X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

Tanda Lahir Yang Dikenali Tompok Biru Mongolia Pada Bayi, Parents Kena Alert Tentang Kulit Anak

4 min bacaan
Tanda Lahir Yang Dikenali Tompok Biru Mongolia Pada Bayi, Parents Kena Alert Tentang Kulit AnakTanda Lahir Yang Dikenali Tompok Biru Mongolia Pada Bayi, Parents Kena Alert Tentang Kulit Anak

Baca dan belajar mengenai tanda lahir yang biasa muncul pada bayi anda.

Bayi yang baru lahir tidak sentiasa mempunyai kulit yang sempurna. Kering, mengelupas kulit dan jerawat adalah dua daripada ‘masalah’ yang kecil ini mungkin dihadapi. Selain akan adanya tanda lahir pada kulit mereka. 

Tanda lahir juga sering dilihat pada kulit yang baru lahir dan kadang-kadang, mungkin akan menimbulkan kebimbangan di kalangan ibu bapa, terutamanya jika tanda lahir yang mempunyai bentuk atau warna yang luar biasa.

Artikel ini adalah berkenaan sejenis tanda lahir biasa di kalangan bayi yang baru lahir semua – tompok biru Mongolia.

Apakah itu tanda lahir atau tompok biru Mongolia?

Juga dikenali sebagai ‘slate gray nevi’ dan secara normal dikenali sebagai melanositosis dermal, tompok biru Mongolia adalah sejenis tanda lahir berpigmen.

Seperti namanya, warnanya adalah kebiruan, bervariasi dari warna biru gelap ke warna kelabu cair dan selalunya warna rata di keseluruhan tanda lahir.

Tompok biru Mongolia mempunyai pelbagai saiz, lebar yang beberapa sentimeter dan tidak mempunyai penghujung yang jelas. Ia jugatidak timbul.

Kebiasaannya, tanda lahir ini berada di punggung dan/atau bahagian bawah belakang badan, tetapi kadang-kala ada juga di lengan dan kaki.

Ia selalunya terus ada semasa lahir atau muncul selepas beberapa ketika.

tanda lahir

Apakah puncanya?

Apabila bayi masih lagi di dalam kandungan, sel yang akan membentuk kulit naik di permukaan. Menurut pakar medikal:

“Satu sel yang dipanggil melanosit dermal bergerak ke lapisan atas sekali kulit di antara minggu ke 11 dan 14 kehamilan. Sel dermal ini selalunya muncul pada minggu ke 20 kehamilan. Doktor percaya yang tompok biru Mongolia adalah hasil dari sel-sel ini tidak bergerak ke lapisan teratas kulit dan tidak hilang.”

Dan kerana sel-sel ini terperangkap di dalam kulit, kawasan tersebut berwarna biru-kelabu.

Adakah tompok biru Mongolia normal?

Tanda lahir ini adalah normal di kalangan anak Asia, Timur Tengah, Afrika dan Mediteranian, dengan kadar tiga per empat dari kanak-kanak dari kumpulan ini dilahirkan dengannya, kata ahli medikal profesional.

Namun, tompok biru Mongolia adalah tidak normal di kalangan anak Eropah.

Ia boleh terjadi kepada dua-dua jantina tetapi lebih cenderung kepada lelaki, walaubagaimanapun, punca kemunculan ia adalah tidak diketahui.

Mitos tentang tompok biru Mongolia

Menurut mitos Korea, tompok ini muncul kerana roh bomoh kelahiran – Samshin halmi – menampar punggung bayi supaya dia wujud di dalam rahim ibunya!

Sementara di Cina, tompok biru ini dikenali sebagai ‘tanda’ (taiji). Ceritanya ialah apabila bayi dilahirkan, dia di’tepuk’ oleh Tuhan untuk memulakan hidup.

Dan mitos Jepun pula, tompok ini dikenali sebagai ‘punggung biru’ atau ‘asshirigaaoi’, dipercayai adalah tanda apabila ibu dan bapa melakukan hubungan seks semasa kehamilan.

Patutkah anda risau tentang tompok biru Mongolia bayi anda?

Bila melihat tanda lahir ini pada bayi anda yang baru lahir, mungkin anda akan risau kerana ia kelihatan seperti lebam, tetapi, tahulah yang ia bukan kanser, tidak menyakitkan dan tidak membahayakan kesihatan anak anda.

Kadang-kala, tompok ini di salah anggap dengan simptom tulang belakang yang dikenali sebagai ‘spina bifina occulta’.

Tetapi, menurut Asosiasi Spina Bifina. tompoknya akan kelihatan kemerahan dan bukan biru-kelabu seperti tompok biru Mongolia.

Selalunya, tompok ini akan hilang apabila anak anda mencapai usia lima tahun dan kebiasaanya hilang apabila remaja.

