Bukan orang dewasa saja boleh kena hernia, bayi juga boleh! Ini tanda-tandanya...

lead image

Bukan sahaja orang dewasa boleh mendapat hernia (angin pasang), bayi juga boleh dapat! Penting ibu bapa tahu tanda-tanda hernia pada bayi sebelum terlambat.

Biasanya hernia adalah penyakit yang selalu dikaitkan dengan orang dewasa. Tapi, adakah anda tahu hernia pada bayi juga boleh berlaku?

Seorang ibu baru-baru ini telah mengongsikan pengalaman anaknya yang mengidap hernia. Anaknya yang baru berusia setahun dua bulan itu menderita sakit hernia.

Ibu itu sedang mandikan anaknya apabila dia menyedari ada ketulan kecil berhampiran kemaluan anaknya di pangkal peha.

Hernia pada bayi: Apa ibu dan bapa perlu tahu?

hernia pada bayi, hernia, hernia umbilical, hernia inguinal, tanda hernia, rawatan untuk hernia

Pada awalnya, ibu ini tidak kisah tentang ketulan itu kerana anaknya tidak menunjukkan apa-apa simptom kesakitan.

Walau bagaimana pun, ibu ini terkejut apabila ketulan ini semakin membesar dan pada ketika ini, anaknya dalam kesakitan dan menangis, jadi dia terus membawa anaknya ke doktor untuk diperiksa.

Menurut doktor, anaknya menghidap jenis hernia pada bayi yang dipanggil hernia inguinal dan anaknya perlu dibedah!

Disebabkan pembedahan ini, dia dinasihatkan untuk tidak memberi anaknya sebarang makanan atau minuman selama 6 jam.

Anaknya telah selamat dibedah dan pembedahan tersebut mengambil masa hanya 30-45 minit.

Nasib baik, tindakan ibunya yang cepat untuk membawa anak untuk diperiksa dapat menyelamatkan anaknya dari sakit yang lebih teruk.

Apa yang menyebabkan hernia pada bayi?

hernia pada bayi, hernia, hernia umbilical, hernia inguinal, tanda hernia, rawatan untuk hernia

Hernia inguinal adalah sejenis hernia yang biasanya dihidap oleh kanak-kanak.

Ini  disebabkan oleh kantung kecil yang berputar melalui cincin inguinal yang terletak berhampiran pangkal paha. Cincin inguinal terbuka semasa bayi berada dalam rahim, dan ia akan ditutup sebaik sahaja bayi dilahirkan.

Dalam beberapa kes pula, kantung itu boleh tertolak melalui cincin inguinal dan masuk ke dalam pangkal paha. Ini akan membuatkan ketulan keluar dan hilang ia juga boleh keluar ketika anak sakit atau menangis.

Jenis hernia pada bayi yang lain ialah hernia umbilical. Ia terjadi apabila lubang kecil dalam perut bayi tidak tutup selepas lahir.

Ini boleh menyebabkan usus dan cecair “keluar”, dan menyebabkan kesakitan. Ia selalunya boleh dikenalpasti dari ketulan pada perut bayi berdekatan dengan pusat.

Bagaimana untuk merawat hernia pada bayi?

Selalunya, hernia umbilical akan hilang sendiri tanpa sebarang rawatan. Keadaan ini akan menyebabkan kesakitan dan ketidakselesaan. Jika kes ini berlaku pada anak anda, bawa anak untuk berjumpa doktor.

Untuk beberapa kes, jika lubang tersebut besar, doktor akan mencadangkan pembedahan apabila anak anda besar sedikit.

Hernia inguinal pula memerlukan pembedahan seperti kes di atas. Hernia inguinal tidak hilang dengan sendiri, jadi dokgor perlu bedah untuk merawatnya.

Ibu bapa tidak perlu risau kerana pembedahan ini selalunya tidak rumah dan ianya prosedur biasa.

Apa yang penting, anda perlu perhatikan tanda-tanda hernia. Ia selalunya dalam bentuk benjolan yang akan muncul dan hilang, dan ia boleh menyebabkan kesakitan pada bayi baru lahir lebih-lebih lagi jika disentuh.

Mengetahui tanda awal dapat menyelamatkan anak anda dari sakit di masa hadapan.

 

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: theAsianparent Singapore

Baca juga:

7 tanda perkembangan anak lebih lambat dari biasa, parents perlu semak!