediatrik di Malaysia.

Sunway Healthcare Group Melancarkan E-Buku Pertolongan Cemas Pediatrik, Membuka Akses Kepada Ilmu Untuk Menyelamatkan Nyawa

Beliau berkata, “Peningkatan insiden, terutamanya selepas hujung minggu yang panjang atau cuti sekolah, menjadi punca kebimbangan yang semakin meningkat. Berdasarkan pengalaman saya, saya dapati ibu bapa mengalami pelbagai kesukaran apabila berhadapan dengan kecederaan atau masalah kesihatan anak-anak mereka.

Lazimnya, ramai tidak pasti tentang masa yang tepat untuk mendapatkan rawatan di hospital untuk anak-anak mereka.

Selain itu, mereka mungkin kurang jelas tentang langkah awal yang perlu diambil sebelum tiba di jabatan kecemasan kanak-kanak. Pelancaran E-buku Pertolongan Cemas Pediatrik kami bertujuan untuk menangani jurang pengetahuan ini, dan memberikan langkah-langkah praktikal untuk penjagaan penting di rumah sebelum sampai ke hospital. Maklumat ini dapat membantu ibu bapa mengenalpasti jenis kecemasan yang memerlukan perhatian dan bimbingan segera.”

Acara tersebut juga menandakan pelancaran semula Kelab Kanak-kanak SunMed, program penjagaan kesihatan Pusat Perubatan Sunway yang memenuhi keperluan lebih 4,500 kanak-kanak. Kini, setiap kanak-kanak di bawah umur 12 tahun berpeluang menikmati faedah-faedah yang ditawarkan oleh Kelab Kanak-kanak SunMed, sambil menerima jemputan eksklusif ke pelbagai acara dan aktiviti yang menarik.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai SunMed Kids Club, sila lawati www.sunwaymedical.com/en/sunmed-kids-club

Imbas kod QR di bawah untuk mengakses E-buku Pertolongan Cemas Pediatrik kami:

Sunway Healthcare Group Melancarkan E-Buku Pertolongan Cemas Pediatrik, Membuka Akses Kepada Ilmu Untuk Menyelamatkan Nyawa

Stories Rakan Kongsi
Rotavirus & Diarrhoea: Is It Just Poo Poo Or A Major Boo Boo?
Rotavirus & Diarrhoea: Is It Just Poo Poo Or A Major Boo Boo?
Eratkan Hubungan Kekeluargaan Bersama Si Manja Menerusi Pencarian Friso Gold DadMombassador 2022
Eratkan Hubungan Kekeluargaan Bersama Si Manja Menerusi Pencarian Friso Gold DadMombassador 2022
5 Fun Ways to Teach Your Children About Giving Back During the Holiday Season
5 Fun Ways to Teach Your Children About Giving Back During the Holiday Season
Asthma and How it Affects Us Emotionally, What to Do Then?
Asthma and How it Affects Us Emotionally, What to Do Then?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

theAsianparent

  • halaman rumah
  • /
  • Siaran Media
  • /
  • Sunway Healthcare Group Melancarkan E-Buku Pertolongan Cemas Pediatrik, Membuka Akses Kepada Ilmu Untuk Menyelamatkan Nyawa
Kongsikan:
  • Kempen Swish & Snap Listerine® Rai 5,000 Senyuman Sihat Bersama Watsons

    Kempen Swish & Snap Listerine® Rai 5,000 Senyuman Sihat Bersama Watsons

  • Karnival Katarak Perdana Kementerian Kesihatan & Hospital Mata Nasional Tun Hussein Onn Memberi Harapan Kepada Rakyat Malaysia Yang Terpinggir

    Karnival Katarak Perdana Kementerian Kesihatan & Hospital Mata Nasional Tun Hussein Onn Memberi Harapan Kepada Rakyat Malaysia Yang Terpinggir

  • TUULYN Menghidupkan Semula Pengalaman Membeli-belah Runcit – Elegan ala Eropah, Mesra ala Malaysia

    TUULYN Menghidupkan Semula Pengalaman Membeli-belah Runcit – Elegan ala Eropah, Mesra ala Malaysia

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham