X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Tali Pusat Bayi Seakan Terkeluar Ketika Menangis, Adakah Itu Hernia Umbilik?

3 min bacaan
Tali Pusat Bayi Seakan Terkeluar Ketika Menangis, Adakah Itu Hernia Umbilik?

Si manja anda masih tidak biasa dengan persekitaran baru mereka, jadi mereka akan sentiasa meragam. Kadang-kala, bayi kerap menangis dan ini adalah normal. Tetapi, apa akan anda lakukan sekiranya anda melihat terdapat benjolan pada bahagian pusat bayi? Ketahui apakah ia dan apakah cara rawatannya!

Setelah adanya kehadiran cahaya mata di dalam hidup anda, bunyi tangisan bayi memang lazim didengari. Lagi-lagi pada waktu senja dan waktu malam. Tetapi, tidak khuatirlah jika bayi kerap menangis kerana mereka memerlukan perhatian yang teliti dari setiap segi penjagaan. 

Apa yang dirisaukan ialah jika ibu dan ayah mendapati terdapat benjolan pada bahagian pusat bayi ketika mereka sedang menangis. Sekiranya si manja anda mempunyai benjolan pada pusat mereka sewaktu mereka sedang menangis, maka artikel ini khas untuk anda.

Adakah Bayi Kerap Menangis Menjadi Punca Benjolan Pada Pusat?

pusat bayi, hernia, bayi kerap menangis, hernia pusat

Foto: Freepik

Jawapannya adalah, tidak! Benjolan pada bahagian pusat cahaya mata anda bukan berpunca kerana si manja kerap menangis, malah ia adalah disebabkan oleh sebuah kondisi yang dikenali sebagai hernia umbilik. Apakah itu hernia umbilik?

Umbilical hernia ini ialah kondisi yang sering terjadi pada bayi-bayi yang baru lahir. Sebenarnya, hernia umbilik ini telah terbentuk ketika si manja berada di dalam rahim ibu lagi.

Salah satu perkembangan yang berlaku ketika si manja masih berada di dalam rahim ialah penutupan otot perut bayi anda yang terletak di bawah pusat anak, atau juga dikenali sebagai cincin umbilik. 

Dalam sesetengah kes, otot perut bayi anda mungkin tidak tertutup dengan sempurna dan menyebabkan kehadiran satu lubang kecil pada bahagian otot tersebut, jadi apabila terdapat tekanan pada bahagian otot ini, ia boleh menolak usus si manja untuk keluar dari lubang tersebut dan itulah yang dimaksudkan oleh hernia umbilik.

Tetapi, jangan risau! Ia tidaklah merbahaya dan akan mula tertutup sendiri ketika si kecil mula menjangkau usia 3 ke 4 tahun. 

Walau bagaimanapun, penting untuk anda tahu jika kondisi ini menyebabkan kesakitan kepada anak anda.

Adakah Hernia Umbilik Menyebabkan Kesakitan Pada Anak Saya?

pusat bayi, hernia, bayi kerap menangis

Foto: Sirap Limau

Dalam kebanyakan kes, hernia umbilik ini tidaklah membawa kesakitan pada kanak-kanak. Tetapi, setiap individu itu adalah berbeza dan jika anda dapati anak anda mempunyai tanda-tanda ini ketika mereka mengalami hernia umbilik, anda perlulah membawa mereka berjumpa dengan doktor segera.

  • Kelihatan seperti mereka dalam kesakitan
  • Mula muntah-muntah
  • Rasa lembut serta kelihatan membengkak dan pucat pada bahagian perut mereka
  • Sakit apabila disentuh

Bagaimana Saya Boleh Membantu Si Manja Saya?

pusat bayi, hernia, bayi kerap menangis

Dengan kondisi hernia umbilik, anda tidak perlu terlalu risau dengan memikirkan cara rawatan terbaik bagi bayi.

Seperti yang telah dikongsikan, kondisi hernia umbilik ini tidaklah membawa bahaya kepada anak anda. Malah, ianya agak normal dalam kalangan bayi-bayi, terutamanya jika bayi yang dilahirkan tidak cukup bulan. 

