X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Kerajaan Masih Tiada Cadangan Untuk Haramkan Perkahwinan Bawah Umur, Undang Kritikan Dari Rakyat

24 Mar, 2022
Kerajaan Masih Tiada Cadangan Untuk Haramkan Perkahwinan Bawah Umur, Undang Kritikan Dari Rakyat

Baru-baru ini, kerajaan Malaysia telah mengumumkan bahawa mereka tiada cadangan untuk haramkan perkahwinan bawah umur. Apa pendapat ibu di luar sana?

Perkahwinan bawah umur terus menjadi isu yang penuh kontroversi di mana-mana negara. Ada yang menentang perkara ini, dan ada juga yang tiada masalah dengannya. Di Malaysia baru-baru ini, kerajaan telah mengumumkan bahawa mereka tiada cadangan untuk haramkan perkahwinan bawah umur.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Tiada cadangan haramkan perkahwinan bawah umur, kerajaan tetap mahu membendung perkahwinan bawah umur
  • Kesan-kesan negatif jika tiada pengharaman berkahwin di bawah umur

Tiada cadangan haramkan perkahwinan bawah umur, kerajaan tetap mahu membendung perkahwinan bawah umur

Walaupun tiada rancangan untuk haramkan isu berkahwin di bawah umur, kerajaan masih komited untuk membendungnya dari berlaku.

Datuk Seri Rina Harun, iaitu Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah berkata bahawa terdapat beberapa aspek yang perlu ditangani bagi membendung isu berkenaan.

rina harun perkahwinan bawah umur

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun. Sumber gambar: The Star

Menurutnya, “Kerajaan tidak mempunyai sebarang rancangan untuk mengharamkan perkahwinan bawah umur buat masa ini. Walau bagaimanapun, kerajaan tetap komited untuk membendung perkahwinan bawah umur dengan melaksanakan Pelan Strategik Nasional Mengendalikan Punca Perkahwinan Kanak-Kanak.

Dalam sebuah kenyataan bertulis kepada Nurul Izzah Anwar, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ini telah berkata bahawa punca perkahwinan bawah umur bukan sahaja perlu ditangani melalui pindaan undang-undang, tetapi ia juga memerlukan pendidikan, advokasi, pengukuhan institusi keluarga dan sokongan sosioekonomi dalam masyarakat.”

Ini kerana, sebelum ini Nurul Izzah pernah membangkitkan status rancangan tentang isu pengharaman perkahwinan di bawah umur semasa di sidang Parlimen.

nurul izzah anwar child marriage

Nurul Izzah Anwar. Sumber gambar: Malay Mail

Rina kemudian memaklumkan bahawa kerajaan akan mula berbincang dengan Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) dan Jabatan Kehakiman Syariah berkaitan cadangan untuk mengadakan perbincangan dengan pihak agama Islam negeri masing-masing bagi menaikkan had umur perkahwinan ke 18 tahun.

Beliau juga memaklumkan bahawa kuasa untuk menaikkan had umur perkahwinan kanak-kanak adalah di bawah kuasa pihak agama Islam di negeri masing-masing.

Rina juga telah menyatakan bahawa dia menggesa semua pihak yang berkepentingan, sama ada di peringkat kerajaan persekutuan atau negeri supaya lebih prihatin terhadap isu berkahwin di bawah umur dan bersama-sama menyokong usaha kerajaan untuk menguruskan isu kahwin di bawah umur bagi melindungi masa depan anak-anak gadis muda hari ini.

Pada pilihan raya lalu juga, Pakatan Harapan telah mencadangkan rancangan untuk menaikkan had umur minimum perkahwinan kepada 18 tahun ketika memegang kuasa pada ketika itu.

Kesan-kesan negatif jika tiada pengharaman berkahwin di bawah umur

Isu kahwin di bawah umur ini bukan sahaja akan memberi kesan negatif terhadap kanak-kanak yang dikahwinkan, tetapi ia sebenarnya memberi impak kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.

  • Keluarga kanak-kanak perempuan akan hidup dalam kemiskinan. Salah satu sebab mengapa keluarga si kanak-kanak setuju untuk mengahwinkan anak perempuan mereka ialah dengan harapan suami kanak-kanak tersebut akan membantu keluarga mereka dari segi kewangan, namun hakikatnya keluarga kanak-kanak tersebut akan terus hidup dalam kemiskinan kerana anak tersebut tidak dapat memberi semula kepada keluarganya setelah berkahwin pada usia yang muda.
perkahwinan bawah umur

Berkahwin di bawah umur memburukkan imej agama Islam. Sumber gambar: Islam Itu Indah

  • Kanak-kanak perempuan lebih mudah menghidapi HIV/AIDS. Kanak-kanak perempuan yang berkahwin dengan seorang lelaki dewasa yang telah mempunyai beberapa orang pasangan seksual akan lebih cenderung untuk dijangkiti HIV atau AIDS juga sekiranya dia bersama dengan suaminya. Ini juga difaktorkan kerana kanak-kanak tiada pengetahuan yang meluas tentang pendidikan seks.
  • Ia menghalang kanak-kanak perempuan untuk berjaya. Walaupun kanak-kanak tersebut hidup dalam kesusahan pada asalnya, ia tidak bermakna mereka tidak mampu untuk berjaya sebaik sahaja menginjak dewasa. Apabila dikahwinkan pada usia yang terlampau muda, ia secara automatik telah menarik potensi kanak-kanak tersebut untuk mengecap kejayaan dewasa kelak.

Walaupun kerajaan tiada cadangan lagi untuk haramkan perkahwinan bawah umur, diharapkan mereka akan lebih efisien dan menggunakan cara yang lebih efektif untuk memastikan kadar kahwin bawah umur ini akan turun dengan merudum bagi kesejahteraan dan keselamatan anak-anak perempuan kita.

The Rakyat Post, CAMFED

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Remaja Bawah Umur Dipaksa Layan 10 Pelanggan Sehari, Kes Pemerdagangan Orang Ini Mulai Terungkai!

Baca juga: Kahwin Dengan Budak Bawah Umur Dikira Sebagai Kes Rogol! – Menteri Sabah

Baca juga: Anak Gadis Hartawan Rusia Ini Kahwin Umur 18 Tahun & Kos Perkahwinan Mencecah 6 Juta!

Stories Rakan Kongsi
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain
Tips Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Kali Pertama Wajib Tahu 5 Perkara Ini
Tips Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Kali Pertama Wajib Tahu 5 Perkara Ini
Zaman Kanak-Kanak Yang Seimbang Dalam Era Digital - Pasti Boleh!
Zaman Kanak-Kanak Yang Seimbang Dalam Era Digital - Pasti Boleh!
Tanya Pakar: Bagaimana Untuk Memilih Sabun Pencuci Tangan untuk Anak-Anak dan Amalan Mencuci Tangan Yang Betul
Tanya Pakar: Bagaimana Untuk Memilih Sabun Pencuci Tangan untuk Anak-Anak dan Amalan Mencuci Tangan Yang Betul

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nurul Shafirra

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Kerajaan Masih Tiada Cadangan Untuk Haramkan Perkahwinan Bawah Umur, Undang Kritikan Dari Rakyat
Kongsikan:
  • Anak Tiba-Tiba Diam & Tiada Suara, Ibu Berteriak Mainan Viral Terbelit Pada Leher

    Anak Tiba-Tiba Diam & Tiada Suara, Ibu Berteriak Mainan Viral Terbelit Pada Leher

  • Sifat Pemalu Pada Anak Mula Membimbangkan? Ibu Ayah, Ini Tips Yang Anda Boleh Cuba!

    Sifat Pemalu Pada Anak Mula Membimbangkan? Ibu Ayah, Ini Tips Yang Anda Boleh Cuba!

  • Song Joong Ki Berkahwin Kali Kedua, Bakal Timang Cahaya Mata Dengan Katy Louise Saunders

    Song Joong Ki Berkahwin Kali Kedua, Bakal Timang Cahaya Mata Dengan Katy Louise Saunders

  • Anak Tiba-Tiba Diam & Tiada Suara, Ibu Berteriak Mainan Viral Terbelit Pada Leher

    Anak Tiba-Tiba Diam & Tiada Suara, Ibu Berteriak Mainan Viral Terbelit Pada Leher

  • Sifat Pemalu Pada Anak Mula Membimbangkan? Ibu Ayah, Ini Tips Yang Anda Boleh Cuba!

    Sifat Pemalu Pada Anak Mula Membimbangkan? Ibu Ayah, Ini Tips Yang Anda Boleh Cuba!

  • Song Joong Ki Berkahwin Kali Kedua, Bakal Timang Cahaya Mata Dengan Katy Louise Saunders

    Song Joong Ki Berkahwin Kali Kedua, Bakal Timang Cahaya Mata Dengan Katy Louise Saunders

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.