Waspada Dengan Hamil Kembar Air Atau Air Ketuban Berlebihan! Komplikasi Teruk Boleh Jadi Keguguran!

Hamil kembar air ini berpunca daripada air ketuban yang berlebihan semasa mengandung, lalu menyebabkan berbagai komplikasi serius pada ibu dan bayi!

Anda pernah tak dengar tentang hamil kembar air? Bagi yang pertama kali dengar mungkin istilah ini, nama "hamil kembar air" memang nampak pelik.

Namun begitu, dalam dunia perubatan moden, tiada istilah hamil kembar air ini kerana ia merupakan satu keadaan di mana ibu hamil memiliki air ketuban yang terlalu banyak.

Ia disebut sebagai hamil kembar air kerana ukuran perut ibu kelihatan besar seperti mengandung kembar, walhal ia disebabkan air ketuban yang berlebihan.

Dalam dunia perubatan, keadaan ini dikenali sebagai polihidramnion.

Dipetik dalam laman American Pregnancy Association, polihidramnion tidak berbahaya, tapi boleh menyebabkan komplikasi yang serius kepada ibu hamil dan kandungannya.

Gejala yang mungkin timbul jika anda hamil kembar air adalah seperti sukar bernafas, bengkak vulva, produksi urine semakin kurang, mual, sembelit, perut rasa sesak dan bengkak di sesetengah bahagian tubuh.

Punca-punca hamil kembar air 

Kredit: Hello Sehat

Secara umumnya, keadaan ini tidak dapat dikenalpasti secara menyeluruh. Namun polihidramnion ringan mungkin berpunca oleh peningkatan cairan ketuban secara berterusan sepanjang hamil.

Faktor situasi ini juga boleh terjadi adalah atas sebab:

  • Gangguan kesihatan janin
  • Ibu hamil memiliki diabetes
  • Infeksi TORCH
  • Perbezaan rhesus darah ibu dan janin
  • Metabolisme tubuh ibu tidak normal
  • Mengamalkan narkoba dan alkohol

Menurut APA pula, keadaan ini juga dipengaruhi faktor seperti di bawah:

#1. Cacat lahir  

Polihidramnion adalah kesan sampingan dari cacat lahir yang mengganggu kemampuan bayi untuk menelan.

Ketika masih dalam kandungan ibu, bayi akan menelan cairan ketuban dan mengeluarkannya semula.

Namun jika bayi tidak dapat menelan kerana cacat genetik, maka cairan ketuban akan jadi banyak sekaligus menyebabkan ibu hamil mengalami air ketuban berlebihan.

#2. Ibu ada diabetes 

Apabila glukosa darah ibu meningkat, ia sekaligus menyebabkan penambahan cairan ketuban yang banyak.

Ia terjadi disebabkan ibu menderita diabetes sebelum hamil atau mendapat diabetes ketika sedang mengandung yang dikenali dengan nama diabetes gestasional. 

#3. Masalah dengan degupan jantung bayi 

Hamil kembar air juga disebabkan degupan jantung bayi yang lemah atas sebab cairan ketuban yang berlebihan ini.

Risiko yang akan terjadi

Meskipun ibu hamil kembar air, namun anda masih dapat bersalin apabila usia kandungan mencecah 39 hingga 40 minggu jika keadaan yang tidak terlalu serius.

Namun, jika ibu alami keadaan yang berisiko tinggi, maka kemungkinan ibu melahirkan bayi pramatang dalam usia 37 minggu atau lebih awal lagi. Malah ibu juga akan mengalami komplikasi seperti ini:

  • Ketuban pecah lebih awal
  • Plasenta terlepas dari dinding rahim
  • Tali pusat janin terkeluar dari vagina ibu.
  • Bersalin czer
  • Kematian janin dalam kandungan atau keguguran
  • Pendarahan

Sebab itu anda disarankan selalu berkonsultasi dengan doktor dan tanyakan selok belok keadaan kandungan anda supaya dapat hindari kehamilan kembar air ini.

Justeru, jagalah kesihatan anda baik-baik di sepanjang kehamilan itu supaya anda dan bayi selamat hingga melahirkan.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Penulis asal Finna dan artikel ini mendapat keizinan dari theAsianparent Indonesia untuk diterjemah.

Baca juga: Anda Rasa Air Ketuban Pecah? Jangan Panik, Ini 3 Benda Anda Harus Buat

Baca juga: Ajaib, Bayi Ini Lahir Dengan Ketuban Belum Pecah - Sampai Boleh Nampak Mimik Muka!

Baca juga: Induce semasa dalam proses bersalin, selamat atau tidak?