12 Gaya Hidup Mempengaruhi Kesuburan Wanita & Lelaki, Pasangan TTC Wajib Tahu!

Gaya hidup mempengaruhi kesuburan wanita dan lelaki dalam usaha menimang cahaya mata. Pasangan ikhtiar hamil dinasihat menjaga tabiat harian

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Perjalanan untuk menjadi ibu bapa adalah perjalanan yang sangat peribadi dan sering mencabar. Walaupun kemajuan perubatan dapat membantu pasangan ikhtiar hamil, beberapa faktor gaya hidup mempengaruhi kesuburan.

Menurut laporan oleh Astro Awani, kadar Kesuburan Jumlah (KKJ) bagi wanita di Malaysia terus menurun sejak lima dekad lepas dan jika trend ini berterusan, dijangka kadar pertumbuhan tahunan penduduk kekal menurun hingga mencecah paras 0.7 peratus pada 2050.

Gaya hidup mempengaruhi kesuburan

Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Dr Maziah Che Yusoff berkata, KKJ di Malaysia telah menurun dengan pesat daripada 6.7 anak bagi seorang wanita pada 1957 kepada 4.0 anak pada 1980, 3.0 anak (2000), 2.1 anak (2010) dan 1.7 anak (2021).

Masalah kesuburan lelaki di Malaysia turut berada di tahap yang membimbangkan. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Aiman Athirah Sabu, menjelaskan melalui Berita Harian, berdasarkan data ujian analisis sperma makmal Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Malaysia (LPPKN) yang mendapati sebanyak 60 peratus menunjukkan keputusan abnormal.

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, TFR ( kadar kesuburan keseluruhan) tertinggi dicatatkan etnik Melayu iaitu 2.1 anak bagi setiap perempuan berumur 15 hingga 49 tahun, manakala Cina merekodkan TFR terendah iaitu 0.8 anak.

Apa itu gaya hidup

Gaya hidup merujuk kepada cara individu atau kumpulan individu menjalani kehidupan mereka, termasuk pilihan harian, aktiviti dan tingkah laku yang mempengaruhi kesejahteraan dan kualiti hidup.

Gaya hidup melibatkan keputusan dan tindakan yang kita buat setiap hari dalam pelbagai aspek kehidupan, termasuk kesihatan fizikal dan mental, pemakanan, aktiviti fizikal, perhubungan sosial, aktiviti rekreasi, pengisian masa lapang dan banyak lagi.

Gaya hidup yang mempengaruhi kesuburan

#1. Tabiat pemakanan 

Pemakanan yang seimbang adalah penting untuk kesihatan reproduktif. Pada wanita, pemakanan tidak sihat boleh mengakibatkan kitaran haid tidak teratur, menyebabkan anda berdepan kesukaran meramal tingkap subur dengan tepat.

Kekurangan vitamin dan mineral penting boleh menyebabkan disfungsi ovulasi. Pada lelaki, pemakanan yang tidak mencukupi boleh menyumbang kepada pengurangan pengeluaran dan kualiti sperma.

Nutrien seperti zink, selenium, dan folat adalah penting untuk kesihatan sperma.

#2. Pengambilan kafein 

Kajian tentang kesan kafein terhadap kesuburan wanita adalah bercampur-campur. Sesetengah kajian mendapati bahawa kafein yang tinggi berupaya menyebabkan masa yang lebih lama untuk hamil dan peningkatan risiko keguguran.

Walau bagaimanapun, bukti tidak sepenuhnya konsisten, dan adalah penting untuk mempertimbangkan perbezaan individu dalam metabolisme kafein.

Justeru untuk meningkatkan prospek kesuburan, anda disaran mengehadkan pengambilan kafein, termasuk kopi, teh atau minuman coklat kepada tahap sederhana.

#3. Sering terdedah suhu yang panas

Gaya hidup mempengaruhi kesuburan yang seterusnya adalah terdedah suhu panas. Aktiviti seperti sauna, berendam dalam air panas ataupun pekerjaan di bawah matahari terik berpanjangan boleh menjejaskan kesuburan lelaki dan wanita.

Untuk pengetahuan anda, sperma lelaki amat sensitif pada suhu. Ia sepatutnya lebih rendah daripada suhu badan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Haba yang berpanjangan dalam testis boleh mengganggu pengeluaran sperma dan kualiti sperma.

Mereka yang terdedah kepada suhu tinggi seperti pekerja di tapak pembinaan (site) atau penunggang motosikal yang kerap memakai pakaian ketat, mungkin menghadapi risiko yang lebih tinggi untuk masalah kesuburan.

#4. Stress berlebihan

Stres berlebihan atau tekanan kronik boleh menyebabkan ketidakseimbangan hormon dalam badan, mengganggu ovulasi wanita dan menjejaskan kualiti sperma lelaki.

Tahap tekanan yang tinggi menyebabkan peningkatan pengeluaran hormon berkaitan tekanan seperti kortisol. Ia boleh mengganggu keseimbangan paksi hipotalamus-pituitari-ovari, yang penting untuk ovulasi normal.

Tekanan kronik pada lelaki boleh mengakibatkan disfungsi erektil dan penurunan kualiti sperma.

#5. Hamil lewat usia

Menurut Vistana Fertility Centre, wanita yang dalam lingkungan usia pertengahan 20-an mempunyai peratusan 25 - 30% peluang untuk hamil setiap bulan.

Namun begitu pada usia awal 30-an, kesuburan mula menurun dan lebih lagi selepas usia 35 tahun. Malah, wanita hanya mempunyai peratusan 5% sahaja peluang untuk hamil pada usia 40 tahun.

Hal ini terjadi kerana simpanan dan kualiti telur berkurang seiring dengan pertambahan usia.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#6. Merokok

Lelaki yang merokok boleh menyebabkan kesuburan menurun. Hal ini kerana ia boleh menjejaskan kualiti sperma, termasuk motilitas dan morfologi, dan mengurangkan bilangan sperma. 

Bukan itu sahaja, bahan berbahaya dalam tembakau boleh merosakkan DNA sperma, yang berpotensi membawa kepada masalah kesuburan. 

Bagi wanita, merokok boleh mengurangkan rizab ovari, meningkatkan risiko keguguran, dan membawa kepada menopaus awal.

Bahan kimia toksik dalam rokok, termasuk nikotin dan karbon monoksida, boleh merosakkan DNA dalam telur dan menjejaskan lapisan rahim, menjadikannya kurang menerima implantasi.

#7. Kurang aktiviti fizikal

Gaya hidup tidak aktif atau tidak melakukan aktiviti fizikal dengan kerap boleh menyebabkan masalah berat badan berlebihan dan masalah kesihatan lain yang memberi kesan negatif pada kesuburan.

Senaman yang kerap adalah penting untuk mengekalkan berat badan yang sihat dan menggalakkan kesihatan reproduktif secara keseluruhan.

Senaman membantu dalam mengurangkan tekanan dan meningkatkan peredaran darah, yang boleh menyokong sistem pembiakan yang sihat.

#8. Berat badan berlebihan

Berat badan berlebihan atau obesiti menjadi cabaran besar pada kesuburan. Lemak badan yang berlebihan menyumbang kepada ketidakseimbangan hormon, terutamanya pengeluaran insulin dan androgen berlebihan, yang boleh menghalang ovulasi normal pada wanita.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Masalah kesihatan seperti sindrom ovari polikistik (PCOS), yang sering dikaitkan dengan berat badan berlebihan dan obesiti adalah punca biasa ketidaksuburan.  Tisu lemak yang berlebihan dalam individu obes boleh menghasilkan dan menyimpan hormon yang mengganggu sistem endokrin.

Manakala pada lelaki, masalah berat badan berlebihan boleh menyebabkan tahap testosteron yang lebih rendah, menjejaskan pengeluaran dan kualiti sperma.

#9. Masalah kurang berat badan

Kurang berat badan juga boleh menyebabkan masalah kesuburan. Berat badan yang rendah boleh mengakibatkan ketidakseimbangan hormon yang menjejaskan ovulasi dan kitaran haid wanita.

