X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Risau Luka Kencing Manis Lambat Sembuh, Ini 5 Pantang Yang Harus Diperhati

4 min bacaan
Risau Luka Kencing Manis Lambat Sembuh, Ini 5 Pantang Yang Harus Diperhati

Ini beberapa pantang yang harus anda ambil peduli terutama bagi pesakit diabetes.

Penyakit Diabetes Mellitus atau kencing manis muncul apabila insulin dalam badan seseorang individu tidak mencukupi atau tidak dapat mengawal paras gula dalam darah hingga menyebabkan beberapa implikasi seperti penglihatan kabur, penyakit kulit, luka lambat sembuh, jangkitan dalam sistem pembuangan dan mengalami kebas di kaki.

Dalam perkongsian Dr Mahathir Ahmad dalam facebook miliknya, beliau berkongsi 5 pantang jika pesakit sedang dalam proses rawatan luka akibat kencing manis.

Pesakit kencing manis kebas & tak rasa sakit

gula dalam darah tinggi

Menurut Dr Mahathir Ahmad, bukan semua doktor atau pakar boleh merawat penyakit ini dan bukan sebarang jururawat boleh buat dressing. Hal ini kerana, semuanya memerlukan kepakaran untuk menolong pesakit yang ada gula dalam darah yang tinggi.

Kalau nak tahu luka kencing manis ini istimewa kerana walaupun telah berlubang, bernanah, berulat dan luka teruk namun pesakit tidak akan rasa sakit kerana kaki mereka telah kebas. Disebabkan tidak sakit, maka pesakit dinasihatkan agar tidak memijak atau berjalan di tapak kaki yang masih belum pulih sepenuhnya.

Gula dalam darah tinggi, ini 5 pantang merawat luka kencing manis

kencing manis#1. Pantang pertama : Elakkan makanan yang mengandungi gula tinggi

Pantang pertama yang harus dipatuhi pesakit adalah elakkan makanan yang mengandungi tinggi gula terutama yang menggunakannya secara berlebihan.

Ini kerana, ada sesetengah pesakit yang sudah teruk sekalipun masih degil mengambil makanan yang tinggi gula, berlemak, bersantan dan sebagainya. Jadi kalau pantang pertama ini pun susah nak ikut maka luka susah nak sembuh dan mengambil masa yang sangat lama.

#2. Pantang kedua : Jangan memijak dengan kaki yang sudah luka

Pantang yang seterusnya, jangan sesekali menggunakan kaki yang sedang dirawat atau luka kerana pesakit mesti alihkan tekanan terhadap luka tersebut.

Istilah off lading adalah amat penting bagi merawat pemulihan luka kencing manis kerana luka tidak boleh sembuh jika tekanan berterusan ke atasnya.

Sebelum itu, mengapa kaki sahaja yang terlibat dengan kes kencing manis ini? Ini kerana manusia berjalan dengan menggunakan dua kaki yang diseimbangkan dengan ibu jari atau posisi tulang di kaki yang direka oleh Tuhan Yang Maha Esa.

Jadi bila pesakit sudah lama menghidap kencing manis posisi ini akan mula jatuh dan bermulalah masalah yang rumit iaitu Diabetic Neuropathy atau masalah sistem saraf di bahagian kaki akan bermula.

Turutannya seperti berikut:

Kencing manis – sistem saraf kaki terlibat – sistem sokongan kaki mula runtuh – Luka kencing manis akan berlaku sama ada tercucuk paku, potong kuku, infaksi celah kuku jari, kasut ketat dan lain-lain.

#3. Pantang ketiga : Dressing tidak boleh ketat dan jangan tarik bandage

pesakit diabetes

Kebiasaannya peringkat awal luka akan mempunyai infaksi kuman yang bersaiz tebal dan besar. Malah pesakit yang kronik juga mempunysi saluran darah yang kecil dan tersumbat. Jadi seharusnya dressing tidak terlalu ketat dan jangan tarik bandage.

