5 Perkara 'Aneh' Yang Terjadi Pada Newborn Tetapi Sebenarnya Normal, Ibu Sila Take Noted!

Fakta tentang bayi baru lahir nampak 'aneh' tapi sebenarnya normal. Ada beberapa perkara penting ibu ayah kena tahu, elak bimbang berlebihan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sebelum menerima kehadiran orang baharu, ibu ayah terutama yang baru pertama kali memperoleh zuriat pastinya perlu bersedia dengan ilmu pengetahuan pengetahuan berkaitan bayi. Justeru adalah penting untuk anda mengambil tahu beberapa fakta tentang bayi baru lahir yang kebiasaannya berlaku dan membuatkan ramai ibu risau.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • 5 faktatentang bayi baru lahir yang sering membuatkan ibu ayah risau

Mungkin ada dalam kalangan ibu ayah merasakan pelik tetapi sebenarnya ia perkara biasa. Justeru tidak perlu bimbang apabila melihat bayi anda mengalaminya.

5 fakta tentang bayi baru lahir yang sering membuatkan ibu ayah risau

Menerusi perkongsian Twitter, ada beberapa perkara ‘aneh’ tentang bayi baru lahir tetapi ia sebenarnya normal.

1- Darah pada lampin

Bayi perempuan mungkin alami beberapa kesan sampingan daripada hormon di dalam rahim. Situasi seakan haid ini adalah biasa kerana pengeluaran estrogen selepas dilahirkan.

Untuk bayi lelaki pula, ini boleh disebabkan oleh pergerakan usus yang kasar, yang boleh mengakibatkan calar atau luka pada dubur. Bayi yang baru disunatkan juga mungkin akan mengalami sedikit pendarahan pada lampinnya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pendarahan juga boleh terjadi jika bayi mengalami ruam lampin.

2- Cradle cap

Keadaan kulit yang menyebabkan tompok bersisik dan berkerak atau berminyak pada kepala bayi. Ia juga turut dikenali sebagai Seborrheic Dermatitis serta tidak menyakitkan atau menyebabkan kegatalan.

Tetapi tompokan berkerak berwarna putih atau kuning tebal agak sukar untuk ditanggalkan.

Ini berlaku kerana pengeluaran sebum yang berlebihan dan biasanya hilang dengan sendiri dalam tempoh beberapa minggu atau bulan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

3- Bintik putih

Tompokan putih halus atau dikenali dengan nama milia ialah keadaan bayi baru lahir yang sangat biasa terjadi. Biasanya akan muncul pada sekitar hidung dan mata.

50 peratus bayi mempunyai milia pada wajah mereka dan akan hilang dengan sendirinya dalam tempoh empat minggu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

4- Tompok Mongolia

Tompokan seakan lebam ini adalah tanda lahir yang dikenali sebagai congenital dermal melanocytosis atau lebih dikenali sebagai tompok Mongolia.

Biasanya muncul pada sekitar belakang badan, punggung atau bahu bayi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

5- Badan berbulu

Bulu halus atau lanugo ini adalah untuk mengekalkan suhu badan bayi dalam rahim sebelum kehadiran lemak tubuh yang biasanya gugur pada minggu-minggu terakhir kehamilan.

Tetapi anda mungkin dapat melihat saki bakinya pada belakang badan, lengan dan mungkin telinga bayi dan akan gugur dengan sendirinya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Antara kelima-lima ini, yang mana pernah dialami oleh ibu? Semoga ia memberi pengetahuan kepada ibu-ibu khususnya yang pertama kali bakal melahirkan bayi kelak. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Bakal Bersalin Tak Lama Lagi? Ini Senarai Keperluan Newborn Yang WAJIB Ibu Ayah Beli!

Baca juga:  Cara Jaga Bayi Newborn Supaya Kurang Fussy & Lebih Berdikari! Ibu Bapa WAJIB Baca

Baca juga:  Membawa Pulang Bayi Dari Hospital Menggunakan Car Seat Untuk Newborn, Ini Caranya