TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

6 benda anda TAK PATUT BUAT pada faraj anda, ia mengundang bahaya!

3 min bacaan
6 benda anda TAK PATUT BUAT pada faraj anda, ia mengundang bahaya!

Ramai wanita tidak tahu tentang miss V sendiri hingga sering melakukan 6 benda ini. Sedangkan, ia boleh bawa jangkitan pada faraj wanita anda!

Topik tentang faraj wanita merupakan satu topik taboo di Malaysia. Sebab itu ramai wanita yang rasa agak awkward nak bercakap tentangnya.

Tapi, keburukannya, ramai wanita tidak tahu tentang faraj mereka sendiri! Ia menyebabkan kita selalu melakukan benda terlarang pada miss V kita itu. Agak-agak, apa benda terlarang itu?

Sebelum kita berbincang lebih lanjut tentang apa benda yang TIDAK PATUT kita buat pada faraj, jom selami anatomi faraj ini terlebih dahulu.

Kawasan luar faraj di mana tumbuhnya bulu-bulu itu dipanggil sebagai vulva. Vulva terdiri daripada labia majora, labia minora (bibir faraj) dan klitoris.

fakta tentang vagina

Vulva biasanya dilindungi oleh bulu-bulu halus. Di vulva juga terdapat uretha di mana ia merupakan tempat anda kencing, dan vagina (faraj).

Vagina adalah satu benda yang anda tidak boleh nampak kerana ia satu lubang seakan tiub yang menghubungkan bahagian luar dan bahagian dalam sistem pembiakan anda. 

Ini antara 6 benda yang anda TIDAK PATUT buat pada faraj anda.

6 benda JANGAN SESEKALI buat pada faraj wanita

1. Jangan pakai shaver

Bulu-bulu kemaluan yang semakin panjang memang tidak menyelesakan. Anda akan rasa gatal. 

Waxing dan trimming merupakan kaedah terbaik untuk menjaga kebersihan bulu kemaluan. Namun, jangan sesekali pakai pencukur bulu lelaki!

Ia kerana pencukur itu dicipta untuk mencukur janggut yang kasar. Mata bilah shaver itu boleh menyebabkan luka dan ruam. 

Krim penanggal bulu juga satu pilihan yang baik. Tapi, pastikan ia sudah direka untuk digunakan pada bahagian faraj.

2. Jangan cuba bleaching, basuh guna sabun atau guna pencuci wanita!

Ramai wanita mengganggap bleaching, basuh faraj wanita dengan sabun atau guna pencuci wanita itu bagus.

Namun, anda sebenarnya salah! Keputihan yang anda alami adalah normal. Jika anda menggunakan sebarang produk kimia, ia akan mengganggu tahap pH dalam vagina anda sendiri!

3. Jangan korek-korek faraj juga! (douching atau meruang)

Image result for douching

Douching adalah satu amalan yang salah, tidak sihat dan tidak pernah diiktiraf doktor pakar. 

Jika anda mengamalkannya, berhenti! Ia mampu mendatangkan jangkitan pada faraj anda!

4. Cari cara yang selamat untuk memuaskan nafsu anda

Buah-buahan, sayur-sayuran dan manisan adalah benda untuk dimakan, bukannya untuk diletakkan pada faraj.

Jika anda tidak puas ketika berintiman dengan pasangan, cuba posisi lain atau dapatkan sex toys yang istimewa. Kepuasan selepas itu tidak terkata!

Guna pelincir jika ingin berasmara.

5. Faraj anda tak memerlukan pewangi

Ini kerana vagina memiliki keupayaan untuk mencuci dirinya sendiri. Apa yang penting, anda jangan ganggu tahap pH dalam faraj tersebut. 

Tapi jika faraj anda mengeluarkan bau yang kurang enak seperti bau hanyir, disertai dengan lelehan faraj yang tidak normal, maka segera dapatkan rundingan pakar.

6. Jangan ekstrem sangat dengan faraj

Berendam terlalu lama di dalam kolam renang atau jakuzi memang nampak macam seronok.

Tapi, air dalam kolam terbabit memiliki klorin dan ia boleh mengganggu keseimbangan tahap pH dalam vagina.

Lagipun, bakteria dalam air mampu memberi jangkitan yang tidak akan anda sangka! Jadi, jangan berendam dengan terlalu lama dan pastikan anda memakai bikini. Jangan bogel!

Semoga perkongsian kali ini berguna untuk menjaga kesihatan faraj wanita anda. Kongsikan ia dengan kawan-kawan perempuan anda ya!

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.com/jenis-keputihan-wanita

 

Stories Rakan Kongsi
Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
Resah dengan Bayi Anda Yang Sering Sakit? Tiba Masanya Anda Fokus Pada Kesihatan Ususnya
Resah dengan Bayi Anda Yang Sering Sakit? Tiba Masanya Anda Fokus Pada Kesihatan Ususnya
Penyakit Biasa Dalam Kalangan Kanak-Kanak & Vaksinasi-Vaksinasi Penting Untuk Melindungi Daripadanya
Penyakit Biasa Dalam Kalangan Kanak-Kanak & Vaksinasi-Vaksinasi Penting Untuk Melindungi Daripadanya
ROTAVIRUS: Punca Utama Cirit-birit pada Kanak-kanak
ROTAVIRUS: Punca Utama Cirit-birit pada Kanak-kanak

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Ayu Idris

  • halaman rumah
  • /
  • Kesihatan
  • /
  • 6 benda anda TAK PATUT BUAT pada faraj anda, ia mengundang bahaya!
Kongsikan:
  • Pentingnya Suplemen Vitamin D! Ini Manfaat, Dos Terbaik & Pilihan Popular Di Malaysia

    Pentingnya Suplemen Vitamin D! Ini Manfaat, Dos Terbaik & Pilihan Popular Di Malaysia

  • Bukan Sekadar Gigitan – Kos Tersembunyi Denggi untuk Keluarga di Malaysia

    Bukan Sekadar Gigitan – Kos Tersembunyi Denggi untuk Keluarga di Malaysia

  • Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
    Stories Rakan Kongsi

    Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi

  • Pentingnya Suplemen Vitamin D! Ini Manfaat, Dos Terbaik & Pilihan Popular Di Malaysia

    Pentingnya Suplemen Vitamin D! Ini Manfaat, Dos Terbaik & Pilihan Popular Di Malaysia

  • Bukan Sekadar Gigitan – Kos Tersembunyi Denggi untuk Keluarga di Malaysia

    Bukan Sekadar Gigitan – Kos Tersembunyi Denggi untuk Keluarga di Malaysia

  • Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
    Stories Rakan Kongsi

    Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham