Fibroid Ketika Hamil, Adakah Ibu Perlu Melalui Proses Pembedahan & Bersalin Secara Czer?

Fibroid ketika hamil boleh membahayakan bayi dalam kandungan sekiranya ia membesar dalam rahim. Ibu perlulah melakukan pemeriksaan berkala

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Fibroid ketika hamil boleh membuatkan ibu risau, lebih-lebih lagi jika ia adalah pengalaman kali pertama anda. Untuk pengetahuan anda, fibroid adalah ketumbuhan tidak berbahaya yang mengandungi tisu-tisu otot dan berlaku di dalam rahim.

Apa itu fibroid? Maksud fibroid adalah sejenis otot dan tisu berserabut yang terdapat di dalam atau di luar dinding uterus. Tumor fibroid juga boleh dirujuk sebagai leiomyoma atau myoma. 

Walau bagaimanapun maksud fibroid ini bukanlah kanser. Pesakit boleh dirawat melalui pembedahan (melihat pada jenis dan lokasi fibroid) atau tanpa pembedahan.

Fibroid ketika hamil 

#1: Fibroid adalah perkara biasa

Hampir 50-80% wanita  mempunyai fibroid dan keadaan ini merupakan perkara normal. Penyakit fibroid berlaku pada seorang daripada setiap lima orang wanita di bawah umur 50 tahun.

Sebanyak 20% wanita dalam lingkungan usia reproduktif, iaitu 30 hingga 40 tahun menghidap penyakit fibroid. Pada usia melebihi 35 tahun, kejadian fibroid berlaku secara lebih kerap, iaitu menjangkau sebanyak 40%.

Mereka yang berisiko untuk menghidap fibroid ialah :

1. Wanita pada usia subur (30 hingga 40 tahun)
2. Wanita yang berlebihan berat badan
3. Wanita yang mempunyai ahli keluarga dengan sejarah penyakit fibroid
4. Wanita yang tidak pernah melahirkan anak

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#2: Fibroid boleh berubah saiz

Sesetengah fibroid kecil seperti kacang, sementara yang lain boleh jadi besar seperti limau gedang. Walaupun kebanyakan fibroid tidak akan berkembang, sekitar 1/3 boleh tumbuh pada trimester pertama kehamilan.

Fibroid yang berlaku semasa mengandung adalah paling bermasalah, kerana ia boleh mengakibatkan risiko keguguran.

Menurut Dr Zubaidi, saiz dan pembesaran fibroid bergantung pada aras hormon estrogen di dalam badan. Kebanyakan fibroid tidak akan membesar ketika hamil.

Sebahagian kecil pula menghadapi pembesaran fibroid dalam tempoh tiga bulan pertama kehamilan akibat pengaruh hormon estrogen yang berada pada aras yang tinggi ketika awal kehamilan.

Memandangkan saiz dan jumlah fibroid berbeza, tanda-tanda penyakit juga berlainan pada setiap wanita, malah kedudukan fibroid juga boleh memberi kesan berlainan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#3 Fibroid boleh menimbulkan masalah

Pakar kesihatan reproduktif dan wanita, Doktor Andrew Orr, mengesyorkan wanita berdepan masalah fibroid rahim awal perlu mengeluarkan fibroid sebelum mengandung bagi mengurangkan kemungkinan keguguran.

Hal ini kerana fibroid dalam rahim menyebabkan kehamilan ektopik. Jika fibroid membesar, ia boleh membahayakan janin bahkan menyebabkan keguguran.

#4: Anda Tidak Perlu Rawatan, Hanya Rujuk Pakar

Bagi kebanyakan wanita, fibroid dalam rahim tidak memerlukan sebarang rawatan. Ia boleh dibuang melalui pembedahan, sama ada sebelum atau selepas kehamilan.

Ini terutamanya bagi wanita dengan fibroid rahim besar yang menyebabkan rasa sakit, pendarahan semasa hamil atau menjejaskan kesuburan (contohnya fibroid rahim yang menghalang tiub fallopian).

Anda tidak boleh menjalani pembedahan rahim untuk mengeluarkan fibroid dalam rahim semasa kehamilan.

Sekiranya ibu mengalami kesakitan dan pendarahan semasa hamil akibat fibroid rahim, doktor mungkin mencadangkan pelan rawatan dan ubat sakit yang selamat untuk ibu mengandung.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#5 Komplikasi mungkin ada, tapi tiada jaminan

Bagi wanita yang mempunyai fibroid kecil, risiko yang dijangkakan semasa kehamilan adalah sedikit sahaja.

Malah bagi wanita yang mempunyai fibroid besar juga berisiko rendah, tetapi saiz dan lokasi fibroid sebenarnya yang menjadi masalah.

Hal ini kerana ia boleh menyebabkan risiko keguguran, pembatasan pertumbuhan uterus, kelahiran bayi kurang matang, posisi bayi songsang, pendarahan selepas bersalin berat atau bahkan histerektomi.

#6 Fibroid boleh berubah saiz

Hormon kehamilan boleh menyebabkan fibroid membesar atau mengecut. Doktor akan memantau fibroid untuk melihat sama ada perubahan ini boleh meningkatkan risiko komplikasi terhadap ibu dan bayi.

Sekiranya fibroid berada berhampiran bahagian bawah rahim, berhampiran dengan serviks, perubahan ini boleh menghalang laluan bayi ke saluran kelahiran.

#7 Fibroid tidak bermakna anda perlu bersalin secara caesar

Walaupun anda berisiko berhadapan czer, ramai wanita dengan fibroid rahim dapat melalui proses kelahiran secara normal.

Jika saiz dan lokasi fibroid tidak menghalang serviks, ataupun keupayaan bayi untuk bergerak ke kedudukan yang optimum, anda masih berpeluang  bersalin normal.

#8: Tiada penyembuhan yang segera

Diet amat berkait dengan fibroid, kerana tahap insulin yang tinggi menyebabkan tahap estrogen tinggi, dan itulah menjadikan pertumbuhan fibroid – persekitaran estrogen yang tinggi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Oleh itu, ambil makanan GI yang rendah sepanjang kehamilan bagi mengelakkan penyakit fibroid ini semakin berkembang.

Risiko ketumbuhan dalam rahim ketika mengandung

Wanita hamil umumnya hanya mengetahui mempunyai fibroid ketika menjalani ujian ultrabunyi dan tidak mengalami masalah ketika hamil. Fibroid biasanya akan mengalami pengecutan selepas kelahiran anak.

Oleh itu bagi wanita hamil yang mengalami fibroid, mereka haruslah melakukan pemeriksaan berkala untuk memastikan pembesaran janin berlaku dengan baik.

Ada beberapa risiko yang berkemungkinan terjadi sekiranya saiz fibroid dalam rahim semakin membesar. Antaranya:

  • Keguguran

Keguguran boleh berlaku terutama bagi fibroid jenis submukosa yang membesar di dalam kaviti (rongga) rahim.

Ia menyebabkan lapisan endometrium dalam rahim menjadi nipis dan menghalang bekalan darah yang mencukupi untuk tumbesaran janin tersebut.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Tumpah darah selepas bersalin

Selepas melahirkan bayi, ketumbuhan dalam rahim seperti fibroid akan mengalami masalah untuk mengecut. Ini boleh menyebabkan ‘tumpahan darah’ selepas bersalin.

  • Kontraksi awal dan bayi pramatang

Fibroid juga merangsangkan pengecutan rahim (kontraksi) lebih awal sebelum waktu yang sepatutnya dan boleh menyebabkan kelahiran pramatang.

Fibroid boleh menyebabkan kedudukan bayi menjadi melintang atau songsang.

Adakah ibu mengandung perlu dibedah?

Pembedahan untuk membuang fibroid tidak akan dilakukan semasa hamil. Jika kelahiran perlu dilakukan melalui pembedahan caesarean, pembedahan membuang fibroid (miomektomi) tidak dilakukan pada masa yang sama.

Hal ini bertujuan untuk mengelakkan perdarahan yang banyak dan sukar dikawal. Pembedahan hanya boleh dilakukan selepas ibu bersalin (sekiranya fibroid tersebut sangat berbahaya jika tidak dibuang)

Punca fibroid

Mengulas lanjut, Pakar Sakit Puan dan Perbidanan, Hospital Az-Zahrah, Bangi, Dr Noraini Nor, punca fibroid yang sebenar tidak dapat dikenal pasti secara tepat. Namun, kemungkinan terdapat faktor genetik dan persekitaran mempengaruhi seperti hormon estrogen berlebihan.

Hormon estrogen dan progesteron adalah hormon yang dihasilkan oleh ovari. Mereka menyebabkan lapisan rahim bertumbuh semula semasa setiap kitaran haid dan boleh merangsang pertumbuhan fibroid.

Selain itu, punca fibroid juga dikaitkan dengan:

  • Faktor keturunan: fibroid boleh berlaku di dalam keluarga. Jika ibu, kakak, atau nenek anda mempunyai fibroid, anda juga boleh menghadapinya.
  • Kehamilan: kehamilan meningkatkan pengeluaran estrogen dan progesteron dalam badan anda. Fibroid dalam rahim boleh berkembang dan berkembang dengan pesat semasa anda mengandung. Ia juga cenderung untuk berkembang apabila seorang wanita mengambil pil kawalan kelahiran yang mengandungi estrogen.
  • Obesiti: berat badan berlebihan boleh menjadi penyebab fibroid.

Tanda fibroid

Ada beberapa tanda tanda fibroid yang perlu anda waspada iaitu:

  • Sembelit
  • Kerap buang air kecil
  • Sakit dan pendarahan yang banyak ketika datang haid
  • Tanda fibroid: Sakit pada tulang pinggang
  • Sukar untuk buang air kecil
  • Sakit pada kaki dan punggung
  • Tekanan pada dubur
  • Tanda tanda fibroid: Sukar buang air besar
  • Perut kembung
  • Sakit ketika melakukan hubungan kelamin

Tanda fibroid pecah

Masalah fibroid dalam rahim bergantung kepada jumlah hormon estrogen. 

Walaupun ia seringkali tidak bersifat bahaya, namun fibroid rahim yang tidak dirawat dan dipantau boleh menyebabkan masalah menjadi teruk.

Antara tanda fibroid pecah adalah:

  • Demam
  • Sel darah putih lebih tinggi
  • Sakit pada bahagian perut
  • Tanda fibroid pecah: Pendarahan yang banyak dan ketara

Adakah tanda fibroid pecah berbahaya?

Fibroid yang pecah boleh menyebabkan komplikasi teruk jika tidak dirawat. Apabila pecah, ia mampu menyebabkan kehilangan darah yang boleh mengancam nyawa.

Jika anda mengalami masalah sakit perut secara tiba-tiba, segera berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan.

Selain itu tanda fibroid pecah juga boleh menyebabkan risiko kesihatan yang serius sekiranya anda hamil.

Ini kerana peningkatan tekanan di dalam saluran darah boleh menyebabkan fibroid pecah ketika kehamilan.

Tanda fibroid mengecut

Fibroid yang masih kecil tidak menimbulkan masalah atau mengganggu wanita tidak perlu dibuang.

Namun, pesakit perlu mendapatkan pemantauan doktor dalam tempoh empat ke enam bulan untuk melihat saiznya. Biasanya fibroid akan mengecil dan hilang selepas menopaus.

Jika saiznya semakin membesar sehingga menyebabkan perubahan fizikal seperti orang mengandung, doktor akan mencadangkan agar ia dibuang.

“Pembedahan membuang fibroid juga disaran jika pendarahan haid terlalu banyak sehingga pesakit memerlukan bekalan darah atau menyebabkan ketidakselesaan,” katanya.

Sekiranya pembedahan terpaksa dilakukan, doktor akan memastikan sama ada hanya fibroid dibuang atau membabitkan keseluruhan rahim. Bagi yang berusia 40 tahun ke atas dan fibroid semakin membesar, pembuangan rahim adalah jalan terbaik.

Semoga bermanfaat!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia