Zahirnya dari segi luaran, kelihatan tenang namun di dalam hati bergelora. Begitulah hati seorang isteri yang tiada siapa tahu. Seboleh-bolehnya isteri mahu memendam perasaan dan menyimpannya serta jarang menunjukkan perasaan apabila berhadapan.
Seperti luahan hati oleh seorang suami Firdaus Shakirin pada hantaran Facebook, menggambarkan situasi isteri yang tidak mahu menunjukkan perasaan sebenar hatinya kepada suami.
Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?
- Suami yang selalu mendampingi faham hati isteri
- Cara berfikir isteri berbeza dengan suami
“Isteri ini, dia stress ke, dia tension ke, dia sakit hati ke, dia sedih ke, susah kita nak tengok emosi dan perasaan dia pada raut wajahnya.
“Jarang dia tunjuk selagi dia boleh pendam dan simpan. Paling tidak pun, dia senyap. Paling kurang pun, dia dingin. Dia layan tetap layan, tapi tak macam biasa,” katanya.
Suami yang selalu mendampingi faham hati isteri
Dalam hantaran itu, dia memaklumkan jika seseorang suami itu sering mendampingi pasangan akan menyedari perubahan isterinya.
“Bagi yang selalu mendampingi isteri, bagi yang selalu berbual dan bercakap dengan isteri, perubahan sebegini kita dapat rasa. Kita tahu ada something yang tidak kena kat dia.
“Tapi bagi yang jarang mendekati isteri, bagi yang tidak selalu tumpu perhatian pada isteri, dia takkan perasan sikit pun yang isteri dia tu lain.
“Bagi dia, hari-hari biasa pun macam tu. Dia rasa sama saja, nothing abnormal. Isteri nak ditanya kenapa dia macam tu.
“Isteri nak suami perasan kenapa dia senyap, kenapa dia dingin, kenapa dia tak macam biasa. Bila kita tanya, dia akan mula bercerita, dia akan mula meluahkan, dia akan mula mengadu,” demikian hantaran tersebut.
Cara berfikir isteri berbeza dengan suami
“Pemikiran isteri tak macam suami. Suami ni, semua benda dia anggap kecil, tak ada apa-apa remeh. Tapi isteri, diorang lain. Anak tak lalu makan pun dia dah tension. Masak tak jadi pun dia stress.
“Kalau dia simpan semua perasaan ni, kalau dia keep on pendam, maka lama-lama benda ni akan menjejaskan mental dan fizikal dia.
“Cara nak rawat isteri, nak hilangkan apa yang terbuku di dalam hati dia adalah dengan banyakkan berbual, bersembang, bergurau senda dengan dia.
“Kita tahan telinga, dengar dan respon untuk setiap luahan dia. Insya-Allah, keadaan dia akan bertambah baik bila suami jadi pendengar yang setia,” demikian hantaran yang muat naik Firdaus.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Selesaikan Awal Giliran Beraya Suami Isteri, Pastikan Ia Adil & Fleksibel Elak Perbalahan
Baca juga: Fahami Love Language Dalam Hubungan Suami Isteri, Barulah Rasa Cinta Makin Kuat
Baca juga: 7 Doa Buat Suami Isteri Yang Sering Tertekan & Dilanda Ujian, Elok Diamalkan Setiap Hari