Menurut Medical News Today, lebih 75 peratus bayi yang mempunyai berat kurang dari 1.5 kilogram ketika dilahirkan mempunyai risiko menghadapi hernia umbilik.

Masalah ini akan selesai ketika si manja mula menginjak usia 3 hingga ke 4 tahun, di mana otot perut anak anda akan mula tertutup. Tetapi, jika ia masih terjadi walaupun anak anda sudah berusia lebih 4 tahun, anda perlulah segera membawa si manja berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan nasihat rawatan seterusnya.

Percaya atau tidak, pembaikan hernia umbilik adalah salah satu rawatan pediatrik yang biasa dilakukan dan tempoh untuk si manja pulih pun tidaklah lama.

Jadi, ibu dan ayah, sekiranya si manja anda mengalami hernia umbilik, janganlah terlalu risau kecuali jika anak anda menunjukkan salah satu atau keempat-empat tanda yang telah kami kongsikan di atas. 

Selain dari itu, kami berharap si kecil anda berada dalam keadaan yang baik-baik sahaja. Jumpa lagi!

Stories Rakan Kongsi
Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Ibu Perkenalkan Lampin Jenis Seluar Kepada Si Manja?
Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Ibu Perkenalkan Lampin Jenis Seluar Kepada Si Manja?
Ketahui 10 Masalah Kulit Bayi Baru Lahir & Cara Mengatasinya!
Ketahui 10 Masalah Kulit Bayi Baru Lahir & Cara Mengatasinya!
Bayi Baru Lahir Boleh Duduk Dalam Baby Carrier Ke? Si Manja Asyik Nak Dukung Saja! Apa Kata Ibu Pakai Baby Carrier Ini
Bayi Baru Lahir Boleh Duduk Dalam Baby Carrier Ke? Si Manja Asyik Nak Dukung Saja! Apa Kata Ibu Pakai Baby Carrier Ini
6 great tips to keep your newborn’s skin healthy
6 great tips to keep your newborn’s skin healthy

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Medical News Today, Nationwide Children’s

Baca Juga: Cara Penjagaan Tali Pusat Bayi Yang Betul 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nurul Shafirra

  • halaman rumah
  • /
  • Bayi
  • /
  • Tali Pusat Bayi Seakan Terkeluar Ketika Menangis, Adakah Itu Hernia Umbilik?
Kongsikan:
  • Bayi Menangis Keluar Air Mata & Tanpa Air Mata Apa Bezanya? Ini Penjelasan

    Bayi Menangis Keluar Air Mata & Tanpa Air Mata Apa Bezanya? Ini Penjelasan

  • Bayi Pramatang Ini Lahir Tidak Menangis Seperti Bayi Normal Lain, Petanda Bayi Lemas

    Bayi Pramatang Ini Lahir Tidak Menangis Seperti Bayi Normal Lain, Petanda Bayi Lemas

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Anak Kuat Menangis Walaupun Sudah Menyusu & Tukar Lampin? Dia Mungkin Hidap Colic!

    Anak Kuat Menangis Walaupun Sudah Menyusu & Tukar Lampin? Dia Mungkin Hidap Colic!

  • Bayi Menangis Keluar Air Mata & Tanpa Air Mata Apa Bezanya? Ini Penjelasan

    Bayi Menangis Keluar Air Mata & Tanpa Air Mata Apa Bezanya? Ini Penjelasan

  • Bayi Pramatang Ini Lahir Tidak Menangis Seperti Bayi Normal Lain, Petanda Bayi Lemas

    Bayi Pramatang Ini Lahir Tidak Menangis Seperti Bayi Normal Lain, Petanda Bayi Lemas

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Anak Kuat Menangis Walaupun Sudah Menyusu & Tukar Lampin? Dia Mungkin Hidap Colic!

    Anak Kuat Menangis Walaupun Sudah Menyusu & Tukar Lampin? Dia Mungkin Hidap Colic!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.