Jika ia masih ada apabila anak anda meningkat dewasa dan mengganggu keselesaan anak anda, beritahu pada doktor dan dengar pendapatnya.

Kadang-kala, tompok Mongolia dikaitkan dengan masalah metabolik yang sangat jarang berlaku iaitu muscopolysaccharidosis atau gangliosidosis.

Stories Rakan Kongsi
Vaksin Rotavirus, Langkah Berkesan Untuk Halang Kanak-kanak Maut Akibat Cirit-birit
Vaksin Rotavirus, Langkah Berkesan Untuk Halang Kanak-kanak Maut Akibat Cirit-birit
Seorang Doktor Yang Juga Seorang Ibu Menyarankan Ibu Bapa Semua Untuk Ambil Tahu Tentang Vaksin
Seorang Doktor Yang Juga Seorang Ibu Menyarankan Ibu Bapa Semua Untuk Ambil Tahu Tentang Vaksin
Rawatan Cirit Birit Di Rumah Mengikut Usia Anak, Ini Yang Ibu Bapa Perlu Tahu
Rawatan Cirit Birit Di Rumah Mengikut Usia Anak, Ini Yang Ibu Bapa Perlu Tahu
5 Cara Keluarkan Kahak Bayi, Ibu Kena Cuba!
5 Cara Keluarkan Kahak Bayi, Ibu Kena Cuba!

Jika anak anda mempunyai tompok biru Mongolia, dapatkan pengesahan doktor yang ia memang tompok biru Mongolia. Jika anda mulai perasan ia bertukar warna atau bentuk, anda perlu memberitahu doktor tanpa berlengah.

Mengapa ibu bapa patut mengambil gambar tompok ini semasa baru lahir?

Seperti yang telah dibincangkan di atas, tompok biru Mongolia mungkin kelihatan seperti lebam atau ‘kesan pukul’dan mungkin akan disalah anggap oleh mereka yang mengambil berat seperti cikgu atau pengasuh, jika tanda itu masih ada ketika anak anda sudah besar.

Untuk sebab ini, adalah dinasihatkan untuk mengambil gambar tanda ini ketika anak anda masih bayi dan simpan gambar tersebut.

Apabila dia sudah besar, dan anda mula memberinya kepada pengasuh untuk jagaan dan dia masih mempunyai tompok itu, adalah penting untuk anda nyatakan tentang kewujudan tompok ini kepada mereka.

Jika perlu, tunjukan gambar juga bagi mengelakan salah faham.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Indian Journal of Dermatology, Venereology and Leprology, Healthline.com 

Baca juga 

https://my.theasianparent.comparasit-di-tubuh-manusia

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Aqma

  • halaman rumah
  • /
  • Kesihatan
  • /
  • Tanda Lahir Yang Dikenali Tompok Biru Mongolia Pada Bayi, Parents Kena Alert Tentang Kulit Anak
Kongsikan:
  • Semua Tentang Tanda Lahir Pada Bayi Yang Ibu Bapa Perlu Tahu

    Semua Tentang Tanda Lahir Pada Bayi Yang Ibu Bapa Perlu Tahu

  • Bayi ini mempunyai tanda lahir berbentuk love yang comel sekali!

    Bayi ini mempunyai tanda lahir berbentuk love yang comel sekali!

  • Anak Baru Usia 4 Bulan, Ibu Tak Sedar Mengandung Lagi, Dapat Baby Kembar Pulak Tu!

    Anak Baru Usia 4 Bulan, Ibu Tak Sedar Mengandung Lagi, Dapat Baby Kembar Pulak Tu!

  • Budak Darjah 1 Duduk Asrama Terlalu Rindu Ibu Ayah, Dia Menangis Sampai Cium Dinding

    Budak Darjah 1 Duduk Asrama Terlalu Rindu Ibu Ayah, Dia Menangis Sampai Cium Dinding

app info
get app banner
  • Semua Tentang Tanda Lahir Pada Bayi Yang Ibu Bapa Perlu Tahu

    Semua Tentang Tanda Lahir Pada Bayi Yang Ibu Bapa Perlu Tahu

  • Bayi ini mempunyai tanda lahir berbentuk love yang comel sekali!

    Bayi ini mempunyai tanda lahir berbentuk love yang comel sekali!

  • Anak Baru Usia 4 Bulan, Ibu Tak Sedar Mengandung Lagi, Dapat Baby Kembar Pulak Tu!

    Anak Baru Usia 4 Bulan, Ibu Tak Sedar Mengandung Lagi, Dapat Baby Kembar Pulak Tu!

  • Budak Darjah 1 Duduk Asrama Terlalu Rindu Ibu Ayah, Dia Menangis Sampai Cium Dinding

    Budak Darjah 1 Duduk Asrama Terlalu Rindu Ibu Ayah, Dia Menangis Sampai Cium Dinding

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.