Bagi wanita, lemak badan yang tidak mencukupi boleh menyebabkan penurunan pengeluaran estrogen, yang boleh mengganggu kematangan dan pembebasan telur.

Pada lelaki, kekurangan berat badan boleh menyumbang kepada penurunan kualiti dan motilitas sperma.

#10. Pengambilan alkohol

Pengambilan alkohol berlebihan boleh menyebabkan gangguan dalam pengawalan hormon pada lelaki dan wanita, yang menjejaskan kesuburan.

Pada wanita, kesan alkohol berlebihan mengakibatkan haid tidak teratur dan masa yang lama untuk hamil. Ia juga boleh meningkatkan risiko keguguran.

Pada lelaki, alkohol boleh menjejaskan sistem endokrin, yang membawa kepada penurunan kualiti sperma, motilitas, dan jumlah.

#11. Pendedahan toksin persekitaran

Pendedahan kepada toksin alam sekitar seperti racun perosak, bahan pencemar industri dan bahan kimia yang mengganggu endokrin boleh membahayakan organ pembiakan dan mengganggu keseimbangan hormon yang diperlukan untuk kesuburan.

#12. Jangkitan seksual (Sexually Transmissible Infection)

Jangkitan seksual, seperti klamidia dan gonorea boleh merosakkan organ pembiakan, menyebabkan keradangan dan parut.

Pada wanita, jangkitan ini boleh mengakibatkan keadaan seperti penyakit radang pelvis (PID), yang boleh menyekat tiub fallopio dan menyebabkan ketidaksuburan.

Pada lelaki, STI boleh merosakkan epididimis, tiub yang membawa sperma dari testis, menyebabkan masalah kualiti sperma.

Bila perlu jumpa pakar kesuburan

Berikut ialah beberapa situasi di mana anda mungkin perlu berjumpa pakar kesuburan:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Jika anda telah mencuba untuk hamil selama lebih daripada setahun (atau selama enam bulan jika anda berumur lebih daripada 35 tahun) tidak berjaya, adalah dinasihatkan untuk berjumpa pakar kesuburan.
  • Jika mempunyai sejarah kesihatan masalah kesuburan seperti endometriosis, fibroid rahim, PCOS (Polycystic Ovarian Syndrome), gangguan hormon, atau masalah kesuburan lain.
  • Jika anda menjalani pembedahan atau rawatan perubatan berkaitan kesuburan dan ingin memastikan keberkesanannya atau kesan jangka panjang.
  • Mengalami simptom seperti haid tidak teratur, sakit perut teruk semasa haid, sakit pelvis, atau gejala lain yang berkaitan dengan masalah kesuburan.
  • Merancang melakukan prosedur pembiakan yang dibantu seperti IVF (In Vitro Fertilization), IUI (Intrauterine Insemination), atau penggantian telur, anda perlu berjumpa dengan pakar kesuburan untuk merancang dan memantau prosedur tersebut.

Kesimpulannya, menyedari kesan faktor gaya hidup mempengaruhi kesuburan adalah penting dalam proses ikhtiar hamil (TTC).

Jika anda dan pasangan telah mendirikan rumah tangga selama setahun ke atas dan masih gagal hamil, kami nasihatkan untuk mendapatkan bimbingan pakar kesuburan. Mereka akan melakukan pemeriksaan, memberikan nasihat dan mencadangkan kaedah rawatan bersesuaian dengan masalah dihadapi.

Semoga artikel ini bermanfaat.

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 11 Risiko Hamil Lewat Di Usia 35 Tahun Ke Atas (Geriatric Pregnancy), Ibu Sila Waspada

Baca juga: Kitaran Haid Wanita & Kesihatan Seksual: Fasa Kitaran, Kesan Serta Masalah Berkaitan Haid

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Baca juga: 15 Makanan Untuk Kesuburan Wanita & Lelaki, Pasangan TTC Perlu Sama-Sama Amalkan