Terdapat pelbagai faktor yang menjadi sebab gusi berdarah ketika hamil dan antara salah satu puncanya adalah penghasilan air liur yang semakin berkurangan.
Gusi bengkak dan berdarah ketika hamil juga merupakan salah satu perubahan pada badan anda, selain mengalami gejala lain seperti payudara membesar, penambahan berat badan, sakit pinggang dan lain-lain.
Isi Kandungan
Gusi berdarah ketika hamil
Gusi bengkak ibu hamil dikenali sebagai gingivitis. Ia sering dialami antara dua hingga lapan minggu kehamilan. Atas sebab itu, ia mungkin menjejaskan rutin seharian 40% ibu hamil.
Sakit gusi atau gusi bengkak ibu hamil boleh dilihat apabila anda mengeluarkan sejumlah darah apabila meludah. Dari situ, anda dapat kenalpasti sama ada anda mengalami gingitivis atau sebaliknya.
Semasa kehamilan, perubahan yang berlaku bukan sahaja berkaitan dengan bentuk tubuh badan anda tetapi hormon badan yang tidak stabil juga turut melibatkan gusi anda.
Pada fasa kehamilan, gusi anda akan menjadi lebih lembut, bengkak, merah, sensitif dan terdedah kepada pendarahan semasa anda hamil. Tambah-tambah lagi jika anda memberus gigi dan flos.
Tetapi jangan risau kerana ia adalah perkara normal yang biasa terjadi ketika hamil. Gusi dan gigi anda akan kembali normal setelah anda bersalin nanti. Tetapi penjagaan kesihatan pergigian anda perlu dititikberatkan.
Gusi berdarah tiba-tiba biasanya terjadi ketika usia kandungan memasuki trimester yang kedua dan akan bertambah teruk apabila memasuki trimester ketiga. Tambah-tambah lagi jika anda mengalami masalah gusi sebelum kehamilan lagi.
Hormon badan yang tidak stabil menyebabkan membran mukus membengkak dan hidung anda tersumbat mengakibatkan gusi anda mengalami radang dan selalunya berlaku pada minggu ke-15 kehamilan. Radang ini boleh menyebabkan gusi berdarah dengan mudah.
Punca gusi berdarah
Anda pasti tertanya-tanya kenapa gusi berdarah sedangkan sebelum hamil semuanya baik sahaja. Sebenarnya apabila mengandung, tahap hormon progesteron adalah tinggi.
Secara tak langsung, ia menambahkan pertumbuhan bakteria yang menyebabkan gusi bengkak atau punca gusi berdarah. Apatah lagi, tisu gusi juga akan menjadi lebih sensitif berbanding sebelumnya.
Perubahan hormon ini juga boleh mengganggu tindak balas badan terhadap bakteria dan mungkin membawa kepada jangkitan atau penyakit gusi.
Berikut beberapa punca gusi berdarah semasa kehamilan yang lain:
- Peningkatan aliran darah: Semasa kehamilan, aliran darah ke kawasan gusi meningkat. Ini boleh menyebabkan gusi membengkak, meradang dan lebih mudah berdarah.
- Plak gigi: Perubahan hormon boleh menjejaskan cara gusi bertindak balas terhadap plak gigi, filem melekit yang terbentuk pada gigi. Jika plak tidak dikeluarkan dengan berkesan melalui tabiat kebersihan mulut yang baik, ia boleh menyebabkan keradangan dan gusi berdarah.
Tanda gusi bengkak
Berikut beberapa tanda gusi bengkak dan mengalami masalah:
- Gusi berdarah
- Gusi bengkak
- Nafas berbau busuk
- Sakit gusi
Bahaya gusi bengkak dan gusi berdarah
Dalam satu kajian yang diterbitkan The Journal of the American Dental Association, wanita hamil dengan penyakit gusi berkemungkinan tinggi mempunyai kelahiran pramatang (sebelum minggu ke-37) berbanding ibu yang memiliki gusi sihat.
Manakala, mereka yang mempunyai gingivitis yang lebih teruk (periodontitis) mungkin mengalami kontraksi persalinan seawal minggu 32.
Bilakah masalah gusi akan berhenti?
Masalah gusi berdarah anda akan berhenti apabila anda selamat melahirkan bayi. Kajian juga menunjukkan bahawa penyakit gusi tidak mempunyai kaitan yang jelas kesan daripada kehamilan. Sesiapa sahaja berisiko untuk mengalaminya walaupun bukan hamil.
Cara mengatasi gusi bengkak atau berdarah
- Mengamalkan kebersihan gigi seperti berus gigi dua kali sehari dengan ubat gigi untuk gusi berdarah yang mengandungi florida.
- Sekiranya gusi mengalami iritasi, beralih pada berus gigi dengan bulu lembut.
- Tidak mengabaikan bahagian atas gigi di mana ia menyambung ke gusi anda.
- Menyikat gigi dengan baik supaya dapat membersihkan sisa makanan yang terlekat atau terperangkap di celah gigi yang mungkin sukar dicapai berus gigi bagi mengelakkan gigi berdarah.
- Garam laut biasanya dapat bantu meringankan rasa sakit. Caranya ambil satu sudu teh garam laut ke dalam satu cawan air suam. Kemudian kumur dan ludah.
- Rujuk doktor pergigian bagi mencegah gingivitis kehamilan.
Bila patut jumpa doktor
Masalah gingivitis atau keradangan gusi yang ringan tidak mendatangkan bahaya. Walau bagaimanapun ia mampu menjadi lebih serius iaitu periodontitis.
Seperti yang kami terangkan di dalam artikel ini, periodontitis semasa kehamilan boleh mengakibatkan anda bersalin pramatang, melahirkan bayi dengan berat rendah serta didiagnos dengan preeklampsia.
Jika anda mendapati terdapat benjolan pada gusi anda yang berdarah apabila memberus gigi, anda perlu mendapatkan rawatan doktor. Ini merupakan tanda anda mempunyai granuloma piogenik atau dikenali sebagai ‘tumor kehamilan’. Ia mampu membuatkan gusi sakit yang teramat sangat.
Benjolan kecil yang berwarna merah ini hanya terjadi pada kira-kira 5 peratus wanita hamil sahaja dan ia juga mampu untuk timbul di seluruh badan semasa kehamilan dan akan hilang setelah anda bersalin nanti. Selalunya doktor akan membuat pembedahan untuk mengeluarkannya.
Sekiranya anda tidak dapat atasi penyakit gusi ini, sila berjumpa doktor gigi tanpa terus berlengah.
Doktor mungkin memberi antibiotik supaya dapat singkirkan bakteria yang menyebabkan jangkitan pada gusi. Namun, gejala sakit gusi ini akan hilang selepas bayi selamat dilahirkan tapi sebaiknya maklumkan masalah anda ini pada doktor supaya dapat mencegahnya sekaligus bagi memastikan bayi dan anda selamat serta sihat.
Ubat gigi untuk gusi berdarah
Terdapat beberapa jenis ubat gigi yang boleh membantu mengurangkan keradangan dan merawat gusi berdarah.
Berikut adalah beberapa contoh ubat gigi yang biasanya disyorkan untuk merawat gusi berdarah:
- Ubat gigi yang mengandungi fluorida: Fluorida ialah mineral yang membantu menguatkan enamel gigi dan mencegah kerosakan gigi. Menggunakan ubat gigi yang mengandungi fluorida boleh membantu mengekalkan kesihatan gigi dan gusi.
- Ubat gigi anti-radang: Sesetengah ubat gigi direka khusus untuk melegakan keradangan gusi dan mengurangkan gusi berdarah. Ia biasanya mengandungi bahan anti-radang seperti aloe vera, chamomile, atau ekstrak teh hijau.
- Pembersih mulut antimikrob: Pencuci mulut yang mengandungi bahan antimikrob boleh membantu membunuh bakteria dalam mulut dan mengurangkan keradangan gusi. Pastikan anda menggunakan ubat kumur yang disyorkan oleh doktor gigi atau ahli farmasi anda.
- Gel atau salap gusi: Terdapat juga beberapa gel atau salap khas yang boleh disapu terus pada gusi untuk melegakan keradangan dan mengurangkan gusi berdarah. Ia biasanya mengandungi bahan-bahan seperti benzocaine atau lidocaine yang membantu mengurangkan kesakitan.
Gusi bengkak ketika mengandung
Selain gusi berdarah, sesetengah ibu juga mungkin mengalami masalah gusi bengkak ketika mengandung.
Berikut punca gusi bengkak yang perlu diperhatikan:
- Perubahan hormon: Peningkatan hormon progesteron semasa kehamilan boleh meningkatkan aliran darah ke gusi, menjadikannya lebih sensitif dan terdedah kepada keradangan.
- Plak gigi: Jika plak gigi tidak dikeluarkan dengan betul melalui tabiat kebersihan mulut yang baik, bakteria dalam plak boleh menyebabkan keradangan gusi dan menyebabkan mereka membengkak.
- Gingivitis kehamilan: Gingivitis kehamilan adalah keadaan keradangan gusi yang khusus untuk wanita hamil. Ini disebabkan oleh perubahan hormon dan peningkatan aliran darah ke gusi. Gingivitis kehamilan boleh menyebabkan gusi bengkak, merah, sensitif, dan berdarah.
Petua hilangkan bengkak gusi dengan cepat
Berikut adalah beberapa petua yang boleh membantu mengurangkan gusi bengkak dengan cepat:
- Berkumur dengan air garam: Campurkan setengah sudu teh garam dalam segelas air suam. Berkumur dengan larutan air garam ini selama beberapa saat sebelum meludah. Garam mempunyai sifat antiseptik dan anti-radang semulajadi yang boleh membantu mengurangkan keradangan gusi.
- Gunakan minyak kelapa: Minyak kelapa mempunyai ciri anti-radang dan antimikrob yang boleh membantu melegakan gusi yang bengkak. Sapukan sedikit minyak kelapa pada jari anda dan sapu perlahan-lahan pada bahagian yang bengkak. Biarkan beberapa saat, kemudian bilas mulut anda dengan air suam. Lakukan ini beberapa kali sehari.
- Elakkan makanan dan minuman panas atau pedas: Makanan dan minuman panas atau pedas boleh menyebabkan bengkak gusi menjadi lebih teruk. Elakkan mengambil makanan dan minuman dengan suhu tinggi atau mengandungi bahan pedas.
- Elakkan memberi tekanan berlebihan pada gusi: Jika boleh, elakkan memberus gigi terlalu kuat atau menggunakan berus gigi yang kasar. Gunakan berus gigi lembut dan teknik memberus lembut untuk mengelakkan kerengsaan tambahan pada gusi yang bengkak.
- whattoexpect.com (2022, Januari 5) Sore and Bleeding Gums During Pregnancy www.whattoexpect.com/pregnancy/symptoms-and-solutions/gums-bleeding-sore.aspx
Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga : AWAS! Gusi Bengkak Ibu Hamil Yang Tidak Dirawat Boleh Beri Kesan Buruk Pada Janin
Baca juga : Gusi Ibu Hamil Berdarah Lepas Gosok Gigi? BAHAYA, Berisiko Praeklampsia & Kelahiran Pramatang!
Baca juga : Malu Nak Senyum Bila Gigi Kuning! Apakah Penyebab Gigi Kuning Sebenarnya?