"Jangan Sikat Rambut Anak Masa Bayi, Nanti Gigi Jarang,''-Ini Penjelasan Dari Doktor

Gigi jarang pada anak kecil dikatakan berpunca daripada tabiat menyikat rambut anak ketika masih bayi. Sejauh manakah kebenarannya?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mesti ada yang pernah dengar petua orang tua-tua dulu yang tidak membenarkan ibu bapa baru menyikat rambut bayi mereka kerana takut berlakunya gigi jarang.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Gigi jarang sebab ibu sikatkan rambut masa bayi?
  • Susunan gigi jarang pada bayi kerana saiznya yang kecil
  • Ugly duckling stage, semua bayi dan kanak-kanak mengalaminya
  • Tips penjagaan gigi anak sejak bayi

Sejauh manakah kebenaran dan kaitan antara menyikat rambut dengan pertumbuhan gigi anak? Mungkin ramai ibu tidak tahu akan hal ini akan teruja membeli peralatan bayi yang lengkap termasuklah sikat rambut.

Gigi jarang sebab ibu sikatkan rambut masa bayi?

Mungkin ada yang benar-benar ikut petua ini, risau juga sekiranya gigi anak terlalu jarang. Bagaimana pula mereka nak mengunyah.

Hakikatnya menurut doktor pergigian, Dr Iqbal Rosali, ini adalah mitos. Sikat rambut tidak ada kaitan dengan pertumbuhan gigi sebenarnya.

Susunan gigi jarang pada bayi kerana saiznya yang kecil

Gigi susu jarang-jarang sebab saiz gigi susu yang kecil. Tetapi tulang rahang mulut semakin membesar mengikut umurnya. Makin besar anak, makin nampak jarang pada susunan gigi susu.

Disebabkan itu kita nampak anak yang berusia tiga hingga lima tahun gigi mereka comel saja jarang-jarang. Menurut doktor ini, gigi susu terdapat sebanyak 20 batang manakala gigi kekal sekurang-kurangnya ada 28 batang.

Daripada segi saiz, saiz gigi kekal juga lebih besar. Ruang antara gigi susu dan rahang yang membesar adalah untuk persediaan gigi kekal untuk tumbuh. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ugly duckling stage, semua bayi dan kanak-kanak mengalaminya

Apabila usia anak anda mencapai antara 7 hingga 9 tahun, gigi anak akan makin tidak cantik susunannya. Ada gigi tumbuh, ada yang tanggal dan nampak tidak sempurna.

Apabila gigi kacip tumbuh, nampak besar semacam pula, yang mana ini dipanggil ugly duckling stage. Disebabkan itulah pentingnya ibu bapa tahu mengenai gigi anak seperti bila gigi susu akan tanggal dan bila pula gigi kekal keluar.

Menurut doktor ini,ibu bapa yang bimbangkan susunan gigi anak itu bagus dan tidak salah pun mereka prihatin mengenai susunan gigi anak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tetapi apa yang penting dan paling utama adalah jaga kebersihan gigi, bawa anak periksa gigi dan biasakan anak-anak dengan suasana klinik gigi.

Walaupun gigi tidak rosak, bawa sahaja untuk diperiksa. Kalau semua okay, anak happy, ibu ayah pun happy.

Tips penjagaan gigi anak sejak bayi

#1. Bersihkan bahagian dalam mulut bayi

Seawal usia bayi, jadikan kebiasaan untuk membersihkan mulut bayi iaitu gusi, bahagian dalam pipi serta lidah bayi dengan kain bersih yang lembut dan lembab. Lakukan selepas bayi menyusu dan sebelum waktu tidur.

Rutin ini bertujuan untuk membiasakan bayi bahawa akan terdapat sesuatu benda masuk ke dalam mulutnya semasa proses membersihkan mulutnya itu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#2. Berus atau gosok gigi bayi apabila gigi mula tumbuh

Sebaik sahaja gigi susu bayi mula tumbuh, ibu bapa sudah boleh mula memberus gigi bayi walaupun pada ketika itu bayi hanya mempunyai sebatang gigi sahaja.

Pada peringkat permulaan, ibu bapa boleh menggunakan berus gigi jenis sarung pada jari agar lebih mudah untuk ibu atau bapa menggosok gigi anak.

Seterusnya, apabila sudah mahir memberus gigi anak dengan menggunakan berus gigi kanak-kanak yang sesuai, ajarkan anak untuk memberus gigi mereka sendiri. Pastikan semua permukaan gigi diberus.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jangan biarkan anak memberus gigi mereka sendiri tanpa seliaan ibu bapa. Ibu bapa perlu menyelia mereka di mana selepas selesai memberus gigi, ibu bapa perlu memeriksa gigi anak-anak. Pastikan gigi mereka bersih dan tiada lagi plak atau tahi gigi yang berwarna putih dan kuning melekat di permukaan gigi terutamanya di kawasan leher gigi (kawasan yang berdekatan dengan gusi).

#3. Guna ubat gigi bila anak sudah boleh meludah

Hanya gunakan ubat gigi jika kanak-kanak sudah pandai meludah. Menurut American Dental Association, untuk usia di bawah 3 tahun, saiz ubat gigi adalah umpama sebutir beras manakala usia atas 3 tahun adalah sebesar kacang pea.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The Asianparent Malaysia

Baca juga:  Panduan Gigi Sihat Untuk Si Kecil Anda Harus Tahu

Baca juga:  Ibu Ayah Jangan Malas Gosok Gigi Bayi! Ini Cara Penjagaan Gigi Bayi Yang Betul

Baca juga:  Gigi Bayi Belum Tumbuh Walaupun Umur Sudah Masuk 8 Bulan, Perlukah Ibu Risau?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Lala Annuar