Ini kerana jika bandage terlalu ketat, esoknya anda akan lihat jari-jari lain yang luka lambat pulih sebab darah tak boleh mengalir.

#4. Pantang keempat : kuman bukan senang nak dimusnahkan

Walaubagaimanapun tiada sebarang magic untuk mengubati luka kencing manis kerana luka ini bukan biasa-biasa malah ia boleh membinasakan seluruh kehidupan kita.

Malah pesakit diabetes boleh sampai jadi sepsis dan masuk ICU kerana kuman pada luka tersebut berbahaya dan tidak mudah untuk dimusnahkan.

#5. Pantang kelima : Ambil high protein diet

Dari sudut pemakanan pula hanya makanan dan minuman bergula tinggi saja yang perlu dikurangkan. Selain itu, pesakit juga boleh mengambil makanan yang mengandungi protein yang tinggi seperti telur ayam kampung, ayam kampung, isi ikan, tempe, tauhu, kekacang, sup kambing dan lain-lain.

Semoga perkongsian ini bermanfaat dan jangan lupa kongsikan dengan rakan anda yang lain. 

Risau Luka Kencing Manis Lambat Sembuh, Ini 5 Pantang Yang Harus Diperhati

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Sirap Limau

Baca juga:

https://my.theasianparent.competua-turunkan-gula-dalam-darah

Stories Rakan Kongsi
Penyakit Biasa Dalam Kalangan Kanak-Kanak & Vaksinasi-Vaksinasi Penting Untuk Melindungi Daripadanya
Penyakit Biasa Dalam Kalangan Kanak-Kanak & Vaksinasi-Vaksinasi Penting Untuk Melindungi Daripadanya
ROTAVIRUS: Punca Utama Cirit-birit pada Kanak-kanak
ROTAVIRUS: Punca Utama Cirit-birit pada Kanak-kanak
Senarai Jenis Najis Bayi, Awas Jika Najis Anak Anda Berwarna & Tekstur Ini
Senarai Jenis Najis Bayi, Awas Jika Najis Anak Anda Berwarna & Tekstur Ini
Masalah Anemia Atau Kekurangan Darah Merah Boleh Terjadi Disebabkan Pelbagai Punca
Masalah Anemia Atau Kekurangan Darah Merah Boleh Terjadi Disebabkan Pelbagai Punca

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nurul Halifah

  • halaman rumah
  • /
  • Kesihatan
  • /
  • Risau Luka Kencing Manis Lambat Sembuh, Ini 5 Pantang Yang Harus Diperhati
Kongsikan:
  • Penyakit RSV Pada Bayi & Kanak-Kanak: Simptom, Rawatan Dan Langkah Pencegahan

    Penyakit RSV Pada Bayi & Kanak-Kanak: Simptom, Rawatan Dan Langkah Pencegahan

  • Apa Itu Cerebral Palsy: Ini Penyebab, Gejala & Faktor Risiko

    Apa Itu Cerebral Palsy: Ini Penyebab, Gejala & Faktor Risiko

  • Daun Salam (Bay Leaf): Kegunaan Dan Khasiat Baik Untuk Pencernaan

    Daun Salam (Bay Leaf): Kegunaan Dan Khasiat Baik Untuk Pencernaan

  • Penyakit RSV Pada Bayi & Kanak-Kanak: Simptom, Rawatan Dan Langkah Pencegahan

    Penyakit RSV Pada Bayi & Kanak-Kanak: Simptom, Rawatan Dan Langkah Pencegahan

  • Apa Itu Cerebral Palsy: Ini Penyebab, Gejala & Faktor Risiko

    Apa Itu Cerebral Palsy: Ini Penyebab, Gejala & Faktor Risiko

  • Daun Salam (Bay Leaf): Kegunaan Dan Khasiat Baik Untuk Pencernaan

    Daun Salam (Bay Leaf): Kegunaan Dan Khasiat Baik Untuk Pencernaan

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham